Petition Closed
Petitioning UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

PETISYEN BAGI MEMOHON PENGURANGAN KADAR YURAN UNTUK PARA PELAJAR SEMESTER 7 ( 2017/2018)

1,251
Supporters

PETISYEN BAGI MEMOHON PENGURANGAN KADAR YURAN UNTUK PARA PELAJAR SEMESTER 7 (SESI 2017/2018) PENGKHUSUSAN IJAZAH SARJANA TEKNOLOGI KREATIF (KOD PENGAJIAN :SCK)  UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

PROF MADYA AHMAD TARMIZI BIN AZIZAN
Dekan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Bachok,16300
Bachok, Kelantan.

Salinan Kepada:

YANG BERBAHAGIA PROF.DATO MORTAZA MOHAMED
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan

YANG BERHORMAT DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi.

TUAN PUAN,DR,PROF MADYA,YAB TAN SRI DATO'

PETISYEN BAGI MEMOHON PENGURANGAN KADAR YURAN UNTUK PARA PELAJAR SEMESTER 7 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Merujuk Perkara Di atas,

Kami mewakili para pelajar Universiti Malaysia Kelantan, ingin merayu kepada pihak Universiti Malaysia kelantan supaya mengurangkan kadar yuran pengajian bagi semester 7 (2017/2018) . Perkara-perkara permohonan adalah seperti di bawah.

(1)PENGENALAN/LATAR BELAKANG PERMASALAHAN.
1.1   Pada semester 7 (sesi 2017/2018) kami para pelajar Universiti Malaysia Kelantan akan menjalani latihan industri selama 6 bulan/ 1 tahun (bagi pelajar yang terlibat dalam program 3+1), justeru kami memohon agar dikurangkan kadar yuran yang agak tinggi berbanding kadar sebelumnya.
          
   1.2   Bagi pelajar yang telah menjalani latihan industri tahun lalu, mareka hanya dikenakan kadar bayaran sebanyak rm700 bagi teknologi kreatif, manakala bagi semester kini pula kadar yuran dinaikan kepada rm1380, dan ini melibatkan kenaikan sebanyak 98% berbanding kadar yang dikenakan pada pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun lalu.

1.3    Terdapat sebahagian daripada mahasiwa yang sama tahun pengajian tetapi dikenakan yuran berbeza iaitu sebanyak RM1380 dan RM1780 bagi semester 7 ini. Hal ini jelas menimbulkan tanda tanya memandangkan pihak pengurusan universiti tidak memberikan penerangan yang lebih lanjut dan maklumat yuran juga tidak dipaparkan secara terperinci.

1.4 Justeru,  kami para mahasiwa mengharapkan melalui petisyen ini, pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dapat membantu dalam mengurangkan kadar yuran ke kadar asal iaitu rm700.00, berbanding kadar sekarang yang terlalu membebankan para mahasiswa.

(2) KEPERLUAN SUMBER KEWANGAN YANG TINGGI BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SEWAKTU MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pihak Universiti Malaysia Kelantan sedia tahu, perbelanjaan sewaktu di industri di tanggung sendiri oleh para pelajar, malahan ada para pelajar tidak mendapat sebarang elaun atau kadar elaun yang rendah, justeru kebanyakan para pelajar bergantung sepenuhnya kepada wang pinjaman pendidikan (ptptpn), biasiswa kerajaan dan lain-lain institusi pinjaman.

2.2 Pemasalahan ini sedikit sebanyak menganggu emosi dan menyukarkan mahasiswa menjalani kehidupan seharian sewaktu sesi latihan industri, dan kami sebagai mahasiswa mengharapkan pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dan Kementerian Pendidikan memandang serius perkara ini, memandangkan sebahagian mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan datang dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

 (3) LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL

3.1 Kami juga telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan isu ini melalui prosedur yang ditetapkan. Antara maklum balas yang diterima :

3.1.1. Penyelaras Latihan Industri

Masalah yuran adalah di luar bidang kuasa Penyelaras Latihan Industri. Kami diminta untuk merujuk pihak Bendahari.

3.1.2. Bendahari (UMK Bachok) :

Bendahari hanya menguruskan kewangan. Pelajar perlu berhubung dengan bahagian Akademik.

3.1.3. Timbalan Dekan Akademik FTKW :

Hal ini perlu merujuk kepada TNC atau NC. MPP perlu mengaturkan perjumpaan untuk berbincang.

3.1.4. Pejabat Akademik Bachok :

Person In Charge (PIC) yang menguruskan hal ini ada mesyuarat dan staf tidak tahu bagaimana nak menjawab permasalahan ini. Kami diminta untuk merujuk nombor telefon yang telah diberikan.

(4) CADANGAN

4.1 Cadangan yang kami kemukakan ialah dengan mengurangkan kadar yuran dengan tidak mengenakan caj perkhidmatan, persatuan mahasiwa,pengangkutan, dan lain-lain caj yang tidak digunakan oleh mahasiwa sepanjang 1 sem pengajian. 

 Akhir sekali, saya berharap pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dapat menerima permohonan kami supaya mengurangkan kadar yuran pengajian.

 

PENUTUP

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan terjaga dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi yang sentiasa memastikan Institusi Pendidikan negara terus maju ke peringkat yang lebih baik .

Sekian
"MAHASISWA  PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA"
"ENTREPRENEURSHIP IS OUR THRUST"
"SOARING UPWARD"

Yang Benar
"Suara Mahasiswa"

Email: mediapenerangankmi@gmail.com

-29 Ogos 2017-

 

 



Today: Suara Mahasiswa is counting on you

Suara Mahasiswa needs your help with “UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN: PETISYEN BAGI MEMOHON PENGURANGAN KADAR YURAN UNTUK PARA PELAJAR SEMESTER 7 ( 2017/2018)”. Join Suara Mahasiswa and 1,250 supporters today.