Petition updateSummarily Reject the D.R. 38/2015 – Majlis Keselamatan Negara 2015 BillKepada Semua Rakyat Malaysia / To All Malaysians
Denise ChoongPetaling Jaya, Malaysia
Dec 22, 2015
Kepada semua penandatangan dihormati,
Kami menulis mesej ini berikutan hasil yang kami semua tidak mahu, tetapi sebilangan yang baik - sejumlah besar – daripada kami telah meramalkan: RUU MSN 2015 telah diluluskan oleh Dewan Negara Malaysia.
Senator-senator kita tidak menyempurnakan tugas mereka kepada negara. Benar bahawa ada mereka yang telah mengakui kelemahan dan kebahayaan RUU ini. Walau bagaimanapun, ia adalah jelas bahawa mereka yang mengundi “setuju” tidak mengendahkan masalah ini, atau tidak mahu mengendahkan masalah-masalah yang diakui. Ini adalah kebenaran: kerajaan kita telah mengecewakan kita sekali lagi.
Tidak kira apa-apa emosi anda mungkin rasa sekarang, ingatlah bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai peluang untuk menolak rang undang-undang ini. Walaupun baginda tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan RUU, penolakan baginda boleh mewujudkan krisis perlembagaan. Jika itu berlaku, Mahkamah Persekutuan boleh memutuskan sama ada rang undang-undang ini boleh dijadikan undang-undang negara. Mungkin petisyen ini berakhir, tetapi bukan semua pintu ditutup. Perjalanan ini tetap bersambung dan jika kita bermula dengan memohon Dewan Negara, kita mesti teruskan perjalanan ini dengan mencuba untuk menyeru Yang di-Pertuan Agong. Kita mesti meneruskan perjuangan ini dengan semangat perpaduan sama yang kita ada pada masa permulaan.
Namun, untuk menjaga apa-apa semangat adalah sukar. Untuk menjaga apa-apa harapan untuk masa depan yang lebih baik lagilah sukar. Di dalam situasi begini, kami hanya boleh menawarkan mesej ini: anda tidak keseorangan. Bersama-sama, suara anda semua lebih kuat.
Petisyen ini telah mengajar kami satu perkara penting: kita tidak bersendirian dalam mencintai negara ini. Kita tidak bersendirian dalam keinginan kami untuk apa yang terbaik bagi negara ini. Ya, kita akan selalu adanya perbezaan daripada pelbagai aspek, termasuklah pendapat. Tetapi kita semua berkongsi satu fakta yang bukan kecil kepentingannya: Malaysia adalah tanah air kami, dan kita tidak akan biarkannya tenggelam tanpa sebarang perjuangan. Anda, dan kami, tidak keseorangan.
Janganlah kehilangan harapan. Harapan tidak boleh dikenakan cukai. Ia tidak boleh dirampas. Ia tidak boleh ditangkap. Ia tidak boleh diabaikan. Musuh mana-mana diktator sebenarnya adalah harapan. Ia memberi kita kekuatan untuk nilai-nilai lain: keberanian, belas kasihan, kerjasama. Harapan mendorong kita untuk terus berfikir, dan terus berjuang. Anda tidak boleh menewaskan pemutar belit tanpa harapan untuk masa depan yang lebih baik. Apabila rakyat Malaysia betul-betul ada perpaduan dan harapan, tiadanya diktator dalam dunia ini yang boleh menghentikan visi kita untuk negara yang lebih baik.
Tetapi kita mesti bekerjasama. Masa mengutuk dan menyumpah, perbalahan dan pertengkaran telah berakhir. Sudah tiba masanya kita berhenti asyik berkongsi perkara negatif sahaja. Sudah tiba masanya kita merendahkan diri kita sendiri, memaafkan antara satu sama lain, dan membantu antara satu sama lain untuk berdiri. Ini memanglah tugas yang sukar, tetapi ia mesti dilakukan supaya kita dapat maju sebagai satu masyarakat yang benar-benar bersatu.
Carilah harapan dalam kenyataan ini: lebih daripada 22,000 orang berkongsi kesakitan dan perasaan anda. Mereka juga tahu kepahitannya semasa kerajaan mengecewakan anda. Mereka juga berkongsi kebimbangan dan keraguan anda. Mereka juga akan berdiri di sebelah sisi anda dalam menghadapi perubahan ini.
Carilah harapan dalam fakta ini: petisyen ini, walaupun tidak mencapai matlamat utamanya, telah dimulakan oleh hanya segelintir orang. Kurang daripada lima orang biasa dapat menghulurkan tangan kita kepada lebih daripada 22,000 orang. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila lebih ramai lagi memutuskan untuk melakukan sesuatu bersama-sama. Bayangkan jika semua 31 juta rakyat Malaysia membuat keputusan untuk membantu satu sama lain mencapai matlamat yang sama.
Ingatlah bahawa masyarakat sivil juga berdiri dengan anda, dan untuk anda, dalam isu-isu seperti ini. Jika anda marah, dan tertanya-tanya apa yang anda boleh lakukan sekarang, membantulah mereka. Anda boleh menderma masa, wang atau tenaga supaya mereka boleh menggunakan suara yang lebih besar dan lebih baik untuk kita semua.
