PETISYEN BANTAHAN PENUTUPAN JALAN BELFIELD

PETISYEN BANTAHAN PENUTUPAN JALAN BELFIELD

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) started this petition to pnb and

PETISYEN BANTAHAN PENUTUPAN JALAN BELFIELD
 

Merujuk kepada perkara di atas, kami, peniaga-peniaga dan penghuni-penghuni di kawasan Jalan Kampung Attap ingin menyatakan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menutup Jalan Belfield.

2.  Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan pihak kami bahawa pihak DBKL telah merancang dengan pihak PNB untuk menutupkan Jalan Belfield sepanjang masa kejuruteraan terowong dijalankan, demi menyenangkan kerja-kerja pembinaan tersebut yang kini sedang dijalankan di sekitar kawasan Kampung Attap dan Jalan Belfield.

3.  Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, Jalan Belfield merupakan jalan utama ke Kawasan Kg. Attap. Kawasan ini merupakan kawasan perniagaan yang telah berkembang pesat sejak dahulu. Dalam kawasan ini juga terdapat sebuah sekolah rendah kebangsaan dan lebih kurang 3 buah pangsapuri dan kondominium. Penutupan jalan tersebut akan mejejaskan kehidupan harian penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga sekitar.

4.   Pihak kami ingin menyuarakan bantahan kami terhadap rancangan penutupan Jalan Belfield sepanjang masa pembinaan terowong PNB, atas alasan-alasan berikut:

(a)  Jalan Belfield Merupakan Jalanraya Utama Memasuki Kawasan Kg. Attap
Pada masa ini, Jalan Belfield merupakan jalan utama untuk masuk ke dalam kawasan Kg. Attap, ia juga mempunyai akses yang lebih senang dari Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Sultan Hishamuddin dan kawasan-kawasan persekitaraan, seperti Jalan Petaling, Jalan Travers dan Brickfields;

(b)   Gangguan kepada Penduduk Sekitar & Pengguna Awam
Sekiranya Jalan Belfield ditutup, pengguna-pengguna Jalan Belfield akan terpaksa membuat satu litaran besar dari Jalan Istana ke Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jalan Maharajalela. Untuk makluman pihak tuan, keadaan lalu-lintas tersebut amat sesak setiap hari, terutamanya segmen

Jalan Istana menuju ke Jalan Sungai Besi. Penutupan Jalan Belfield akan mengakibatkan sekurang-kurangnya penambahan jangka masa 30 minit untuk membolehkan pengguna-pengguna Jalan Belfield sampai ke kawasan Kg. Attap;

(c)   Pendapatan Perniagaan akan Terjejas
Penambahan jangka masa untuk memasuki Kawasan Kg. Attap juga akan turut menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang berniaga di sini dan situasi paling diingini adalah peniaga-peniaga ini dipaksa untuk memindah ke tempat lain untuk berniaga; dan

(d)   Operasi Harian DPCKLS Terjejas
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor adalah bangunan warisan negara yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Kebudayaan. DPCKLS sering mengadakan aktiviti-aktiviti Seni dan Insiatif Dasar Negara. Jika Jalan Belfield ditutup, operasi harian DPCKLS akan terjejas akibat penambahan perjalanan dan kekurangan tempat letak kereta dan ini akan turut menyebabkan DPCKLS kekurangan dana untuk menyelenggar bangunan warisan negara.

5. Justeru, kami ingin meminta jasa baik Y.Bhg. Dato untuk menarik balik keputusan penutupan Jalan Belfield.

Sekian, terima kasih.

0 have signed. Let’s get to 500!
At 500 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!