RAKYAT MENUNTUT PELETAKAN JAWATAN MOHAMAD HASAN DAN SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

2,706

The Issue

Kerajaan Malaysia
Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri
Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kami, rakyat Malaysia yang menandatangani petisyen ini, menuntut pertanggungjawaban dan tindakan tegas berhubung kelemahan pengurusan isu Rohingya, kemasukan pendatang tanpa izin (Warganegara China dari tanah besar, Indonesia, Filipina, Myanmar, Bangladesh dan India yang memasuki, berada atau bekerja di Malaysia secara tidak sah), serta kawalan sempadan negara.

Kami berpandangan bahawa kegagalan memastikan pengurusan yang berkesan, telus dan terkawal telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan rakyat Malaysia berkaitan keselamatan negara, tekanan terhadap sumber awam, kesan kepada komuniti tempatan, serta keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan mengurus isu imigresen.

Kami menuntut:

Penjelasan terbuka mengenai dasar, jumlah, status dan pengurusan pendatang serta pelarian yang berada di Malaysia.
Tindakan lebih tegas bagi memperkukuhkan kawalan sempadan dan membanteras kemasukan tanpa izin serta sindiket penyeludupan manusia.
Ketelusan mengenai kos, sumber dan kesan sosial yang berkaitan dengan pengurusan isu imigresen dan pelarian.
Pelan tindakan yang jelas untuk memastikan kepentingan rakyat Malaysia, kedaulatan negara dan keselamatan awam diberi keutamaan.
Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap bidang masing-masing, Mohamad Hasan dan Saifuddin Nasution Ismail memikul amanah untuk memastikan isu ini diurus dengan berkesan dan mendapat keyakinan rakyat.

Sekiranya mereka gagal menunjukkan kepimpinan, kawalan dan penyelesaian yang meyakinkan terhadap isu ini, kami menuntut mereka mengambil tanggungjawab politik dengan meletakkan jawatan.

Jawatan menteri membawa tanggungjawab. Kegagalan dalam melaksanakan amanah awam mesti disertai dengan pertanggungjawaban.
_________________________________________________________

The Government of Malaysia
Mohamad Hasan, Minister of Foreign Affairs
Saifuddin Nasution Ismail, Minister of Home Affairs

We, the citizens of Malaysia, demand accountability and decisive action regarding the inadequate management of the Rohingya issue, irregular migration, and national border control.

We believe that the failure to ensure effective, transparent, and controlled management of these matters has raised serious concerns among Malaysians regarding national security, pressure on public resources, impacts on local communities, and public confidence in the government’s ability to manage immigration-related issues.

We demand:

A clear and transparent explanation regarding government policies, numbers, legal status, and management of Rohingya individuals and irregular migrants (Mainland Chinese, Indonesian, Philippine, Myanmar, Bangladeshi, and Indian nationals who entered, remained, or worked in Malaysia unlawfully) in Malaysia.
Stronger enforcement measures to strengthen border control and combat illegal entry, human trafficking networks, and abuse of Malaysia’s immigration system.
Transparency regarding the costs, resources, and social impacts associated with the management of immigration and refugee-related matters.
A clear and effective action plan that prioritises Malaysia’s sovereignty, national security, public welfare, and the interests of Malaysian citizens.
As ministers responsible for their respective areas, Mohamad Hasan and Saifuddin Nasution Ismail hold the responsibility to ensure these issues are managed effectively and with the confidence of the Malaysian people.

If they are unable to demonstrate effective leadership, proper control, and a credible solution to these issues, we demand that they accept political responsibility and resign from their positions.

A ministerial position carries responsibility. Failure to fulfill that public duty must be met with accountability.

The Decision Makers

Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Anwar Ibrahim
Prime Minister of Malaysia

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 27 June 2026