Beberapa cadangan:
http://amnesty.my/ - Amnesty International ialah suara untuk hak asasi manusia dan berjuang demi hak anda.
http://hakam.org.my/wp/index.php/how/ - Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia bercakap untuk anda juga.
https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia/ - Suara Rakyat Malaysia bercakap untuk kita di negara ini.
http://www.bersih.org/about-bersih-2-0/about/ - Bersih berjuang untuk pembaharuan politik negara kita.
http://www.refsa.org/what-we-do/ - REFSA membantu mendidik kita dalam dasar-dasar politik negara. Tanpa pengetahuan, kita tidak berkuasa.
Kamu, rakyat Malaysia, mampu melakukan perkara yang hebat apabila kamu bekerjasama dengan satu sama lain. Ini bukan hanya pelajaran dalam buku teks – ini adalah realiti. Bersama-sama, kamu boleh bangkit semula. Bersama-sama, kamu boleh membina semula sebuah negara.
Bersama-sama, kita masih boleh mempunyai harapan untuk negara yang lebih baik, walau apa pun.
Kamu semua telah menunjukkan kami bahawa kamu mencintai negara ini, dan cinta tersebut akan digunakan untuk tujuan baik. Kami berharap kamu masih percayakan kami, sebagai warganegara Malaysia, dan terus berjuang untuk negara ini.
Kita mempercayai kamu, tidak kiranya nama atau agama. Kita mempercayai kamu.
Secara ikhlas,
Rakyat Malaysia.
--------------------------------------------------
Dear signatories,
We write this message in the wake of an outcome all of us never wanted, but a good number – a great number – of us foresaw: the NSC 2015 bill has been passed by the Senate of Malaysia.
Our senators did not complete their duties to the nation. True, many pointed out the flaws and dangers of the bill. However it is clear that those who voted yes to this bill did not heed these concerns, or did not want to follow through. This is the truth: our government has disappointed us one more time.
Nonetheless, it is important to remember, in the middle of any emotion you may be feeling right now, that the Yang di-Pertuan Agong still has a chance to say no. And although his majesty does not have the power to overturn a bill, his saying no to this bill can create a constitutional crisis. It can go to the Federal Court to decide if this bill can be made law. Perhaps this specific petition ends here, but not all doors are closed to us. The road continues on and if we began by asking the Senate, we now must continue by trying to reach the Yang di-Pertuan Agong. We must continue in the same passionately united manner in which we began.
Yet, to keep such a passion alive is difficult. To keep any amount of hope alive is even harder. In this situation, we can only offer this: you are not alone.
If this petition has taught us anything, it is that we are not alone in loving this nation. We are not alone in wanting what is best for this country. Despite all the differences we have, despite every disagreement we encounter, we share one very important fact: Malaysia is our home, and we will not let it go without a fight. You, and we, are not alone. Your voices are stronger together.
Please do not lose hope. Hope cannot be taxed. It cannot be confiscated. It cannot be arrested. It cannot be ignored. Any dictator or tyrant’s worst enemy is hope. It gives us strength for other virtues: courage, compassion, cooperation. Hope drives us onwards to keep thinking, and keep fighting. You cannot do worse to a manipulator, than to hope for a better tomorrow. When the people of Malaysia are bound together by unity and hope, no dictator can stop our visions for a better nation.
But we must work together. The time for cursing and swearing, infighting and squabbling is over. It is time we stop sharing negativity. It is time we humble ourselves, forgive each other, and help each other to stand. These are difficult tasks, but they must be done to move forward as a truly united country.
Find hope in these words: over 22,000 people share your pain, and your feelings. They too know what bitter disappointment in one’s government is. They also share your fears and your doubts. They too will stand beside you in the face of these changes.
Take hope that this petition, although it did not achieve its goal, was begun by only a handful of people. Less than five people reached out to more than 22,000 of you. Imagine what happens when more than that decides to do something together. Imagine if all 31 million of us decided to help one another to achieve the same goal.
Remember that civil societies also stand with you, and for you, in issues such as these. If you are angry, and you’re wondering what you can do now, please go to them. Please consider donating time, money or energy so they can be a bigger, better voice for all of us.
Some suggestions:
http://amnesty.my/ - Amnesty International is a voice for human rights and speaks for your rights.
http://hakam.org.my/wp/index.php/how/ - the National Human Rights Society speaks for you too.
https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia/ - Suara Rakyat Malaysia speaks for us in this nation.
http://www.bersih.org/about-bersih-2-0/about/ - Bersih speaks for our political need for reform.
http://www.refsa.org/what-we-do/ - REFSA helps educate us in our national policies. Without knowledge, we are powerless.
You, Malaysians, are able to do great things when you have each other. This is not just some lesson in a textbook – this is reality. Together, you can rise up again. Together, you can rebuild a nation.
Together, we can still have hope for a better nation, no matter what.
You have all shown us you love this country, and that love will be used for good things. We hope you will still believe in us, as fellow Malaysians, and keep fighting for this nation.
We believe in you, no matter your name or your beliefs. We believe in you.
Sincerely,
Rakyat Malaysia.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X