署名活動についてのお知らせMalaysians Do NOT Want Lynas' Toxic Radioactive LegacyPetition in Bahasa Malaysia
SMSL Save Malaysiaマレーシア
2019/08/05

Malaysia Tidak Sepatutnya Ditinggalkan Dengan Sisa Toksik Radoaktif Lynas Semata-Mata Untuk Menarik Pelaburan Luar

Kami, kumpulan masyarakat sivil dan juga rakyat Malaysia, sangat bimbang sekiranya Malaysia akan mencipta legasi sisa toksik radioaktif yang boleh mengakibatkan kanser, daripada syarikat milik Australia, Lynas Corporation. Ini kerana, ianya adalah 100 kali ganda lebih besar daripada Mitsubishi’s Asian Rare Earth di Bukit Merah.  Ini adalah kali kedua legasi toksik yang telah dibiayaai oleh Jepun, dimana ianya telah dibawa oleh kerajaan kelptokrat Najib Razak dan mendapat restu daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan ahli Kabinet kerajaan Pakatan Harapan(PH).

Kami mengulangi pendirian kami sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Memorandum kepada Tun dan juga ahli kabinet beliau mengenai Lynas, bertarikh 10 Jun 2019, untuk menghentikan operasi Lynas serta-merta. Lynas merupakan sebuah syarikat cari gali yang masih baru dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh oleh kerana hasil bumi yang didapati, tidak mempunyai nilai yang tinggi. Lynas tidak mempunyai sebarang niat mahupun sumber kewangan mencukupi untuk menyediakan satu tempat untuk menyimpan sisa toksik radioaktif di dalam tempat pelupusan tetap ataupun dikenali sebagai “permanent disposal facility” (PDF), jauh daripada paya bakau yang berisiko dengan banjir dan kebakaran. Beban hutang Lynas hanya diringankan oleh kerana tambahan pinjaman dengan faedah yang rendah diberikan oleh Jepun.

Demi mengejar keuntungan, Lynas telah mengambil kesempatan keatas Malaysia dengan bermain politik dan membuat spekulasi ke atas nadir bumi sambil dilindungi oleh Jepun yang mempunyai hubungan tidak baik dengan China, iaitu salah satu pembekal nadir bumi bagi mereka. Oleh kerana itu, rakyat Malaysia dipaksa untuk menempuh pencemaran alam sekitar dan juga ancaman kanser, selagi mana sisa toksik radioaktif tersebut berada di Malaysia.

Sisa daripada Lynas yang tercipta hasil daripada ‘water-leached purification’ tercemar dengan ‘radionuclides’ pada kadar 1952ppm thorium dan 29ppm uranium. Selain itu, ia turut tercemar dengan toksik logam berat seperti plumbum pada kadar 490ppm, nikel pada kadar 111ppm, Kromium pada kadar 795 ppm, cadmium pada kadar 8ppm, dan sisa mangan pada kadar 2890 ppm. Lain- lain sisa yang mencemari adalah arsenik pada kadar 13ppm, merkuri dan juga beberapa lagi bahan kimia yang boleh membawa ‘radionuclides’ dan juga logam berat kepada tanah – tanah dan sumber air di sekitar ketika waktu banjir dan hujan lebat. Ini kerana Lynas tidak mempunyai sebarang tempat penyimpanan sisa yang mencukupi. Data dari Lynas sendiri menunjukkan bahawa terdapat pencemaran serius oleh plumbum, nikel, kromium dan merkuri sejak 2015. Lynas tidak membuat sebarang ujian keatas pencemaran oleh ‘radionuclides’ walaupun IAEA telah menegaskan betapa pentingnya untuk melakukan sedemikian.

Kesemua bahan cemar ini merupakan sisa toksik yang akan terkumpul dan akan mencemarkan persekitaran pada masa akan datang, sekaligus mengakibatkan bahaya kepada Malaysia. ‘Radionuclides’ yang masuk ke dalam sel hidup berkemampuan untuk  untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. Organisasi kesihatan yang ternama seperti  ‘World Health Organisation’ (WHO) dan juga ‘US Agency for Toxic Substances and Disease Registry’ (ATSDR)’ telah memberi peringatan bahawa sisa-sisa toksik ini boleh mengakibatkan kanser ataupun lain-lain penyakit kronik apabila terdedah dalam jangka mangsa yang panjang. Adalah tidak adil sekiranya kos untuk melakukan pembersihan tapak dan juga penjagaan kesihatan, ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Lebih menyedihkan, Malaysia juga terpaksa menanggung kemerosotan reputasi kerana dikenali sebagai tempat yang mudah untuk membuang sisa-sisa toksik. Sementara sisa toksik Lynas dikumpulkan dan terus meningkat di sepanjang kawasan pantai yang cantik dan aman ini, rakyat akan terus diingatkan dengan hasil tinggalan kerajaan Najib Razak ini, yang kemudiannya diteruskan dan mendapat restu oleh Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan. Lynas juga telah menerima pengecualian cukai sebanyak 12 tahun yang telah diberikan oleh kerajaan Najib Razak, yang turut direstui oleh kerajaan Pakatan Harapan, walaupun Malaysia kini mempunyai hutang yang tinggi dan masalah pencemaran toksik hasil daripada penceraman jangka masa panjang dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang lemah.

