Petition Closed

Bersama kita menyokong SPRM memerangi rasuah di Malaysia!

This petition had 318 supporters


Bersama kita menyokong SPRM dalam memerangi rasuah di Malaysia!

Ketika sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad telah menetapkan sasaran untuk memastikan dalam tempoh tiga tahun, agensi penguatkuasaan, badan-badan pengawal, pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan institusi kewangan serta perbankan, bersih dan bebas daripada rasuah. Dalam sektor-sektor tersebut rasuah dan salah guna kuasa kerap berlaku.

Baru-baru ini SPRM telah mempertingkatkan operasi penguatkuasaan mereka yang menunjukkan hasil yang membanggakan. Indeks Persepsi Rasuah 2016 menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 55 daripada 176 negara lain dengan ukuran skor 49. Usaha ini perlu diteruskan dan dengan lebih baik lagi.

Tanggungjawab untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa ini tidak hanya tertumpu kepada SPRM. Ia adalah tanggungjawab kita juga sebagai rakyat Malaysia.

Kami berdiri bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memberikan sokongan penuh kepada usaha pegawai dan kakitangan mereka.

Kami berharap SPRM dapat meneruskan usaha dan mengekalkan tahap komitmen dan dedikasi mereka kepada objektif mewujudkan sebuah negara yang bersih dan bebas daripada rasuah.

------------------------------------------------------------------------------

Let's support MACC to combat corruption in Malaysia!


During last year's International Anti-Corruption Day, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad issued a call to action to work towards ensuring that in three years, the public sector, private sector and government-linked companies (GLCs) would be corruption-free. This bold challenge was issued in recognition that the current situation is quite critical as corruption and abuse of power were frequent in these three sectors.

The Commission has recently been aggressive in its efforts which have been showing impressive results. This should continue. The Corruption Perception Index 2016 has stated that Malaysia ranks 55 out of 176 nations with a score of 49. We can do better. We must do better.

The effort and responsibility to combat corruption and the abuse of power does not lie solely with MACC. It is our responsibility too.

We stand with the Malaysian Anti-Corruption Commission and give our support towards the efforts of their officers and staff.

We hope that the MACC will continue their efforts and maintain its dedication and commitment towards achieving its objective of a corruption-free nation.

 

#NyahKorupsi

 #NyahKorupsi is a campaign to strengthen ongoing advocacy efforts for institutional reform to combat corruption and promote good governance in Malaysia. https://www.facebook.com/nyahkorupsi/ 



Today: IDEAS is counting on you

IDEAS Petition needs your help with “Sokong SPRM Perangi Rasuah!”. Join IDEAS and 317 supporters today.