Turunkan Harga TMNet Streamyx

Turunkan Harga TMNet Streamyx

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Syarmiezi Rodzi started this petition to telekom malaysia and

Kami mahu pihak TM turunkan harga bagi pelan Streamyx 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps & 8Mbps selari dengan penurunan harga pelan UNIFI. Kenapa kami perlu bayar lebih?

Masih wujudnya ketidakadilan dalam nisbah penawaran harga pelan Internet Streamyx berbanding pelan Internet Unifi kepada pelanggan.

Ambil pelan Streamyx 4Mbps sebagai contoh.

Kami selaku pelanggan sedia ada telah melanggan pelan Streamyx 4Mbps yang berharga RM120 bulanan (selepas diskaun hasil aduan) dan ingin mempertingkatkan kualiti servis kelajuan dengan melanggan pelan Unifi Lite 10Mbps berharga RM129 bulanan.

Namun, disebabkan kawasan kami belum mempunyai infrastruktur Unifi, ini telah menjadi satu kerugian kerana kami merasakan tidak adil untuk kami membayar harga yang lebih mahal untuk servis yang lebih rendah kelajuan sedangkan terdapat pilihan untuk kami mempertingkatkan servis tetapi tidak boleh atas sebab yang dinyatakan.

Jika dihitung, pakej 10Mbps dengan harga RM129 adalah bersamaan dengan RM12.9/Mbps manakala pakej yang terpaksa dilanggan oleh kami adalah pakej 4Mbps dengan harga RM120 iaitu bersamaan dengan RM30/Mbps.

Perbezaan ini menunjukkan lebih 2x ganda harga yang perlu dibayar oleh pengguna untuk servis yang lebih rendah kelajuan muat naik dan muat turun internet. Jadi, selaras dengan seruan Kementerian supaya penyedia perkhidmatan wajib menyediakan penawaran servis dengan lebih berkualiti dan berpatutan, tujuan kami membuat aduan supaya pihak TM boleh memberi penawaran harga yang wajar kepada kes pengguna pelan seperti kami.

Kami meminta pihak TM memberi tawaran pelan 4Mbps sebanyak RM60/sebulan iaitu bersamaan RM15/Mbps. Hal ini dikira wajar berdasarkan hujah penerangan kami di atas.

Diharap pihak TM dapat memberi maklumbalas yang positif berkaitan isu ini.

Terima kasih.

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!