PETISYEN RAKYAT: MENYELAMATKAN KHAZANAH WARISAN GUA CHARAS, KUANTAN

The Issue
PETISYEN RAKYAT:
DESAKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENCEROBOHAN TANAH NEGARA SERTA MENYELAMATKAN KHAZANAH WARISAN GUA CHARAS
Kepada:
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
2. Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
3. Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
4. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
1. PENDAHULUAN
Kami, rakyat seluruh Negeri Pahang dan warga Malaysia yang prihatin dengan ini sebulat hati menyuarakan bahawa 'Gua Charas kini terancam!'
Kami mengemukakan bantahan rasmi terhadap kewujudan struktur binaan tanpa izin serta aktiviti ritual keagamaan yang mencemari kesucian dan kedaulatan tanah di kawasan Gua Charas, Panching, Kuantan.
Petisyen ini dibuat bersandarkan kepada titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Februari 2026 yang menegaskan bahawa semua rumah ibadat mestilah mematuhi undang-undang dan tiada pihak yang boleh membina struktur secara haram di atas tanah milik kerajaan atau tapak sensitif.
2. JUSTIFIKASI: MENGAPA GUA CHARAS WAJIB DISELAMATKAN
A. Kedaulatan Undang-Undang & Hak Orang Awam
Pematuhan Kanun Tanah Negara:
Gua Charas bukan "tanah tak bertuan", ia adalah milik mutlak Kerajaan Negeri Pahang dan hak kolektif rakyat. Membiarkan struktur haram terus dibina adalah satu penghinaan kepada sistem perundangan dan Kanun Tanah Negara.
Neutraliti Ruang Awam:
Gua Charas adalah kawasan neutral (public commons) yang tidak sepatutnya dimonopoli oleh mana-mana satu agama. Kami membantah normalisasi simbol-simbol agama di ruang awam yang boleh menjejaskan keharmonian komuniti. Ia harus kekal sebagai ruang neutral yang mencerminkan identiti tulen Negeri Pahang bukannya pusat aktiviti tidak sah yang mencabar sensitiviti rakyat jelata.
B. Pemeliharaan Khazanah Geologi Jutaan Tahun: Permata Yang Tiada Ganti
Ancaman Kehancuran Karst:
Gua ini adalah keajaiban geologi yang mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk secara semula jadi. Sebarang pengubahsuaian fizikal oleh penceroboh adalah satu bentuk jenayah "vandalisme alam".
Kerosakan pada formasi karst ini bersifat kekal dan tidak boleh dibaiki lagi (irreversible).
Ekosistem Unik & Sensitif:
Gua Charas adalah syurga biodiversiti bagi spesies endemik yang jarang ditemui (seperti kelawar dan serangga gua).
Aktiviti pencerobohan, pencemaran asap dan sisa ritual adalah "racun" yang membunuh ekosistem ini secara perlahan.
Menyelamatkan Gua Charas adalah perjuangan demi "Intergenerational Equity" iaitu memastikan anak cucu kita dapat menikmati pengalaman keindahan alam dan tidak hanya mengetahui Gua Charas melalui buku sejarah sahaja.
C. Kepentingan Agama & Sensitiviti Aqidah
"Prinsip Sad al-Zari’ah" (Menutup Ruang Fitnah):
Pencerobohan ini bukan sekadar isu tanah tetapi isu sensitiviti umat Islam.
Tindakan tegas wajib diambil bagi mengelakkan kekeliruan akidah dan normalisasi ritual tidak sah di kawasan awam.
Maruah Komuniti Setempat:
Majoriti besar penduduk Panching dan Kuantan tidak mahu melihat tanah warisan rakyat diceroboh dan dipergunakan oleh pihak tertentu. Kerajaan Negeri Pahang mesti bertindak sebagai pelindung kepada hak rakyat dan kesucian agama daripada terus diprovokasi.
3. PERNYATAAN TEGAS
Gua Charas adalah maruah kita. Ia adalah simbol kedaulatan geologi dan identiti Negeri Pahang yang tidak boleh dijual beli atau dikorbankan demi kepentingan mana-mana penceroboh. Kami tidak akan berdiam diri melihat khazanah agung ini dijarah secara haram. Agama tidak mengajar untuk mengambil hak orang lain atau menceroboh tanah milik negara.
Sebagai rakyat yang bernaung di bawah payung Kedaulatan Sultan Pahang kami tidak akan membiarkan undang-undang negeri dipijak-pijak oleh mana-mana pihak!
4. TANDA TANGAN DAN MANDAT RAKYAT
Dengan menandatangani petisyen ini, kami mendesak agar operasi pembersihan dan penguatkuasaan dijalankan tanpa penangguhan lagi. Selamat dan bebaskan Gua Charas sekarang sebelum permata Negeri Pahang ini hilang selepas dicerobohi oleh pihak yang tidak menghormati undang-undang.
Demi Kelestarian Alam.
Demi Kedaulatan Undang-Undang.
Demi Maruah Pahang Darul Makmur.
Disediakan oleh,
Gerakan Amanat Rakyat Pahang (GARAP)
[SENARAI TANDATANGAN RAKYAT MALAYSIA]

7,916

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 15 April 2026