Rakyat Malaysia mendesak supaya SPRM menutup portal rasmi bahasa mandarin segera

0 have signed. Let’s get to 25,000!


Rakyat Malaysia mendesak supaya SPRM menutup portal rasmi bahasa mandarin segera

1. Hari ini saya dimaklumkan bahawa SPRM melancarkan portal berbahasa Mandarin demi memenuhi keperluan masyarakat Cina di Malaysia.

2. Saya menganggap ini adalah satu penghinaan terhadap identiti nasional watan kita. Selepas 63 tahun kita merdeka, dan berpuluh generasi berlalu adakah kita masih lagi mahu bersikap ‘tak apa’ dalam situasi ini ?

3. Sepatutnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dikompromi. Cantik di atas kertas kita ada Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152, kita ada Dasar Bahasa Kebangsaan, kita ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Adakah ini hanya di atas kertas semata?

4. Apa punca sehingga kita masih lagi berdepan dengan situasi sebegini rupa ? Bukan sekadar masyarakat Cina marhaen sahaja malah sehingga ke Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pun masih gagal berbahasa kebangsaan dengan baik. Ini adalah amat memalukan bagi sebuah negara berdaulat.

5. Saya ingin mengajak semua untuk lihat semula akar permasalahan dalam isu bahasa kebangsaan ini. Antara salah satu faktornya adalah kerana kita masih lagi terbelenggu dengan sistem vernakular. Dari kecil hinggalah keperingkat universiti.

6. Kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia ke 57 beberapa hari yang lalu. Sepatutnya kita yang mengaku sebagai warganegara Malaysia, menerima secara total bahawa kita perlukan sebuah identiti nasional yang satu untuk memastikan perpaduan dan keharmonian semua rakyat Malaysia.

7. Saya mendesak agar pihak SPRM boleh menutup laman portal ini dengan segera. Kembalilah kepada asas Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pemerintah tidak seharusnya membenarkan ini berlaku sama sekali.

Hazwan Mohamad,
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA  (ANGKASA)