Petisyen Bantahan dan Tuntutan Kerugian terhadap PR1MA dan KPKT

0 have signed. Let’s get to 2,500!


Petisyen ini dibuat sebagai tanda dan sokongan dalam tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia terutamanya PR1MA, KPKT dan MoF. Antara isi tuntutan :

1. Hak pembeli awal projek PR1MA seluruh Malaysia berjumlah lebih daripada 50 lokasi, yang sepatutnya diberi kelayakan rebat yang sama sepertimana pembeli semasa tempoh jualan HOC (Home Ownership Campaign) 

2. Gantirugi nilai kerugian yang difikirkan sesuai, atas nilai kerugian perbezaan harga rumah.

3. Kerajaan mempertimbangkan permintaan pembeli awal dan berfikiran rasional oleh kerana pembeli awal juga 'Rakyat Malaysia', bukan hanya menjaga kepentingan sebelah pihak iaitu rakyat yang baharu hendak memiliki rumah mampu milik.

4. Kerajaan termasuklah Kementerian Kewangan hendaklah bersetuju, mengambil tindakan serta-merta atas permintaan, dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membayar semula julat nilai kerugian setiap pembeli dalam masa terdekat dalam nilai yang difikirkan sesuai dan diterima oleh setiap pembeli awal.

5. Jika tuntutan ini tidak dipandang atau tidak diberi kata putus oleh Kerajaan dalam tempoh 60hari, pihak pembeli awal berhak menuntut dengan apa jua cara lain yang difikirkan sesuai termasuklah membuat kenyataan akhbar atau media-media massa.


Want to share this petition?