Naik taraf TM Fiber Kg. Tombovo, Putatan dan sekitarnya

The Issue
- Ahli Parlimen P.173 Putatan; YB TUAN AWANG HUSAINI BIN SAHARI
- TELEKOM MALAYSIA CAWANGAN SABAH
MENAIK TARAF ATAU MEMASANG “FIBER TERMINATION BOX” DI KG. TOMBOVO DAN SEKITARNYA
Merujuk kepada perkara di atas, saya Venancy@Angela Suimen, Guru Besar SK Tombovo serta penduduk di alamat seperti tertera di atas ingin memohon sokongan dan nasihat daripada pihak Parlimen P.173 Putatan untuk meluaskan pemasangan wayar fiber atau “Fiber Termination Box” di Jalan Ketiau Tombovo sehingga ke alamat seperti tertera diatas.
1) Hal ini demikian, terdapat ramai penduduk kampung yang berdekatan, saya dimaklumkan bahawa pihak Telekom Malaysia telah menaiktaraf wayar fiber di sekitar kampung ini namun Telekom Malaysia mempunyai kesulitan memasang “Fiber Termination Box” di kawasan kampung ini kerana tidak mempunyai lot rumah. Kira-kira 15-20 keluarga/rumah yang memerlukan perkhidmatan Unifi Fibre yang lebih pantas, stabil dan yang lebih penting murah jika dibandingkan pakej internet lain.
2) Dalam gejala pandemik COVID-19 yang melanda kita pada masa kini, ramai anak-anak muda, generasi masa depan yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mula bekerja dari rumah. Ada juga yang memulakan bisnes dari rumah sahaja. Demi memastikan perjalanan pekerjaan mereka kekal progresif dan efisien.
3) Disamping itu, ramai juga pekerja awam kerajaan yang memerlukan kelajuan internet yang pantas dan stabil untuk melaksanakan tugas harian melalui ‘online meeting’ yang kerap diadakan pada masa kini akibat dari pandemik COVID-19.
4) Bukan itu sahaja, segelintir juga memerlukan kelajuan internet yang pantas dan stabil untuk menjalankan ibadah sembahyang secara atas talian bagi mereka yang tidak berpeluang untuk hadir menjalankan tanggungjawab ibadah mereka atas sebab tempat duduk yang terhad dan hanya mampu menyertai melalui ibadah atas talian.
5) Mesti sesetengah pihak tertanya, mengapa tidak mengunakan perkhidmatan telkom internet seperti Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain. Walaupun perkhidmatan telkom juga menyumbang perkhidmatan internet, tetapi disebabkan kelajuan yang tidak konsisten, kos tinggi kerana memerlukan quota internet memberi impak yang besar kepada proses pekerjaan, perjalan ibadah atas talian dan hal-hal lain.
6) Tambahan pula, pembentukkan Malaysia sudah mencapai tahun ke 63 dan secara khususnya Rakyat Sabah sudah mencapai kemerdekaannya yang ke 57 pada tahun 2020 ini. Jikalau bukan sekarang maka bila lagi kita akan menaik-taraf kualiti teknologi informasi sedangkan secara tidak langsung memberi perkembangan positif kepada penduduk setempat.
7) Akhir sekali, saya mohon agar pihak Parlimen P.173 dapat memberi kerjasama bersama Telekom Malaysia Cawangan Sabah untuk kebaikan penduduk di sekitarnya.

Victory
Share this petition
The Decision Makers
Share this petition
Petition created on 15 September 2020