Parliamentarians, please vote to amend Article 1(2)

The Issue
Parliamentarians, please vote to amend Article 1(2) and restore Sabah and Sarawak’s dignity in Malaysia
Ahli-ahli Parlimen, tolong sokong pindaan Perkara 1(2) demi kembalikan maruah Sabah dan Sarawak di Malaysia.
English Version
We, the undersigned, from Sabah, Sarawak and the States of Malaya call upon all members of the Parliament (MPs) to vote for the amendment to Article 1(2) of the Federal Constitution to restore the rightful status and dignity of Sabah and Sarawak as equal partners to the States of Malaya in the Federation of Malaysia.
We would like to state our positions as below:
1. As a bundle affecting some 30 articles and schedules in the Federal Constitution, the 1976 Constitutional Amendment that changed Article 1(2) from its 1965 version
“The States of the Federation shall be—
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu; and
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak.”
to
“The States of the Federation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor and Terengganu.”
was a sinister – not at all cosmetic -- move to distort the history of Malaysia’s formation. It reduces Sabah and Sarawak from equal partners to the original Federation of Malaya to equal partners of the 11 states of Malaya. The entire amendment bill was rushed through in less than seven and half hours in two days, causing most MPs including those from Sabah and Sarawak to overlook the colossal implication of the rephrased Article 1(2). Painfully, this amendment with great symbolic significance – allegedly agreed by the state governments of Sabah and Sarawak - was carried on July 13, 1976 by 130 MPs, including 22 from Sarawak and 11 from Sabah, while seven other parliamentarians from the two states were simply absent.
2. We fully support the Federal Government’s intention to restore the 1965 version of Article 1(2) but we suggest for Sabah and Sarawak to be listed separately as the 11 States of Malaya are collectively equal to Sabah and Sarawak each, and not the two combined as the Borneo States. The new Article 1(2) should therefore read:
“The States of the Federation shall be—
(a) the States of Malaya namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu;
(b) Sabah; and
(c) Sarawak.”
3. We hold that, just as the 1976 amendment to Article 1(2) was not at all cosmetic, undoing it is also not cosmetic but of great symbolic significance in restoring the rightful status and dignity of Sabah and Sarawak as Malaya’s equal partner. As put by a Malayan parliamentarian who voted for the 1976 amendment, it “[placed] every State equal to one another within the Federation of Malaysia” by erasing the special status of Sabah and Sarawak as equal to the states of Malaya as a whole and not to each of the 11 states individually. The 1976 Distortion exists to perpetuate the falsehood that Malaysia is a union of 13 and therefore must not be allowed to exist any longer while more substantive negotiations of Malaysia federalism take place. This September 16 when we celebrate Malaysia Day, the 1976 Distortion must be gone so that we can celebrate the 66th anniversary of the tripartite union of Malaya, Sabah and Sarawak.
4. When the constitutional amendment bill is tabled before the Dewan Rakyat on April 9 (Tuesday) for second reading, we hope it would be carried by all 222 MPs. This is the time for each and every MP, regardless if they are from Malaya, Sabah or Sarawak, to show their support for a new Malaysia in which Sabah’s and Sarawak’s rightful status and dignity will be restored as per the spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63). The amendment bill needs a minimum of 148 votes to be passed. We especially hope that all 57 MPs from Sarawak (31), Sabah (25) and Labuan (1) will be part of the 148 and more votes to undo the 1976 Distortion. We call upon them to put the national and regional interests before their partisan and personal differences. They must right the wrong – wittingly or unwittingly – committed by their predecessors 43 years ago. No MPs from Sabah and Sarawak must commit another crime on their own state by vetoing the undoing of the 1976 Distortion. MPs from Sabah, Sarawak and Malaya, please be our heroes!
5. After undoing the 1976 Distortion, broad-based consultation must begin for more substantive constitutional, legal, administrative and fiscal changes that are needed to fully restore Sabah’s and Sarawak’s rights under MA63. The consultation must meaningfully involve all stakeholders, including the governments and legislative assemblies of Sabah, Sarawak and other states, local communities in each of the divisions in Sabah and Sarawak, Sabah and Sarawak diaspora in Malaya and overseas, and all other concerned individuals and groups in Malaysia. This may take the vehicle of a Parliamentary Select Committee (PSC), a Royal Commission of Inquiry (RCI) or even another Inter-Governmental Committee (IGC), or any necessary combination.
Initiated by :
1. Ngu Ik Tien (Dr.), Sarawak
2. Wong Leh Ngiik, Sarawak
3. Esther Sinirisan Chong, Sabah
4. Toh Kin Woon (Dr.), WM
5. Ho Yock Lin, Sabah
6. Timoti Anak Chundi, Sarawak
7. Sentence Ong, Sabah
8. Beverly Joeman, Sabah
Versi Bahasa Malaysia
Kami, penandatangan dari Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Tanah Melayu menyeru kepada semua ahli Parlimen untuk menyokong pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan kedudukan sepatutnya dan maruah Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara Negeri-Negeri Tanah Melayu dalam Persekutuan Malaysia.
Berikut adalah pendirian kami:
1. Merangkumi pindaan kepada lebih daripada 30 Perkara dan Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan, Pindaan Perlembagaan 1976 yang mengubah Perkara 1(2) daripada versi 1965,
“Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada–
(a) Negeri-Negeri Malaya, terdiri daripada, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu; dan
(b) Negeri-Negeri Borneo, terdiri daripada Sabah dan Sarawak.”
kepada
“Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.”
adalah langkah berniat buruk - langsung bukan sesuatu yang kosmetik – untuk memesongkan sejarah pembentukan Malaysia. Ia merendahkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara dengan Persekutuan Tanah Melayu yang asal kepada sebagai rakan setara dengan 11 negeri-negeri Tanah Melayu. Proses pemindaan perlembagaan ini dihabiskan sepintas lalu dalam masa kurang daripada tujuh jam setengah dalam tempoh dua hari, sehingga menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen termasuklah mereka daripada Sabah dan Sarawak terlepas pandang terhadap akibat besar daripada pindaan Perkara 1(2). Hal yang menyedihkan adalah, pindaan ini – kononnya dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak – diluluskan pada 13 Julai, 1976 oleh seramai 130 orang ahli Parlimen, termasuklah seramai 22 orang dari Sarawak dan 11 dari Sabah, manakala tujuh ahli parlimen lain dari kedua-dua negeri ini tidak hadir.
2. Kami menyokong sepenuhnya hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan Perkara 1(2) versi tahun 1965. Namun, kami mencadangkan agar Sabah dan Sarawak disenaraikan secara berasingan kerana 11 negeri Tanah Melayu sebagai sebuah blok adalah setara dengan Sabah dan Sarawak masing-masing, dan bukannya setara dengan gabungan kedua-dua negeri berkenaan sebagai Negeri-Negeri Borneo. Oleh yang demikian, Perkara 1(2) perlulah berbunyi:
“Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada-
(a) Negeri-Negeri Tanah Malayu ia-itu, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu;
(b) Sabah; dan
(c) Sarawak.”
3. Kami berpendirian bahawa, sama sepertimana pindaan Perkara 1(2) yang dibuat pada tahun 1976 bukan satu hal kosmetik, membatalkan pindaan itu juga bukanlah satu hal yang kosmetik, tetapi sangat penting dalam mengembalikan kedudukan sepatutnya dan maruah Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara Tanah Melayu. Sepertimana yang dinyatakan oleh seorang Ahli Parlimen dari Tanah Melayu yang menyokong pindaan 1976 itu, , pindaan ini “[meletakkan] setiap Negeri dalam Persekutuan Malaysia sebagai setara antara satu sama lain” dengan memadamkan kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak sebagai setara dengan negeri-negeri Tanah Melayu secara kelompok dan bukannya setara kepada setiap satu daripada 11 negeri-negeri itu secara individul. Pemesongan 1976 wujud untuk mengekalkan kepalsuan bahawa Malaysia merupakan sebuah gabungan daripada 13 buah negeri. Oleh itu, Pemesongan ini tidak boleh dilanjutkan untuk seharipun sementara lebih banyak perbincangan yang lebih substantif tentang federalisme Malaysia berlangsung. Apabila kita menyambut Hari Malaysia pada tanggal 16 September, Pemesongan 1976 ini mestilah dihapuskan agar kita boleh meraikan ulang tahun ke-66 untuk gabungan tiga pihak iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.
4. Apabila rang undang-undang pindaan Perlembagaan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9hb April 2019 (Selasa) untuk bacaan kedua, kami berharap ia akan disokong oleh kesemua 222 Ahli Parlimen. Ini adalah masanya untuk setiap Ahli Parlimen – tak kira mereka berasal dari Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak – menunjukkan sokongan mereka untuk sebuah Malaysia Baru dalam mana kedudukan sepatutnya dan maruah Sabah dan Sarawak akan dipulihkan berdasarkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Rang undang-undang pindaan perlembagaan ini memerlukan sokongan daripada sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen. Kami menaruh harapan khas pada kesemua 57 orang Ahli Parlimen dari Sarawak (31), Sabah (25) dan Labuan (1) akan menjadi sebahagian daripada 148 atau lebih Ahli Parlimen yang menyokong pembatalan Pemesongan 1976 itu. Kami menyeru agar mereka dapat meletakkan kepentingan negara dan wilayah di atas perbezaan kepartian dan perseorangan. Mereka mesti membetulkan kesilapan yang telah dilakukan – sama ada dengan atau tanpa hasrat – oleh Ahli-ahli Parlimen dahulu 43 tahun yang lepas. Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak boleh sekali lagi menjahanamkan negeri sendiri kali dengan menghalang pembatalan Pemesongan 1976 itu. Ahli-ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Malaya, jadilah wira kami!
5. Setelah Pemesongan 1976 itu dibatalkan, konsultasi berasas luas mesti bermula untuk membawa perubahan yang lebih substanstif dalam sifat perlembagaan, perundangan, pentabdiran dan perbelanjaan (fiscal) yang diperlukan untuk memulihkan sepenuhnya hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63. Konsultasi ini mesti melibatkan secara bermakna semua pemegang taruh – termasuk kerajaan-kerajaan dan dewan-dewan undangan negeri (DUN-DUN) Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain, komuniti tempatan di setiap bahagian di Sabah dan Sarawak, rakyat Sabah dan Sarawak yang merantau di Tanah Melayu dan luar negara, serta semua individu dan kumpulan di Malaysia yang prihatin. Ini boleh mengambil bentuk kenderaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), Suruhanjaya Siasatan di-Raja (RCI) atau sebuah lagi Jawatankuasa Antara-Kerajaan (IGC) atau sebarang gabungan antara kenderaan-kenderaan yang perlu.
Dimulakan oleh :
1. Ngu Ik Tien (Dr.), Sarawak
2. Wong Leh Ngiik, Sarawak
3. Esther Sinirisan Chong, Sabah
4. Toh Kin Woon (Dr.), WM
5. Ho Yock Lin, Sabah
6. Timoti Anak Chundi, Sarawak
7. Sentence Ong, Sabah
8. Beverly Joeman, Sabah

1,085

The Decision Makers
Petition updates
Share this petition
Petition created on 7 April 2019