TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP MENGIKUT KATEGORI ATAS DESAKAN DAN KESUSAHAN HIDUP

The Issue

Kami pencarum KWSP menuntut pengeluaran KWSP mengikut kategori dan keperluan seperti di bawah. Rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak dan inflasi pasca pandemik. Sehingga hari ini pihak kerajaan masih gagal memberikan bantuan dan penyelesaian secara menyeluruh tanpa ada rakyat yang tercicir. 
Kami menuntut pengeluaran wang kami sendiri bagi menampung kesusahan yang kami hadapi sekarang.
Kategori dan keperluan adalah seperti berikut;

1. Surirumah dan Ibu Tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan kesemua simpanan persaraannya bagi menyara kelangsungan hidup mereka yang semakin terhimpit disamping dapat membantu ekonomi keluarga dan kemajuan anak-anak mereka.

2. Bekas Pekerja Swasta yg tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti secara sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar untuk mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan,dibenar mengeluarkan kesemua simpanan persaraannya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memperbaiki ekonomi yang semakin meruncing.

3. Pencarum B40 dan M40 (masih aktif mencarum) berusia 54tahun dan ke bawah dibenar mengeluarkan 30% daripada AKAUN 1 mengikut keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan harga barang yang berterusan sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menanganinya dengan baik.

4. Pencarum B40 dan M40 (masih aktif mencarum) yang mempunyai simpanan kurang RM10ribu dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM100 didalam akaun 1 & 2.

Di dalam Tuntutan ini kesemua kategori Pencarum yang diatas bakal mendapat manfaat tidak kira usia dari 54 tahun dan ke bawah selagi mempunyai baki simpanan seperti ketetapan yang diatas.

This petition had 319,628 supporters

Petition updates