Selamatkan Orang Asli Kelantan daripada Perlombongan REE!

The Issue

Lynas dan Kerajaan Negeri Kelantan telah memeterai MOU untuk membekalkan karbonat nadir bumi bercampur pada hujung bulan Mei ini. Sebelum ini, kerajaan Negeri Kelantan mencadangkan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), khususnya hampir 88% kawasan di Jeli dan Gua Musang akan dikeluarkan daripada status KSAS. Kenapa kawasan sensitif alam sekitar tiba-tiba dikeluarkan daripada perlindungan? Dipercayai bahawa tindakan ini adalah untuk membolehkan aktiviti perlombongan nadir bumi (rare earth elements - REE) dijalankan secara lebih mudah, tanpa kawalan ketat seperti yang digariskan dalam Garis Panduan EIA (Environmental Impact Assessment).

Laporan Malaysiakini pernah mendedahkan terdapat kes keracunan yang menimpa masyarakat Orang Asli Temiar, yang dipercayai berpunca daripada pencemaran akibat aktiviti perlombongan. Ini jelas menunjukkan risiko kesihatan yang dihadapi komuniti tersebut. Namun, kehidupan mereka terancam lagi kerana aktiviti perlombongan REE.

ISU DAN KEBIMBANGAN UTAMA

i. Mengancam Kehidupan Masyarakat Orang Asli
Perlombongan REE akan memusnahkan hutan yang menjadi sumber makanan, air, ubatan, dan identiti budaya Orang Asli. Ramai daripada mereka masih bergantung sepenuhnya kepada alam untuk kelangsungan hidup.

ii. Kemusnahan Ekosistem dan Kehilangan Biodiversiti
Kehilangan hutan akibat perlombongan REE akan menyebabkan populasi Harimau Malaya dan spesies lain terus merosot – satu kehilangan yang tidak dapat dipulihkan.

iii. Pencemaran Alam Sekitar yang Serius
Aktiviti ini melibatkan penggunaan bahan kimia yang boleh mencemarkan sungai – sumber air utama bagi penduduk tempatan. Bukti keracunan Orang Asli Temiar menunjukkan bahawa nyawa mereka kini dalam bahaya. 

iv. Risiko Kesihatan dan Radioaktif
Nadir bumi mengandungi bahan radioaktif semula jadi jika tidak dikendalikan secara telus dan bertanggungjawab yang boleh membawa kesan kesihatan jangka panjang seperti kerosakan organ dan kanser.

v. Tiada Rundingan Adil dengan Komuniti Orang Asli
Sebahagian projek dijalankan tanpa perundingan bebas dan dimaklumkan (FPIC) bersama komuniti Orang Asli. Ini adalah satu pelanggaran hak asasi yang jelas. Perlombongan REE di Kelantan ini sangat membimbangkan.

TUNTUTAN

Di sini menuntut agar Kerajaan Negeri Kelantan dan pihak berwajib:

i. Hentikan cadangan pengubahsuaian KSAS.

ii. Elakkan semua projek perlombongan REE di kawasan penempatan dan tanah adat Orang Asli.

iii. Laksanakan Penilaian Impak Alam Sekitar dan Sosial (EIA & SIA) secara telus dengan penglibatan penuh masyarakat tempatan.

iv. Melindungi hak tanah dan budaya Orang Asli, dengan pengiktirafan sah ke atas tanah adat mereka.

v. Utamakan pembangunan yang lestari, tapi bukannya mengejar keuntungan jangka pendek dengan merosakkan alam dan menindas komuniti Orang Asli.

Suara anda penting! Jika kita tidak bersuara hari ini, hutan akan hilang esok. Komuniti asli akan terus dizalimi. Harimau Malaya mungkin hanya tinggal dalam gambar.

Tandatangani, Kongsi dan Sebarkan petisyen ini untuk menyuarakan solidariti kita bersama masyarakat Orang Asli Kelantan dan mempertahankan alam sekitar demi generasi akan datang!

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik zainuddin 0164189122 (Whatsapp) .

Penganjur: ZAINUDDIN BIN SHAMSUDDIN dan kawan Orang Aslinya 
Tempat: Kota Bharu, Kelantan
  Tarikh:20hb Ogos 2025

321

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 27 August 2025