Petition updateCannabis Research, Education and Medication in MalaysiaPetikan Eksklusif "Ganjazine" Malaysia
Malaysia Awareness Society (MASA)
Dec 10, 2015
Selamat sejahtera kepada semua pembaca Ganjazine. Terlebih dahulu, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pengasas Ganjazine kerana memberi saya peluang ini untuk menerangkan fungsi Endo-cannabinoid System (ECS) untuk kesihatan psikologi manusia. Di bawah sokongan MCare Society, saya berjaya terbitkan kajian penyelidikan berjudul “Human Evolution & Cannabis” di Persidangan Saintifik Antarabangasa Anatomi dan Bioperubatan (IABS) 2015, yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia pada bulan August lalu. Kajian tersebut boleh dirujuk di laman web rasmi MCare Society, iaitu badan bukan kerajaan berdaftar di Malaysia yang berdedikasi untuk megkaji tumbuhan ganja atau nama saintifiknya Cannabis. Melalui usaha mereka dan penerbit artikel-artikel saintifik sah seperti majalah ini dan Malaysia Medical Marijuana (MMM) di laman social Facebook; ahli saintis, pakar perubatan dan rakyat dari seluruh dunia dapat berhubung dan membincangkan penemuaan saintifik yang penting untuk kehidupan dan kesihatan manusia. Titik peluh dan jasa mereka untuk menyampaikan kebenaran disebalik tumbuhan ganja demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia amat dihargai. Tanpa melengahkan masa, saya ingin memulakan penjelasan saya dengan mentakrifkan apa sebenarnya ECS dan dimana ia terletak di tubuh badan manusia. ECS terbina oleh dua laluan saraf yang dikenali sebagai Cannabinoid Receptor One (CB1) dan Cannabinoid Receptor Two (CB2). Saraf-saraf tersebut wujud di organ-organ penting seperti otak, jantung dan buah pinggang. Ia memainkan peranan penting dalam proses Homeostasis atau perseimbangan fungsi organ. Setiap organ di badan manusia berfungsi dengan potensi tindakan dan hormon yang dikawal oleh sistem limbic di dalam otak. Sistem limbic ialah sebahagian otak yang mengandungi penumpuan CB1 yang tinggi bebanding organ-organ lain di tubuh badan manusia. Sepertimana diketahui pakar psikologi dan perubatan dunia, sistem limbic ialah bahagian otak yang mennyimpan memori-memori emosi dan masa lampau kehidupan seseorang. Sekiranya memori-memori tersebut lebih dominan kepada emosi negatif, maka hormon dan potensi tindakan yang dikeluarkan oleh tubuh badan akan bersifat sama. Ini mengakibatkan ramai orang tercendurung kepada penyakit dan tingkah laku negatif apabila mereka tidak dapat lupa atau sembuh dari kecederaan emosi yang dilalui mereka. Oleh kerana itu, ada di kalangan mereka yang mengalami Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan dari tekanan trauma yang membunuh diri kerana keperitan hidup yang dialami mereka. Kesakitan mental dan fizikal berpunca dari memori negatif keterlaluan yang terkandung di sistem limbic amat menyakitkan sehingga mendorong seseorang untuk menamatkan hidupnya. Laporan kajian “Human Evolution & Cannabis” menjelaskan bagaimana generasi sekarang sedang mengalami proses evolusi yang membawa mereka kebolehan untuk menggunakan intuisi, atau naluri dalaman mereka. Tambahan lagi, generasi Indigo Children mengeluarkan “tenaga” yang lebih kuat berbanding generasi-generasi sebelum. Perkara ini menyumbang kepada peningkatan sifat negatif dan keganasan di seluruh dunia sepertimana dilaporkan United Nations (UN). Pada zaman dahulu, perubatan dan tubuh badan manusia dikaji dari segi fizik dan ditafsir menggunakan frekuensi yang dikeluarkan oleh setiap organ. Dengan kaedah ini, fungsi setiap organ dapat difahami secara lebih terperinci. Ini kerana mereka faham bahawa “tenaga” yang dihasilkan dari frekuensi-frekuensi tersebut memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan organ-organ dan tubuh badan manusia. ECS yang wujud di seluruh badan manusia mampu merawat mereka yang mengalami penyakit yang berkait erat dengan sistem saraf seperti kanser dan epilepsi. Ini kerana ia mampu meransang dan menjana sel-sel neuron yang terbukti oleh pakar kajian tumbuhan ganja tempatan, Dr. Aris. Namun, ECS hanya boleh berfungsi dengan kehadiran Cannabinoids dan Tetrahydrocannabinol (THC) yang terkandung dalam tumbuhan ganja. Apabila seseorang mengambil tumbuhan ganja, frekuensi minda mereka akan berubah dari Beta ke Alpha. Ini memberi pengguna kebolehan untuk akses, mentafsir dan memperbaiki keadaan memori-memori mereka. Walaubagaimanpun, perkara ini hanya mampu dicapai sekiranya pengguna memahami secara saintifik cara mengunakan ganja secara proaktif dan sihat. Selain itu, perkara yang lebih penting ialah keputusan pejal seseorang untuk berubah dan memulakan kehidupan baru yang sihat dan berjaya. Sifat ini boleh diperhatikan diantara mereka yang mengalami penderitaan hidup yang teramat. Oleh kerana manusia mempunyai memori emosi yang kekal, maka kaedah yang paling munasabah untuk mengatasi memori-memori negatif ialah dengan penanggapan yang positif. Walaupun ini amat sukar dikecapi, ia tidak mustahil. Dengan tumbuhan ganja, penanggapan positif boleh diterapkan dalam pendirian seseorang dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Kajian penyelidikan klinikal berdasarkan kajian “Human Evolution & Cannabis” akan membawa lebih pengetahuan berkenaan generasi Indigo Children, tumbuhan ganja dan penemuan baru berkenaan psikologi manusia yang mampu mengubah dunia. Sila baca laporan kajian atau tonton video peyampaian IABS 2015 untuk lebih informasi berkenaan kajian “Human Evolution & Cannabis”. Akhir sekali, saya ingin mohon sokongan anda untuk kajian ini dan usaha kami dengan menandatangani petisyen MMM di Change.org. Sila “share” link petisyen tersebut di laman social anda seperti Facebook dan Whatsapp supaya kami boleh mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Dengan bantuan anda, kami mampu meneruskan kajian klinikal yang dicadangkan demi rakyat dan negara. Terima kasih. Yang Ikhlas, HARISH KUMAR THANABALAN
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X