Tuntutan Rakyat Terhadap Skandal Kapal Ghaib LCS

This petition had 8,537 supporters

The Issue

Kita dikejutkan lagi dengan skandal kapal perang yang terbesar dalam sejarah. Duit negara dijarah tanpa rasa bersalah. Kapal hilang entah ke mana.

Ini bukanlah soal kapal semata-mata,ia terkait dengan soal keselamatan negara. Ini bukan kapal pelancongan, ini kapal untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Sampai bila lagi kita akan dihadap dengan kebejatan sebegini. Kita bukan sekadar mempertaruhkan nyawa para perwira tetapi juga maruah anak bangsa dan negara kita.

Selaku warga Malaysia yang sedar dan berasa malu dengan perilaku yang hina ini, kami menuntut agar:

  1. Mendesak Pesuruhjaya SPRM,Ketua Polis Negara dan Peguam Negara  sesegera mungkin melaksanakan siasatan, memuktamadkan dan mendakwa mereka yang terlibat.Jangan ada sebarang perlindungan politik yang tidak munasabah diberikan oleh pihak-pihak tertentu.
  2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyembah kepada Majlis Raja-Raja penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi meneliti segala aspek agar tiada pihak yang bersalah terlepas daripada pendakwaan.
  3. YB Menteri Pertahanan menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera bagi meneliti danmelaksanakan cadangan PAC tanpa campur tangan politik.

Sebagai warga negara Malaysia, kami amat menghargai pengorbanan para anggota tentera yang sepatutnya mendapat pembelaan yang lebih baik menerusi keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

The Decision Makers

Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Menteri Pertahanan

Petition Updates