Dakwa pesalah laku segera! #JusticeForBella

Victory

This petition made change with 47,984 supporters!

The Issue

#JUSTICEFORBELLA

Bella, seorang gadis remaja OKU Sindrom Down berusia 13 tahun telah didera dengan kejam semasa berada di bawah jagaan penjaga dan pengasas sebuah Pusat Perlindungan Rumah Bonda. Hak penjagaan Bella di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diserahkan kepada Siti Bainun selaku “ibu angkat” kepada Bella.

Bella dijumpai di kondominium Wangsa Maju dengan kecederaan melecur yang teruk pada bahagian leher, belakang badan, kaki dan lengan akibat disimbah air panas. Terdapat juga kesan luka lama dipercayai kesan dera. Bella telah dirawat selama sepuluh (10) hari di Hospital.

Laporan polis telah dibuat pada 24/06/2021. Ibu Angkat Bella iaitu Siti Bainun dibawa untuk siasatan pada 15/07/2021 untuk membantu siasatan polis.

Oleh itu, kami menuntut #JusticeForBella daripada pihak berwajib seperti berikut:-

a) Siasatan kes dera Bella dijalankan tanpa campur tangan pihak lain dan tanpa “double standard”;
b) Pendera-pendera Bella didakwa serta diadili dengan segera di Mahkamah; dan
c) Rumah Bonda yang beroperasi tanpa kebenaran JKM didakwa di Mahkamah.

Ayuh bersuara untuk Bella dengan menandatangani petisyen ini.

#JusticeForBella

ASWAPetition Starter

The Decision Makers

YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Menteri Dalam Negeri
YB Dato' Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri Dalam Negeri
YB Tuan Jonathan bin Yasin
Timbalan Menteri Dalam Negeri II

Petition Updates