Tarik Balik Panggilan Da'i, PU, IM & Ustaz Utk Si Penunggang Agama - Panggil Encik Saja

Tarik Balik Panggilan Da'i, PU, IM & Ustaz Utk Si Penunggang Agama - Panggil Encik Saja
Why this petition matters
Assalamualikum
1) HARAMKAN, TARIK BALIK penggunaan julukan (title) Pencetus Ummah - PU, Imam Muda - IM atau Da'i kepada penunggang2 agama, si pencemar kesucian Islam : Panggil mereka Saudara atau Encik sahaja
RANCANGAN REALITY TV yang berkonsepkan AGAMA spt rancangan PU, IM dan Da'i akhirnya mencalarkan agama yg Syumul ini, ISLAM. Walaupun bukan semua PU, IM & Da'i berperangai ikut kaedah syariat ciptaan syok sendiri mereka, tapi segelintir pelaku-pelaku berkelakuan amat memalukan ini, memberi impak yang amat buruk kepada agama Islam dan org Islam khasnya, dan kaca mata pandangan bukan Islam amnya.
Fenomena menggunakan gelaran ustaz, mengelar dan memanggil diri sendiri sebagai ustaz untuk kepentingan peribadi dgn akhlaq yang bertentangan dgn cara hidup Islam adalah sangat serius. Ianya serius kerana pelaku-pelaku ini adalah kelahiran RANCANGAN REALITI TV. Sudah tentunya telah ada PENGIKUT yg terdiri dari pelbagai peringkat umur. Mereka menjadikan 'ustaz-ustaz' ini 'role model' mereka. Pelaku-pelaku ini menggunakan alasan agama atas kapasiti sebagai 'ustaz celebrity' utk kepentingan peribadi di sosial media. Maka, DI SINILAH MASALAH BERMULA - Ini semua virus, penyakit. Cukup-cukuplah dan hentikanlah!
Kalau pelaku-pelaku ini bukan kelahiran RANCANGAN REALITI TV, Aiman tak kesah pun sebab yg berakhlaq burok itu pelaku-pelaku ini dan tidak membawa nama PU, IM atau Da'i malah bukan 'role model' untuk manusia sekian alam.
Ostaz! ostaz! ostaz!
Justru HARAMKAN, TARIKBALIK penggunaan nama PU, IM & Da'i kepada penunggang2 agama ini! Panggil pelaku-pelaku ini Encik sahaja.
2) BATALKAN RANCANGAN REALITI TV AGAMA atau SEMAK SEMULA
Rancangan Realiti TV Agama adalah suatu penghinaan kepada institusi keilmuan Agama Islam. Kecuali ianya di semak semula dengan mengambil kira dari pelbagai sudut.
Note: Kes penderaan sex terhadap kanak-kanan masih tinggi, keganasan rumahtanggan terus meningkat (harap bukan influence ustaz-ustaz ini), sumbang mahram juga terus meningkat, hubungan sejenis lagi terus meningkat. Tapi kita sibuk buat rancangan realiti TV keagamaan untuk calon-calon yang tak berquality.
Islam bukan untuk di pentaskan! Kembali kepada ummah tinggalkan dunia glamour. Jom kita team up kuatkan Islam. Ianya bermula dari kita: Suami, Isteri, Anak-anak. Jadilah suami/bapa role model kepada isteri dan anak-anak, Insyallah kamu akan menjadi role model kepada masyarakat.
Jom jadi duta Agama Islam