Sejuta Rakyat Bantah Arak

Sejuta Rakyat Bantah Arak

Started
2 February 2022
Signatures: 16,855Next Goal: 25,000
Support now

Why this petition matters

"Pemandu mabuk membunuh ibu bapa kepada dua beradik kecil berumur 8 tahun dan 6 tahun"
https://bit.ly/33ZYrgD

"Kakak sulung berumur 16 tahun terpaksa menjaga 5 beradik kecil kerana kematian ibu bapa yang dibunuh pemandu mabuk"
https://bit.ly/3AD7z6O

"Pemandu Mabuk hanya cedera ringan selepas membunuh warga emas"
https://bit.ly/3g2HowK

"Seorang lelaki diliwat bergilir-gilir oleh 2 orang lelaki mabuk"
https://bit.ly/3Hc7j0O

4 kes bunuh dan rogol ini antara banyak kes yang disebabkan oleh bahana arak. Akibat arak yang durjana, seorang pereka dalaman menjadi pembunuh, peraih ikan menjadi pembunuh, 2 orang lelaki menjadi perogol.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tertanya-tanya. Sampai bila pembunuh dan perogol yang disebabkan arak ini akan terus berleluasa?
Walaupun terdapat hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan ini, namun kelihatan seperti mereka ini tidak takut dengan hukuman ini. Adakah undang-undang di Malaysia ini tidak lagi mampu untuk membendung peminum arak ini sehingga menjadi ancaman kepada masyarakat awam?

Dengan rasa tanggungjawab, ISMA dan Yayasan Maghfirah bersama pelbagai NGO seperti PEACE, Indahnya Islam, PEMBELA dan ACCIN membawa satu kempen gergasi kepada rakyat Malaysia berkenaan bahaya arak kepada masyarakat.

Kempen ini bukan sahaja disasarkan kepada muslim sahaja, namun ia menyasarkan kepada setiap lapisan masyarakat, muslim dan bukan muslim.
Ini kerana, kita percaya bahawa kesan arak ini kepada masyarakat sangatlah besar. Bahkan, dalam mana-mana agama pun melarang penganutnya meminum arak.

Kempen ini akan berjalan bermula Februari di seluruh negara. Kempen ini bukan sahaja berjalan dari segi kempen kesedaran sahaja, tetapi ia adalah kempen yang akan menyentuh polisi-polisi negara, tatacara jualan arak di kedai-kedai termasuklah menyentuh penguatkuasaan undang-undang sedia ada terhadap apa-apa yang berkaitan dengan arak.

Dengan langkah praktikal, ini 4 tuntutan kempen ini;

1. Menuntut kerajaan agar menetapkan polisi komuniti bebas arak supaya tiada lagi program yang menghidangkan arak secara terbuka dan umum.

2. Menuntut Pihak Berkuasa Tempatan agar menguatkuasa dan memperkemas undang-undang berkaitan arak serta memperketatkan lagi syarat-syarat membeli dan menjual arak.

3. Menuntut Pihak Berkuasa Tempatan agar tidak membenarkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti muslim.

4. Menuntut pihak berkuasa agar membuat pemeriksaan dan pemantauan yang lebih ketat ke atas pemandu-pemandu mabuk terutamanya di waktu malam.


Oleh itu rakyat Malaysia, mari sama - sama kita sign dan sebarkan petisyen ini sebagai usaha kecil kita sehingga "MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK". Jumlah tandatangan petisyen ini akan diserahkan beserta dengan memorandum bantahan kepada Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, Menteri-Menteri Besar & kementerian-kementerian yang berkaitan.

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh

SUMBANGAN UNTUK DAKWAH INDAHNYA ISLAM

⚪️ Indahnya Islam adalah media dakwah untuk mengajak masyarakat untuk bersama merasai keindahan Islam melalui pengamalan Islam secara menyeluruh.

⚪️ Kami mengalu-alukan sumbangan masyarakat untuk membantu menampung kos operasi, penyelenggaraan laman web dan tenaga kerja dalam menghasilkan bahan dakwah.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
www.indahnyaislam.my/Sedekah-Indahnya-Islam

Support now
Signatures: 16,855Next Goal: 25,000
Support now

Decision-Makers

  • Kerajaan MALAYSIA
  • YDP / Datuk Bandar Majlis Bandaraya / Perbandaran / Daerah
  • menteri besar
  • kpdnhep
  • KPWKM