Protect the threatened Greater Ulu Muda forest

The Greater Ulu Muda forest, a large expanse of tropical rainforest located in the northern state of Kedah in Peninsular Malaysia, is now facing immediate threats from logging and mining activities that were approved by the Kedah State government. These activities are likely to destroy the ecosystem functions of the Greater Ulu Muda forest in the long term as well as the rich biodiversity found within the forest.
Hutan belantara Ulu Muda, Kedah yang merupakan kawasan hutan hujan tropika berkeluasan besar di utara Semenanjung Malaysia, kini menghadapi ancaman daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kedah. Aktiviti-aktiviti ini dilihat berpotensi untuk memusnahkan fungsi ekosistem serta kekayaan biodiversiti hutan belantara Ulu Muda dalam jangka masa panjang.

The Greater Ulu Muda forest (comprising the Ulu Muda Forest Reserve and surrounding forested areas) with a total area of more than 163,000 hectares is the water catchment area for three man-made dams and forms the headwaters for the Muda and Kedah rivers. Water from the Greater Ulu Muda forest is supplied to the northern Peninsular Malaysia states of Kedah, Penang and Perlis.
Hutan belantara Ulu Muda (merangkumi Hutan Simpan Ulu Muda dan kawasan hutan di sekitarnya) dengan keluasan melebihi daripada 163,000 hektar merupakan kawasan tadahan air bagi tiga empangan buatan manusia dan merupakan punca Sungai Muda dan Sungai Kedah. Sumber air dari hutan belantara Ulu Muda ini merupakan punca bekalan air bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Water from the Greater Ulu Muda is the engine of growth for the Kedah and Penang economies and is critically important for the well-being of the local people. Ulu Muda water enables the rice fields of the Kedah and southern Perlis coastal plains to practise double cropping, contributing to about 45 to 50%  of the nation’s rice production and a source of livelihood for 55,000 families. It is thus a water catchment forest which is of national significance.
Sumber air dari hutan belantara Ulu Muda merupakan pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Kedah dan Pulau Pinang serta memainkan peranan yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat tempatan. Bekalan air dari hutan belantara Ulu Muda juga membolehkan sawah padi di negeri Kedah dan kawasan dataran pantai di selatan negeri Perlis mengamalkan penanaman dua kali setahun. Ini menyumbang kepada kira-kira 45 hingga 50% daripada pengeluaran beras negara dan merupakan sumber pendapatan bagi 55,000 buah keluarga. Ini bermakna hutan belantara Ulu Muda merupakan hutan tadahan air yang berkepentingan kepada negara.

The Greater Ulu Muda forest also harbours important biodiversity and is home to many rare and threatened wildlife species, including the Asian elephant, Malayan tapir, Malayan sun bear, serow and over 300 species of birds. It is one of only two areas in Malaysia where all 10 species of Malaysian hornbills are found including the rare and endangered plain-pouched hornbill.  The Greater Ulu Muda forest is one of the last remaining tracts of lowland tropical rainforest which remains unprotected in Peninsular Malaysia and is also of the few refuges for large mammals in northern Peninsular Malaysia. It used to harbour the Javan rhinoceros, Banteng and Sumatran rhinoceros, all of which are now extinct in Peninsular Malaysia. Therefore, it is critical that measures are taken to prevent further loss of the remaining wildlife species. 
Hutan belantara Ulu Muda juga menampung biodiversiti yang penting selain menjadi habitat kepada pelbagai spesies hidupan liar yang jarang ditemui dan terancam termasuk gajah Asia, tapir, beruang matahari, kambing gurun dan lebih 300 spesies burung. Ia adalah salah satu daripada dua kawasan di Malaysia di mana semua 10 spesies burung enggang Malaysia boleh dijumpai termasuk burung enggang belantara yang sukar ditemui dan terancam. Hutan belantara Ulu Muda merupakan salah satu kawasan hutan hujan tropika tanah rendah yang masih belum dilindungi di Semenanjung Malaysia dan menampung populasi beberapa mamalia besar di utara Semenanjung Malaysia. Pada masa lalu, hutan belantara Ulu Muda adalah habitat kepada badak raya, banteng dan badak Sumatera, haiwan-haiwan yang telah pupus di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak spesies hidupan liar.

Allowing activities such as logging or other extractive activities will lead to devastating effects on the water resources from the Greater Ulu Muda forests, its biodiversity and ecotourism values.
Membenarkan aktiviti-aktiviti seperti pembalakan atau penggalian akan mendatangkan kemudaratan kepada sumber air, biodiversiti dan nilai eko-pelancongan hutan belantara Ulu Muda.

Therefore, we call on the Kedah State Government as the custodian of the forests to:
Oleh itu, kami menyeru Kerajaan Negeri Kedah sebagai penjaga hutan belantara Ulu Muda untuk:

  1. Immediately cease giving out new licenses or renewing existing licenses for logging or any other activity that can negatively affect the ecosystem functions of the forests.
    Serta-merta memberhentikan pemberian lesen baru atau memperbaharui lesen yang sedia ada untuk pembalakan atau apa-apa aktiviti lain yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi ekosistem hutan.
  2.  Gazette the entire 163,000 hectares of the Greater Ulu Muda forest as a National/State Park.
    Mewartakan keseluruhan 163,000 hektar hutan belantara Ulu Muda sebagai Taman Negara / Negeri.
  3. Shift the focus to sustainable financing mechanisms such as payment for ecosystem services and ecotourism to generate income for the state.
    Mengamalkan mekanisme kewangan secara mampan bagi menjana pendapatan negeri melalui bayaran perkhidmatan ekosistem dan ekopelancongan.

Given that the Greater Ulu Muda forest is of national significance, we call on the Federal Government of Malaysia to:
Memandangkan hutan belantara Ulu Muda merupakan kawasan yang berkepentingan kepada negara, kami menyeru Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk:

  1. Assist Kedah in finding the right mechanism to protect the Greater Ulu Muda forest while allowing the state to generate income from the ecosystem services these forests provide.
    Membantu negeri Kedah dalam mencari mekanisme yang sesuai untuk melindungi hutan belantara Ulu Muda disamping membolehkan negeri Kedah menjana pendapatan daripada perkhidmatan ekosistem hutan.
  2. Establish an Ulu Muda Trust Fund to manage the funds for the conservation and management of the Greater Ulu Muda forest. Members of the trust fund should comprise of federal and state agencies, as well as representatives from the private sector, research institutions and civil society to ensure that the trust fund is effectively used for the protection of the Greater Ulu Muda forest.
    Menubuhkan Tabung Amanah Ulu Muda untuk menguruskan dana pemuliharaan dan pengurusan hutan belantara Ulu Muda. Pemegang tabung amanah ini harus terdiri daripada agensi-agensi persekutuan dan negeri, wakil daripada sektor swasta, institusi penyelidikan dan masyarakat sivil bagi memastikan bahawa kumpulan wang amanah tersebut digunakan secara berkesan untuk melindungi hutan belantara Ulu Muda.
This petition will be delivered to:
  • The Kedah State government
  • Federal Government of Malaysia

    Surin Suksuwan started this petition with a single signature, and now has 1,770 supporters. Start a petition today to change something you care about.