Henti Pembalakan & Kemusnahan Alam Sekarang!

The Issue

MORATORIUM PEMBALAKAN UNTUK TANGANI PERUBAHAN IKLIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada beberapa insiden bencana banjir yang berlaku dalam negara. ABIM menegaskan situasi yang berlaku membuktikan bahawa negara kita telah memasuki fasa perubahan iklim yang semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera semua pihak.

Lebih-lebih lagi, kita bakal memasuki musim angin monsun yang terdedah kepada berlakunya banjir besar di bahagian pantai timur.

ABIM menegaskan bahawa bencana banjir besar yang sering berlaku berulang kali tanpa jangkaan adalah berpunca daripada situasi perubahan iklim. Perubahan iklim menyebabkan berlakunya ketidaktentuan cuaca seperti yang berlaku sekarang dengan keadaan ketidakbolehjangkaan berlakunya sesuatu musim mengikut masa kebiasaan seperti musim tengkujuh.

Situasi ini mengakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa. Maka, ini menjadi penyebab berlaku banjir besar apabila kemudahan yang disediakan bagi membendung limpahan air tidak dapat berfungsi. Oleh itu, pihak berkuasa dan masyarakat harus menitikberatkan isu perubahan iklim yang berlaku yang pasti menjadi faktor utama kepada masalah banjir.

Sementara itu, hutan adalah kaedah paling murah dan paling berkesan dalam menangani isu perubahan cuaca dan iklim ini. Hutan amat berkesan dengan memerangkap karbon diaoksida iaitu gas yang menjadi punca kepada perubahan iklim.

Sehubungan dengan itu, perlu dipertegaskan bahawa aktiviti pembalakan yang berleluasa dan penebangan hutan tanpa kawalan adalah punca utama berlakunya perubahan iklim. Maka hutan wajib dipertahankan malah diperbanyakkan lagi kawasan hutan sekiranya kerajaan semasa benar-benar serius untuk menangani isu perubahan iklim dan cuaca ini.

Oleh hal yang demikian, ABIM mengulangi gesaan untuk kerajaan mengeluarkan satu perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan buat masa ini sebagai solusi tuntas kepada bencana ini yang akhirnya membebankan rakyat. Hal ini memandangkan seluruh dunia pada masa ini termasuk Malaysia telah memasuki fasa Darurat Iklim yang menuntut tindakan segera.

ABIM berpandangan kerajaan persekutuan tidak seharusnya berhadapan dengan masalah untuk mengeluarkan perintah ini kepada semua negeri sekiranya kerajaan benar-benar mempunyai kemahuan politik yang tinggi. Hal ini bukanlah suatu yang luar biasa, disebabkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pernah mengeluarkan perintah yang sama ke atas aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang.

Bagi menggembleng sokongan semua pihak, ABIM bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) melancarkan Petisyen dalam talian bagi menggesa moratorium khas ini dilaksanakan untuk menghentikan aktiviti penebangan hutan buat sementara waktu.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) &
Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)

avatar of the starter
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)Petition Starter

208,708

The Decision Makers

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Menteri Alam Sekitar dan Air

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 19 August 2021