SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA

SELAMATKAN ANAK-ANAK KITA
The Issue
Seruan Pemuda Parti GERAKAN Malaysia bersama rakyat Malaysia kepada Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Latar Belakang
Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan siri insiden tragik yang berlaku di sekolah-sekolah kita:
🤬 Kes Bunuh di Petaling Jaya (Selangor)
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan susulan kejadian bunuh di sebuah sekolah menengah.
🤬 Kes Rogol Pelajar Tingkatan 3 (Melaka)
Pelajar perempuan dirogol bergilir-gilir oleh pelajar senior dalam bilik darjah, malah perbuatan itu dirakam dan ditularkan di media sosial.
🤬 Kes Murid Tahun 4 Maut Di Sekolah (Seremban)
Murid lelaki berusia 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke klinik.
🤬 Kes Zara Qairina (Sabah)
Pelajar Tingkatan 1 ditemui mati berhampiran asrama sekolah; siasatan awal menunjukkan unsur buli dan kecuaian prosedur awal daripada pihak sekolah.
Kesemua insiden ini menunjukkan satu pola yang amat membimbangkan — kegagalan sistemik dalam memastikan keselamatan pelajar di sekolah, kelemahan dalam tindakan awal, dan ketiadaan mekanisme menyeluruh untuk mencegah serta menangani kes buli dan salah laku berat.
2. Tuntutan Kami
Sebagai rakyat Malaysia dan anak muda yang prihatin, kami menuntut agar Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia segera:
- Menubuhkan Pasukan Siasatan Khas
Segera menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyemak semula sistem keselamatan dan disiplin sekolah yang sedia ada, serta mengenal pasti kelemahan dan langkah penambahbaikan. - Memulihkan Kuasa dan Ruang Disiplin Guru
Mengembalikan hak dan ruang munasabah kepada guru untuk menguatkuasakan disiplin tanpa berdepan ancaman tindakan undang-undang yang tidak wajar. - Melaksanakan Langkah Pencegahan dan Tindakan Proaktif
Merangka dan melaksanakan langkah pencegahan serta tindakan proaktif bagi menghapuskan kes buli, gangguan seksual dan insiden serius lain di sekolah. - Ketelusan dan Akauntabiliti
Mewajibkan laporan terbuka mengenai kemajuan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pegawai yang cuai bagi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan.
3. Tanggungjawab Politik & Moral
Kami percaya bahawa isu ini bukan sekadar isu pentadbiran sekolah, tetapi isu kepimpinan nasional dan tanggungjawab politik.
Jika dalam tempoh munasabah kerajaan dan Kementerian Pendidikan gagal melaksanakan langkah menyeluruh ini, kami mendesak kepimpinan tertinggi KPM untuk meletakkan jawatan, memberi ruang kepada kepimpinan baharu yang lebih telus dan berani melakukan reformasi sistem pendidikan.
4. Seruan Kami
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia — ibu bapa, pelajar, guru, aktivis, NGO, dan semua pihak untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda solidariti dan tekanan awam kepada kerajaan.
Anak-anak kita berhak ke sekolah dengan selamat, bermaruah dan dilindungi. Kita tidak boleh menunggu tragedi seterusnya!
#PemudaGerakan #GerakBersama
#SelamatkanAnakAnakKita
#TolakBuliSekolah
#KPMBertanggungjawab

203

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 13 October 2025