Subway Malaysia: Please stop using eggs from hens caged in cruel conditions!

0 have signed. Let’s get to 10,000!


Subway Malaysia: Please stop using eggs from hens caged in cruel conditions!

 

Do you know that over 40 million hens in Malaysia are confined in tiny cages for their entire lives to produce eggs? These tiny cages, known as battery cages, are considered one of the cruellest forms of animal confinement and are bad for food safety. The fast food chain Subway has already committed to totally eliminate the use of battery-farmed eggs in its products, both in North America and in Latin America, but not in Malaysia. So it is time to ask Subway: why do Malaysians deserve less than the people of North America and Latin America?

 

These cages are so small that the hens cannot even walk or spread their wings completely. Because of these cages, hens suffer a higher risk of injury, lose their feathers, and develop painful bone conditions, including osteoporosis.[i] Keeping birds in these conditions is immensely cruel. Science has proven that chickens are sentient beings, able to feel pain, stress, and fear. Surely they deserve more compassion. If we eat their eggs, we owe them a better life.

 

Battery cages are bad for food safety as well. The largest study ever conducted by agricultural and scientific institutions shows that battery farms are 25 times more likely to be contaminated with salmonella, compared to cage-free farms.[ii] Malaysians should not accept being served battery-farmed eggs that are more likely to be contaminated by salmonella, a deadly bacteria that has caused deaths, including of children!

 

Many other multinational companies - such as Nestlé, Unilever, Kraft Heinz, and Mondelez International - have already committed to only use eggs of hens that are raised without cages in their products in Asia, including in Malaysia. There is no excuse for Subway not to join this movement, for the sake of human well-being and animal welfare.

 

Please join us and ask Subway to make this world a better place for animals and for food safety by adopting a cage-free egg policy in Malaysia and all other countries in Asia. Sign this petition and share it with all your friends!

 

_____________________________________

 



[i] Brittle Bones: Osteoporosis and the Battery Cage (https://www.ciwf.org.uk/media/3818832/brittle-bones.pdf

The welfare problems of laying hens in battery cages (https://www.researchgate.net/publication/15258498_The_welfare_problems_of_laying_hens_in_battery_cages

Scientists and Experts on Battery Cages and Laying Hen Welfare (https://www.humanesociety.org/sites/default/files/docs/hsus-expert-synopsis-battery-cages-hen-welfare.pdf

 
[ii] Report of the Task Force on Zoonoses Data Collection on the Analysis of the baseline study on the prevalence of Salmonella in holdings of laying hen flocks of Gallus gallus  (https://www.efsa.europa.eu/en/efsajournal/pub/rn-97 )

 

VERSI BAHASA MALAYSIA:

 

Subway Malaysia: Sila hentikan penggunaan telur daripada ayam yang dikurung dalam keadaan yang kejam!

 

Tahukah anda bahawa lebih daripada 40 juta ekor ayam telur di Malaysia dikurung dalam kurungan yang kecil sepanjang hidup mereka untuk menghasilkan telur? Kurungan yang kecil ini, yang dikenali sebagai kurungan bateri, digolongkan sebagai salah satu kaedah pengurungan haiwan yang paling kejam dan ianya juga tidak baik untuk keselamatan makanan kita. Rangkaian makanan segera Subway telahpun berikrar untuk menghentikan penggunaan telur kurungan bateri dalam produk-produk mereka di Amerika Utara dan Amerika Selatan, tetapi tidak di Malaysia.  Tibalah masanya kita bertanya kepada Subway: Tidakkah rakyat Malaysia berhak mendapat taraf yang sama dengan rakyat Amerika Utara dan Amerika Selatan?

Kurungan-kurungan bateri ini begitu kecil sehingga ayam tidak dapat berjalan atau membuka sayap mereka. Disebabkan kurungan-kurungan ini, ayam menghadapi risiko kecederaan yang lebih tinggi, mengalami keguguran bulu, dan menghidap penyakit tulang yang perit, termasuklah osteoporosis. Mengurung haiwan dalam keadaan sebegini amatlah kejam. Sains telah membuktikan bahawa ayam adalah haiwan yang dapat berfikir dan berasa sakit, tertekan dan takut. Tidakkah mereka berhak dilayan dengan prihatin? Jika kita memakan telur mereka, kita patut meningkatkan kebajikan dan taraf hidup mereka.

Kurungan bateri juga buruk untuk keselamatan makanan kita. Kajian yang paling besar yang dilaksanakan oleh institusi-institusi pertanian dan saintifik menunjukkan bahawa ladang ternakan ayam kurungan bateri  adalah 25 kali ganda lebih tinggi berkemungkinan dicemar oleh salmonella berbanding dengan ladang ternakan tanpa kurungan. Rakyat Malaysia tidak patut dihidangkan telur kurungan bateri yang lebih berkemungkinan dicemar oleh salmonella, bakteria merbahaya yang mampu menyebabkan kematian, termasuklah kematian kanak-kanak.

 

Banyak syarikat antarabangsa yang lain – termasuklah Nestlé, Unilever, Kraft Heinz, dan Mondelez International – telahpun merakamkan komitmen mereka untuk hanya menggunakan telur ayam tanpa kurungan untuk produk-produk mereka di Asia, termasuklah di Malaysia. Oleh itu, Subway tiada alasan untuk tidak menyertai gerakan ini, demi kesejahteraan manusia dan kebajikan haiwan.

Sertailah kami untuk menyeru Subway agar menjadikan dunia kita lebih baik demi haiwan dan keselamatan makanan dengan mengamalkan dasar telur tanpa kurungan di Malaysia dan negara-negara lain di Asia! Tandatanganilah petisi ini dan kongsilah dengan rakan-rakan anda.

_____________________________________