SOLIDARITY BUAT PPP/ JTMP/ PPKP/ JURU X-RAY LANTIKAN KONTRAK

The Issue

Suatu ketika, negara kita pernah dikejutkan dengan kehadiran wabak yang mengakibatkan kematian iaitu COVID-19.

Kerajaan terpaksa bertindak melantik petugas kesihatan dan perubatan secara kontrak antara jawatan yang dilantik adalah Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Juru X-ray keluaran daripada Kolej swasta. Tujuan pelantikan ini menyokong perkhidmatan kesihatan yang hampir lumpuh.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) turut memainkan peranan dalam meluluskan pelantikan baru petugas kesihatan dan perubatan secara kontrak ini. Selaras dengan kelulusan tersebut, KKM mengeluarkan surat tawaran pelantikan kontrak kepada calon-calon yang berjaya. Dikalangan calon berjaya itu, terdapat 'rakyat' yang mengorbankan kerjaya asal demi membantu negara. Ada yang ditempatkan jauh dari keluarga. Dalam tempoh itu juga, berapa ramai yang telah 'gugur' demi menyelamatkan negara.

Namun, setelah wabak tersebut mulai reda, khidmat petugas kesihatan dan perubatan lantikan kontrak ini tidak lagi diperlukan. Khidmat kami mula ditamatkan secara berperingkat. Dimanakah keadilan buat kami? Seramai 1,271 orang petugas telah ditamatkan bermula dari awal tahun 2023 sehingga kini dan 1,889 orang pegawai akan berhadapan nasib yang sama pada bulan Jun ini.

Setiap diantara kami telah memainkan peranan yang penting. 

Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Berperanan Penjagaan Perubatan Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan, Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan Masyarakat. Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.

Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) memfokuskan kepada kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.
Melakukan analisis-analisis makmal serta menghasilkan keputusan-keputusan tepat yang boleh membantu Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  pula menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan terhadap penyakit berjangkit.

Juru X-ray bertanggungjawab terhadap Aspek pengurusan organisasi Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan kakitangan. Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan.

Perlu diakui, kehadiran Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Juru X-ray keluaran daripada Kolej swasta lantikan kontrak ini banyak menyumbang dalam kelumpuhan petugas kesihatan dan perubatan lantikan tetap yang lain.

Solidarity ini adalah untuk menyambut baik hasrat Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang Awam.  Dengan itu, kami memerlukan jaminan penyambungan kontrak seperti lantikan kontrak tajaan dan kami berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan lantikan tetap untuk kami semua pada masa akan datang.

Kami sayangkan negara kami dan ini merupakan salah satu cara kami untuk lebih bersemangat dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi demi anak Bangsa dan Negara. Perasaan sayang kepada semua orang itu telah membuat kami memilih untuk meneruskan di dalam bidang yang kami ceburi ini.

11,602

Petition Updates