Rakyat Malaysia telah dibuli oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia dan juga Lynas, dan pada masa yang sama, turut dikhianati oleh kerajaan Malaysia sendiri. Lynas telah melanggar terma-terma di dalam lesen mereka sendiri dan gagal untuk membina tempat pelupusan kekal. Kini, Lynas telah melanggar janji yang telah diberikan pada 2012 untuk membawa keluar radioaktif dan sisa-sisa berjadual mereka. Sekiranya kita menganggap mereka yang menjalankan perniagaan membawa sisa buangan dari luar negara ke dalam  Malaysia sebagai pengkhianat negara, ini bermakna menteri-menteri yang sepatutnya menjalankan tugas mereka dan mengangkat martabat undang-undang dengan menguatkuasakan terma-terma perlesenan, tetapi kini sebaliknya melindungi Lynas, juga adalah pengkhianat. Kegagalan sistem oleh kerajaan ini tetap berterusan walaupun dengan berlakunya hari bersejarah pertukaran kerajaan pada Mei yang lepas.

Sekali lagi, kami merayu dan memohon kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk:

·       Menguatkuasakan undang-undang dan menghormati keputusan MESTECC pada Disember 2018 untuk menggantung lesen penyimpanan sisa Lynas dengan serta merta untuk mengelakkan sebarang generasi sisa toksik radioaktif, memandangkan Australia sendiri telah enggan menerima sisa ini dan Lynas masih belum dapat menguruskan sisa berjadual mereka mengikut undang-undang Malaysia. Keadaan semasa tapak penyimpanan sisa oleh Lynas adalah tidak mencukupi dan mengakibatkan pencemaran kepada persekitaran dan juga sumber air. Ianya adalah terletak berdekatan dengan paya bakau, kawasan perikanan dan juga tempat pelancongan. Ini adalah tidak selamat dan bertentangan dengan dengan piawaian yang diberikan untuk keselamatan dan perlindungan dari radiasi;

·       Demi kesihatan orang awam, Lynas perlu dipertanggunjawabkan ke atas masalah sisa buangan radioaktif dan pencemaran air yang berlaku di Malaysia, dengan memastikan Lynas membersihkan segala pencemaran yang telah dilakukan dan untuk mengelak sebarang penceraman pada masa akan datang;

·       Menjalankan satu penilaian yang menyeluruh dan komprehensif ke atas risiko kesihatan yang diakibatkan oleh pendedahan Malaysia kepada sisa buangan toksik dari Lynas, terutamanya sisa thorium, secepat yang mungkin, sebelum sebarang keputusan diberikan mengenai pembaharuan lesen. Penilaian ini sepatutnya dijalankan sebelum Lynas mendapatkan permit pembinaan lagi, iaitu pada 2009;

·       Untuk lebih memahami risiko kepada reputasi hasil pertanian kita oleh kerana potensi pencemaran dari hasil nadir bumi dan lain-lain elemen toksik;

·       Untuk mengkaji legasi dan kos pembersihan tapak tercemar, dan memastikan Lynas akan menanggung segala kos;

·       Menjalankan audit penuh ke atas kewangan Lynas, untuk melihat sama ada obligasi dan tanggungjawab untuk menguruskan sisa-sisa dapat dicapai.

Kami mendesak kerajaan Australia, terutamanya Pesuruhjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur untuk mempertimbangkan fakta bahawa, berdekad lamanya rakyat Malaysia telah melabur ber-billion di Australia melalui hartanah, bisnes dan menghantar ribuan pelajar cemerlang untuk menyambung pelajaran di Australia. Banyak yang telah menetap di Australia dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi dan industri Australia. Rakyat Malaysia telah memandang tinggi kepada Australia, walaubagaimanapun Pesuruhjaya Tinggi Australia, terus melindungi Lynas dan membelakangkan usaha Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang dalam memperkasakan perlindungan alam sekitar di Malaysia.

