Hentikan Produksi Drama Dayang Senandung!

0 have signed. Let’s get to 35,000!


Plot Dayang Senandung ini melibatkan seorang puteri raja yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan. Cerita ini diakhiri dengan takdir tubuhnya menjadi cerah dimana sumpahan tersebut telah terhapus.

Plot drama ini memberikan mesej yang negatif kepada para penonton bahawa orang yang mempunyai kulit gelap adalah bagai sejenis sumpahan. Ini merupakan salah satu jenis diskriminasi berdasarkan warna kulit. Melihatkan rakyat-rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, plot drama Dayang Senandung ini sungguh mengecewakan, lapuk dan mempunyai sifat buruk sangka terhadap mereka yang berkulit gelap.  

Dayang Senandung ini merupakan filem yang mula-mulanya diterbitkan pada 1965 di Malaysia. Namun, produksi untuk drama Dayang Senandung adaptasi baru telah bermula pada 18 Jun 2020. Dengan petisyen ini, kita mengharapkan bahawa produksi drama Dayang Senandung ini akan dihentikan dan tidak ada lagi cerita-cerita yang mendiskriminasikan apa-apa kaum dan jenis warna kulit.