PROTECT OUR FOOD, STOP SEED MONOPOLIES / LINDUNGI MAKANAN KITA, HENTIKAN MONOPOLI BENIH!
The Issue
by Koperasi Kongsi Selangor Berhad (Kongsi Co-op) and Consumers' Association of Penang (Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang)
We, the undersigned Malaysian consumer associations, civil society organisations, and concerned citizens, call upon the Government of Malaysia to halt the proposed amendments to the Protection of New Plant Varieties Act 2004 (Act 634) and withdraw all plans to accede to the International Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV 1991 Convention).
While the ongoing debate is often framed as an agricultural matter, seed policy is fundamentally a consumer issue. Seeds are the primary link in the food chain. When seed markets are privatised and monopolised, every household in Malaysia pays the price at the grocery store, wet market, and dining table.
Joining UPOV 1991 will dismantle our balanced national legal protections, hand exclusive 20- to 25-year monopolies to foreign agrochemical conglomerates, fuel severe food inflation, and surrender our national food security.
- UPOV 1991 & The Amendments To Act 634 Will Escalate Food Prices and Aggravate the Cost-of-Living Crisis. International human rights impact assessments indicate that compliance with UPOV 1991 can increase seed costs to more than 400%. In neighboring Vietnam, the adoption of UPOV 1991 drove the price of protected commercial seeds up by an average of 115%. Commercially protected seeds are typically packaged with proprietary chemical fertilizers and pesticides. Small farmers facing higher production costs cannot absorb these price shocks and will be forced to pass them on directly to consumers, drastically raising retail prices for vegetables, rice, and daily food staples.
- Dismantling Essential Consumer Price Controls (Deletion of Section 34). Under Malaysia’s existing Protection of New Plant Varieties Act 2004 (Act 634), Section 34 explicitly obliges rights holders to ensure that protected varieties are available to the market in sufficient quantities and at reasonable prices. The proposed amendments to comply with UPOV 1991 completely repeal Section 34 and Section 36 (compulsory licensing). Removing these vital safeguards leaves the government powerless to intervene against artificial scarcity, price gouging, or corporate manipulation.
- Stripping Safeguards for Public Health, Safety, and the Environment (Deletion of Section 15). Currently, Section 15 of Act 634 gives the Malaysian Government the authority to reject the commercial registration of plant varieties that threaten public order, morality, health, or the environment (such as invasive alien species or restricted plants). Furthermore, current Section 12(1)(h) enforces biosafety compliance for Genetically Modified Organisms (GMOs). Under UPOV 1991 requirements, these protections are slated for deletion because UPOV Article 14(2) forbids member states from imposing public-interest conditions beyond narrow industrial criteria of New, Distinct, Uniform, and Stable (NDUS) characteristics of the variety. This strips regulatory authority from our health and environmental agencies to place foreign intellectual property claims ahead of consumer safety.
- Threat to Food Variety, Nutrition, and Agrobiodiversity. Commercial seed monopolies push uniform, single-crop monocultures designed for export and industrial processing. By prohibiting small farmers from freely saving, exchanging, and breeding local seed varieties (through the deletion of Sections 31(1)(e) and (f)), traditional, climate-resilient, and culturally significant varieties will disappear from local markets. Consumers will face diminished nutritional diversity, fewer dietary choices, and heightened vulnerability to supply chain disruptions.
- Seeds, Chemicals and Corporate Power. Together with seed certification laws, UPOV 91 has helped a small number of large companies gain greater control over the global seed industry. Today, just four companies control 56% of the global seed market, worth around US$50 billion, and more than 60% of agrochemical sales. UPOV 91 alignment requires deletion of crucial mechanisms in section 12 of Act 634 against biopiracy of the seeds, crops and herbs of our farmers, local and indigenous communities and our country. Further, our food systems also depend heavily on fossil fuels, particularly to produce synthetic fertilisers, pesticides and plastic packaging. Globally, food systems account for about 15% of fossil fuel use and 40% of petrochemical use. Pesticides made from fossil fuels harm both people and the environment. Their production and use release greenhouse gases, while their widespread use damages biodiversity. Each year, an estimated 385 million cases of accidental pesticide poisoning occur worldwide, affecting nearly 44% of farmers and causing around 11,000 deaths. Long-term exposure is also linked to cancer, reproductive harm and disorders of the nervous system. Farm workers, rural communities and people living near pesticide factories face particular risks, adding to the hardships and inequalities they already experience.
- Flawed Process and Bypassing Domestic Democratic Oversight. On 23 September 2025, the draft bill to overhaul Act 634 was submitted to the UPOV Council in Geneva for review before it was tabled for public scrutiny, reviewed by consumer representatives, or discussed by the Parliamentary Special Select Committees. The Malaysian Department of Agriculture’s own past presentations identified major threats from joining UPOV 1991—including higher seed costs, foreign multinational monopolies, and no clear direct benefit to the country. The interests of everyday consumers must not be compromised for external trade pacts.
