Petition updateRemove Rohingya from MalaysiaNegaraku, Tanah Tumpahnya Darahku.
Aku Anak MalaysiaBatu Caves, Malaysia
Jun 5, 2026

Kepada 336,854 Anak-Anak Malaysia yang telah menyokong petisyen ini, terima kasih.

Dalam masa lebih kurang seminggu, kita telah membuktikan bahawa isu ini bukan rekaan. Angka ini berkembang dengan kelajuan luar biasa kerana ia menyentuh realiti yang kita hadapi setiap hari.

Saya bukan orang politik, dan kempen ini tidak ditaja oleh sesiapa. Saya hanya mewakili suara rakyat biasa.

Kepada pihak di luar sana yang cuba melabelkan kempen ini sebagai kempen "kebencian",

lihatlah pada senarai 336,000 penyokong ini. Ini adalah solidariti Bangsa Malaysia, Melayu, Cina, & Bumiputera yang bersatu hati menuntut semula kedaulatan, keselamatan, dan hak infrastruktur negara kita.

Kita tidak menolak sifat kemanusiaan, tetapi kelangsungan hidup warganegara Malaysia mesti menjadi keutamaan mutlak kerajaan.

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air,

Demi Malaysia 🇲🇾

60,609 people signed today
Sign this petition
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X