PETISYEN PENILAIAN SEMULA PERTANDINGAN ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR BAGI ACARA NASYID

The Issue

Kepada,

Pengarah Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2024

Ketua Hakim Alam Ria PASTI Negeri Selangor 2024

Tuan / Puan

PETISYEN PENILAIAN SEMULA PERTANDINGAN ALAM RIA PASTI NEGERI SELANGOR BAGI ACARA NASYID PERINGKAT NEGERI SELANGOR SESI 2024 ANTARA JOHAN DAN NAIB JOHAN

Kami dengan ini mengemukakan petisyen untuk mencadangkan penilaian semula dalam Pertandingan Nasyid Pasti Alam Ria Peringkat Negeri Selangor untuk kedudukan Johan dan Naib Johan yang telah diadakan pada 10 November 2024. Setelah diperhalusi, kami yakin bahawa Nasyid daripada Bangi layak untuk mewakili Selangor ke Peringkat Kebangsaan bagi sesi 2024.

2. Kami berpendapat bahawa saringan semula di antara pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua wajar dilaksanakan untuk memastikan kejuaraan sebenar. Ini bukan sahaja bagi menghargai usaha gigih anak-anak kita yang telah berlatih dengan penuh dedikasi, tetapi juga bagi menjamin keputusan yang adil untuk semua pihak yang bertanding.

3. Bantahan dan cadangan ini bukanlah bertujuan untuk mempersoalkan kewibawaan pihak penganjur dan barisan para juri, tetapi adalah sebagai satu langkah untuk menjaga semangat kesukanan dan nilai keadilan dalam kalangan peserta, serta memberi peluang kepada pasukan yang benar-benar layak untuk mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan.

4. Kami mencadangkan agar saringan semula ini, sekiranya dilaksanakan, diadili oleh panel juri profesional yang bebas untuk memastikan ketelusan dalam memberi penilaian.

5. Kami juga yakin bahawa ulasan, maklum balas, dan pandangan yang disampaikan oleh penonton dari kawasan-kawasan lain yang telah menyaksikan acara Nasyid secara keseluruhan wajar diambilkira. Ramai penonton memberikan maklum balas yang sama selepas pengumuman pemenang, dengan menyatakan bahawa persembahan tersebut adalah sangat baik dan sememangnya layak dinobatkan sebagai Johan. Kami lampirkan komentar-komentar dari penonton yang telah menyaksikan persembahan dari Bangi untuk rujukan pihak Tuan.

6. Oleh itu, kami menyeru kepada semua pihak yang berkenaan untuk mempertimbangkan dengan serius cadangan bagi wakil Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan. Kami tidak berhasrat membawa perkara ini untuk pengetahuan umum, namun kami amat berharap agar tindakan segera, tuntas dan menyeluruh dapat diambil bagi menangani isu ini. Sekiranya tiada tindakan yang sewajarnya diambil, kami mungkin perlu mempertimbangkan untuk merujuk hal ini kepada pihak yang lebih berautoriti.

Sekian, terima kasih.

[Tarikh 12 November 2024]

65

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 11 November 2024