TUNTUTAN JAMINAN KEBAJIKAN MAHASISWA

TUNTUTAN JAMINAN KEBAJIKAN MAHASISWA

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya started this petition to university of malaya and

Kami Mahasiswa Universiti Malaya, menggesa isu-isu kebajikan dan hak mahasiswa diberi jaminan untuk diselesaikan oleh pihak pentadbiran UM :-

1. Jaminan supaya RM1.3 juta dari kenaikan bajet UM sebanyak RM57 juta diperuntukkan untuk mengembalikan kontraktor bas Nadi Putra yang mempunyai kekerapan setiap 15 minit di setiap laluan.

2. Menuntut fasiliti percuma kepada badan-badan persatuan di seluruh kampus.

3. Menuntut yuran latihan industri dikurangkan atas faktor penginapan, pengangkutan tidak disediakan oleh UM dan tidak menggunakan fasiliti UM serta tidak mengikuti kuliah seperti semester-semester lain.

4. Menuntut supaya yuran pelajar‘extend’ ditukar dari per semester kepada per jam kredit atas faktor mahasiswa tidak lagi menerima bantuan pinjaman atau biasiswa.

5. Menuntut jumlah kemasukan pelajar baru dikurangkan dan kemudahan-kemudahan kolej kediaman dan fakulti ditambah baik.

6. Menuntut supaya laluan berbumbung di seluruh kampus dibaiki segera.  

7. Bilik persatuan kepada persatuan-persatuan yang tidak mempunyai bilik.

8. Semua bahagian pentadbiran (kewangan, tempahan, perkhidmatan & etc) PTj/Juruteknik perlu mengeluarkan prosedur yang tetap dan jelas serta disebarkan supaya tidak menganiayai mahasiswa.

9. Menuntut supaya mahasiswa diberikan kebebasan berpersatuan, bersuara dan berakademik serta tidak dikongkong atau dihalang oleh mana-mana pihak selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

10. Menjamin kebajikan pelajar “postgraduate” dari segala aspek termasuk yuran pengajian, penginapan dan lain-lain yang berkaitan.

11. Memperkasakan sistem bantuan kewangan mahasiswa yang lebih efisien. 

12. Menuntut Bajet Kolej dinaikkan untuk keselamatan dan keselesaan penghuni kolej antaranya

a) Pemasangan CCTV untuk mengatasi masalah kecurian

b) Sanitary Bins di tandas wanita ditambah

c) Membaiki lif KK12

d ) Ruang makan di KK8 ditambah.

 

Dengan Kerjasama :

Sekretariat Presiden Kolej UM (SPKUM), Persatuan-persatuan Badan Pelajar Universiti Malaya dan Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya yang bersetuju.

0 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!