We urge the Government of Malaysia and our elected Parliamentarians to halt accession to UPOV 1991 Immediately and maintain the existing PNPV Act 2004, which fully complies with World Trade Organization (WTO) TRIPS requirements while balancing the rights of commercial breeders, local farmers, consumers, and public interest. We urge the government to protect consumer living costs and mandate an independent, transparent Regulatory Impact Assessment (RIA) and Human Rights Impact Assessment (HRIA) evaluating the direct impact of seed legislation on household food expenditures and consumer livelihoods.
__________
Kami, persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan masyarakat sivil dan rakyat Malaysia yang menandatangani petisyen ini, menggesa Kerajaan Malaysia supaya menghentikan cadangan pindaan terhadap Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) serta membatalkan segala rancangan untuk menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (UPOV 1991).
Walaupun perdebatan mengenai isu ini sering dilihat sebagai isu pertanian semata-mata, dasar berkaitan benih sebenarnya merupakan isu yang memberi kesan langsung kepada pengguna. Benih ialah asas kepada rantaian bekalan makanan kita. Apabila pasaran benih diswastakan dan dimonopoli, setiap isi rumah di Malaysia akan menanggung akibatnya, sama ada ketika membeli-belah di pasar raya, pasar basah mahupun menyediakan makanan di rumah.
Penyertaan Malaysia dalam UPOV 1991 akan merungkai perlindungan undang-undang negara yang selama ini mengimbangi pelbagai kepentingan, memberikan hak monopoli eksklusif selama 20 hingga 25 tahun kepada syarikat konglomerat agrokimia asing, memburukkan inflasi harga makanan serta menggugat keterjaminan makanan negara.
1. UPOV 1991 dan Pindaan Akta 634 Akan Meningkatkan Harga Makanan serta Memburukkan Krisis Kos Sara Hidup. Penilaian impak hak asasi manusia di peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa pematuhan terhadap UPOV 1991 boleh menyebabkan kos benih meningkat sehingga melebihi 400% daripada kos asal. Di negara jiran kita, Vietnam, pelaksanaan UPOV 1991 telah menyebabkan harga benih komersial yang dilindungi meningkat secara purata sebanyak 115%. Benih komersial yang dilindungi lazimnya dipasarkan bersama baja kimia dan racun perosak berjenama yang dikawal oleh syarikat tertentu. Petani kecil yang berdepan dengan peningkatan kos pengeluaran tidak mampu menyerap kenaikan harga yang mendadak ini. Akibatnya, mereka terpaksa memindahkan kos tambahan tersebut kepada pengguna, sekali gus menyebabkan kenaikan ketara harga runcit sayur-sayuran, beras dan makanan keperluan harian.
2. Pemansuhan Perlindungan Kawalan Harga untuk Pengguna (Pemansuhan Seksyen 34). Di bawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) yang sedia ada, Seksyen 34 secara jelas mewajibkan pemegang hak perlindungan memastikan varieti tumbuhan yang dilindungi dibekalkan ke pasaran dalam kuantiti yang mencukupi dan pada harga yang berpatutan. Namun, cadangan pindaan bagi mematuhi UPOV 1991 akan memansuhkan sepenuhnya Seksyen 34 dan Seksyen 36 yang berkaitan dengan pelesenan wajib. Pemansuhan perlindungan penting ini akan melemahkan keupayaan kerajaan untuk campur tangan bagi menangani kekurangan bekalan yang sengaja diwujudkan, pencatutan harga atau manipulasi pasaran oleh syarikat korporat.
3. Penghapusan Perlindungan Kesihatan Awam, Keselamatan dan Alam Sekitar (Pemansuhan Seksyen 15). Pada masa ini, Seksyen 15 Akta 634 memberikan kuasa kepada Kerajaan Malaysia untuk menolak pendaftaran komersial varieti tumbuhan yang boleh mengancam ketenteraman awam, moral, kesihatan atau alam sekitar, seperti spesies asing invasif atau tumbuhan yang tertakluk kepada sekatan. Selain itu, Seksyen 12(1)(h) yang sedia ada turut menetapkan keperluan pematuhan terhadap peraturan biokeselamatan bagi organisma terubah suai secara genetik (GMO). Namun, bagi memenuhi kehendak UPOV 1991, perlindungan-perlindungan ini dicadangkan untuk dimansuhkan. Hal ini kerana Artikel 14(2) UPOV 1991 melarang negara anggota daripada mengenakan syarat kepentingan awam selain kriteria teknikal yang terhad kepada ciri-ciri Baharu, Berbeza, Seragam dan Stabil (New, Distinct, Uniform and Stable — NDUS) bagi sesuatu varieti. Pemansuhan ini akan menghakis kuasa kawal selia agensi kesihatan dan alam sekitar negara, sekali gus mendahulukan tuntutan hak harta intelek asing berbanding keselamatan pengguna.