Kami menggesa kerajaan Australia untuk:

·       Menghentikan tekanan diplomatik ke atas Malaysia untuk menerima sisa toksik Lynas demi mengejar kelebihan geopolitkal pembekalan nadir bumi;

·       Menggantung eksport ‘lanthanide concentrate’ ke Malaysia sehingga Lynas membuang sisa WLP dari Malaysia sepertimana yang telah dijanjikan pada 2012. Sisa-sisa metilah diuruskan bertepatan dengan regulasi ditetapkan oleh Malaysia;

·       Mengarahkan ASIC untuk menguatkuasakan ASX Corporate Governance Principles yang memerlukan syarikat untuk bertindak secara beretika dan bertanggunjawab dengan memastikan Lynas mengikut segala terma di dalam lesen dan janji-janji diberikan, demi kesihatan rakyat Malaysia, tanpa mengambil kira kelemahan teknikal dan pengekuatkuasaan undang-undang oleh Kerajaan Malaysia;

Kami dengan hormatnya, mengingatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai mesej pada 2011, iaitu sepucuk surat oleh mantan Menteri Luar, Kevin Rudd yang telah menyatakan, “The Australian Government expects Australian companies to operate to high environmental and safety standards in their overseas operations as they would in Australia.” Walaubagaimanapun, Lynas telah membelakangi obligasi dan tanggunjawab untuk mengikuti cadangan IAEA dan terma – terma pada lesen, dan bertindak dengan bertanggunjawab bertepatan dengan dengan undang-undang Malaysia.

Kami juga mendesak kerajaan Jepun untuk:

·       Mengarahkan Lynas untuk menepati janji yang telah diberikan iaitu, untuk memastikan sisa radioaktif dialih keluar dari Malaysia, jauh daripada paya bakau dan kawasan kediaman penduduk setempat;

·        Mengelak dari menggunakan tekanan diplomasi keatas Malaysia untuk menerima sisa toksik radioaktif dari Lynas, tanpa mengambilkira sama ada ‘Samurai Bond’ diantara Jepun dan Malaysia menepati bajet Malaysia. Pinjaman tersebut akan dibayar semula melalui kerja keras rakyat Malaysia, mengikut terma dan syarat pinjaman. Negara dan rakyat kami tidak sepatutnya dijadikan kambing hitam dalam perang Geopolitikal antara Jepun dan China;

·       Mengiktiraf bahawa, selagi mana sisa toksik radioaktif Lynas kekal di Malaysia, pembekalan nadir bumi akan tercela tanpa sebarang lesen sosial untuk beroperasi, sekaligus tidak boleh dikira sebagai hijau dan bersih. Ianya akan memberi impak kepada reputasi produk-produk yang dihasilkan oleh Jepun yang menggunakan nadir bumi dibekalkan oleh Lynas. Terutamanya, China sejak dari 2011 lagi telah meletakkan limitasi undang-undang yang ketat kepada industri nadir bumi mereka, di mana Lynas tidak akan mampu untuk ikuti, sekiranya masih menggunakan piawaian rendah yang sama seperti disini.

Menggunakan tekanan geopolitikal untuk memaksa Malaysia menerima sisa radioaktif Lynas demi keuntungan peribadi sebuah syarikat dari Australia adalah satu tindakan yang tidak bermoral. Ianya telah meletakkan rakyat di dalam sebuah negara membangun dan menanggung beban hutang kepada ketidakadilan yang berganda, iaitu kesan perubahan iklim yang teruk dan risiko akibat dari pemprosesan nadir bumi, demi menepati pemintaan oleh negara perindustrian yang maju. Negara-negara maju ini juga telah bertanggungjawab terhadap pelepasan gas dari rumah hijau, dimana ia menyumbang kepada masalah perubahan cuaca.

Akhir sekali, kami memanggil semua kumpulan masyarakat sivil di seluruh dunia dan juga individu-individu yang mengambil berat akan isu ini, untuk berganding bahu bersama kami dalam perjuangan untuk satu kerajaan yang demokratik, masa depan yang bersih dan selamat untuk Malaysia dan juga menangani perubahan cuaca secara berkesan dengan:

·       Memastikan Lynas bertanggunjawab terhadap sisa radioaktif bagi menghalang legasi toksik kedua di Malaysia;

·       Membongkarkan taktik kotor Lynas dalam pembekalan nadir bumi, iaitu dengan memindahkan pemprosesan yang berbahaya ini ke Malaysia;

·       Memastikan satu solusi teknikal untuk mengekang perubahan cuaca tanpa menyebabkan ketidakadilan kepada negara membangun, sepertimana yang telah dilakukan oleh Lynas;

·       Mendesak agensi UN seperti UNFCCC untuk memastikan sebarang ‘low-emission technological solutions’ yang dicadangkan untuk mengawal perubahan iklim,tidak melanggar sebarang hak asasi manusia mahupun menyebakan legasi toksik dalam negara miskin yang sedang membangun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

リンクをコピー
Facebook
WhatsApp
X(旧:Twitter)
Eメール