4. Ancaman terhadap Kepelbagaian Makanan, Pemakanan dan Agrobiodiversiti. Monopoli benih komersial menggalakkan sistem pertanian monokultur, iaitu penanaman satu jenis tanaman secara besar-besaran yang seragam, khususnya untuk tujuan eksport dan pemprosesan industri. Melalui pemansuhan Seksyen 31(1)(e) dan (f), petani kecil akan dihalang daripada menyimpan, bertukar dan membiak varieti benih tempatan secara bebas. Akibatnya, varieti tanaman tradisional yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta mempunyai kepentingan budaya berisiko lenyap daripada pasaran tempatan. Pengguna pula akan berdepan dengan kepelbagaian nutrisi yang semakin berkurangan, pilihan makanan yang lebih terhad serta risiko lebih tinggi apabila berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan makanan.
5. Benih, Bahan Kimia dan Kuasa Korporat. Bersama-sama undang-undang pensijilan benih, UPOV 1991 telah membantu sebilangan kecil syarikat besar menguasai industri benih global. Pada hari ini, hanya empat buah syarikat menguasai 56% pasaran benih dunia yang bernilai sekitar AS$50 bilion, serta lebih 60% jualan bahan agrokimia global. Penyelarasan undang-undang negara dengan UPOV 1991 memerlukan pemansuhan mekanisme penting dalam Seksyen 12 Akta 634 yang bertujuan mencegah biocetak rompak (biopiracy), iaitu pengambilan dan eksploitasi sumber genetik seperti benih, tanaman dan herba milik petani, masyarakat tempatan, masyarakat Orang Asal serta negara kita tanpa pengiktirafan atau perkongsian manfaat yang adil. Selain itu, sistem makanan kita juga sangat bergantung kepada bahan api fosil, khususnya bagi pengeluaran baja sintetik, racun perosak dan pembungkusan plastik. Di peringkat global, sistem makanan menyumbang kira-kira 15% daripada penggunaan bahan api fosil dan 40% daripada penggunaan bahan petrokimia. Racun perosak yang dihasilkan daripada bahan api fosil membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Proses pengeluaran dan penggunaannya membebaskan gas rumah hijau, manakala penggunaannya secara meluas merosakkan kepelbagaian biologi. Setiap tahun, dianggarkan sebanyak 385 juta kes keracunan racun perosak yang tidak disengajakan berlaku di seluruh dunia, melibatkan hampir 44% petani dan menyebabkan kira-kira 11,000 kematian. Pendedahan jangka panjang terhadap racun perosak juga dikaitkan dengan kanser, gangguan sistem pembiakan dan penyakit yang menjejaskan sistem saraf. Pekerja ladang, masyarakat luar bandar serta penduduk yang tinggal berhampiran kilang pengeluaran racun perosak menghadapi risiko yang lebih tinggi. Keadaan ini menambahkan lagi beban dan ketidaksamarataan yang telah lama mereka hadapi.
6. Proses yang Bermasalah dan Peminggiran Pengawasan Demokrasi Dalam Negara. Pada 23 September 2025, draf rang undang-undang bagi meminda secara menyeluruh Akta 634 telah dikemukakan kepada Majlis UPOV di Geneva untuk semakan, sebelum ia dibentangkan untuk penelitian awam, disemak oleh wakil-wakil pengguna atau dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Malah, pembentangan terdahulu oleh Jabatan Pertanian Malaysia sendiri telah mengenal pasti beberapa ancaman besar akibat penyertaan dalam UPOV 1991, termasuk peningkatan kos benih, monopoli oleh syarikat multinasional asing serta ketiadaan manfaat langsung yang jelas kepada negara. Kepentingan pengguna biasa tidak seharusnya dikorbankan demi memenuhi kehendak perjanjian perdagangan antarabangsa.
Tuntutan Kami:
Kami menggesa Kerajaan Malaysia dan semua Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat supaya menghentikan serta-merta segala usaha untuk menyertai UPOV 1991 dan mengekalkan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) yang sedia ada. Akta ini telah memenuhi sepenuhnya keperluan Perjanjian Mengenai Aspek-Aspek Hak Harta Intelek yang Berkaitan dengan Perdagangan (TRIPS) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di samping mengimbangi hak pembiak baka komersial, petani tempatan, pengguna dan kepentingan awam.
Kami juga menggesa kerajaan supaya melindungi kos sara hidup pengguna serta mewajibkan pelaksanaan Penilaian Impak Kawal Selia (Regulatory Impact Assessment – RIA) dan Penilaian Impak Hak Asasi Manusia (Human Rights Impact Assessment – HRIA) yang bebas dan telus bagi menilai kesan langsung undang-undang berkaitan benih terhadap perbelanjaan makanan isi rumah serta kehidupan dan mata pencarian pengguna.

444

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 15 November 2026