PETISYEN MENUNTUT PENURUNAN YURAN LATIHAN INDUSTRI BAGI MAHASISWA UMK

0 have signed. Let’s get to 5,000!


PETISYEN MENUNTUT PENURUNAN YURAN LATIHAN INDUSTRI BAGI MAHASISWA SEMESTER 8 PENGAMBILAN SESI 2014/2015 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

Perkara di atas adalah dirujuk,

Kami mewakili para pelajar Universiti Malaysia Kelantan, ingin merayu kepada pihak Universiti Malaysia kelantan supaya mengurangkan kadar yuran pengajian bagi semester 8 Pengambilan sesi (2014/2015) . Perkara-perkara permohonan adalah seperti di bawah.

(1) PENGENALAN/LATAR BELAKANG PERMASALAHAN.

1.1 Pada semester 8 (sesi 2018) kami para mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan akan menjalani latihan industri selama 6 bulan/ 1 tahun (bagi pelajar yang terlibat dalam program 3+1), justeru kami memohon agar dikurangkan kadar yuran yang agak tinggi berbanding kadar sebelumnya.

1.2 Bagi mahasiswa yang telah menjalani latihan industri tahun lalu, mereka hanya dikenakan kadar bayaran sekitar RM700 bagi teknologi kreatif, manakala bagi semester kini pula kadar yuran dinaikan kepada RM1380, dan ini melibatkan kenaikan sebanyak 82% berbanding kadar yang dikenakan pada mahasiswa yang menjalani latihan industri pada tahun lalu.

1.3 Terdapat sebahagian daripada mahasiwa yang sama tahun pengajian tetapi dikenakan yuran berbeza iaitu sebanyak RM1380 dan RM1780 bagi semester 8 ini. Jumlah yang dikenakan juga berbeza-beza mengikut kampus sedangkan semua mahasiswa tersebut menjalani latihan industri. Hal ini jelas menimbulkan tanda tanya memandangkan pihak pengurusan universiti tidak memberikan penerangan yang lebih lanjut dan maklumat yuran juga tidak dipaparkan secara terperinci.

1.4 Justeru, kami para mahasiwa mengharapkan melalui petisyen ini, pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dapat membantu dalam mengurangkan kadar yuran ke kadar asal iaitu RM700.00, berbanding kadar sekarang yang terlalu membebankan para mahasiswa.


(2) KEPERLUAN SUMBER KEWANGAN YANG TINGGI BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SEWAKTU MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pihak Universiti Malaysia Kelantan sedia maklum, perbelanjaan sewaktu di industri ditanggung sendiri oleh para mahasiswa, malahan ada yang tidak mendapat sebarang elaun atau kadar elaun yang rendah, justeru kebanyakannya bergantung sepenuhnya kepada wang pinjaman pendidikan (PTPTN), biasiswa kerajaan dan lain-lain institusi pinjaman.

2.2 Pemasalahan ini sedikit sebanyak menganggu emosi dan menyukarkan mahasiswa menjalani kehidupan seharian sewaktu sesi latihan industri, dan kami sebagai mahasiswa mengharapkan pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dan Kementerian Pendidikan memandang serius perkara ini, memandangkan sebahagian mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan datang dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

(3) LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL

3.1 Kami juga telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan isu ini melalui prosedur yang ditetapkan. Antara maklum balas yang diterima:

3.1.1. Penyelaras Latihan Industri

Masalah yuran adalah di luar bidang kuasa Penyelaras Latihan Industri. Kami diminta untuk merujuk pihak Bendahari.
3.1.2. Bendahari:
Bendahari hanya menguruskan kewangan. Pelajar perlu berhubung dengan bahagian Akademik.
3.1.3. Timbalan Dekan Akademik :
Hal ini perlu merujuk kepada TNC atau NC. MPP perlu mengaturkan perjumpaan untuk berbincang.
3.1.4. Pejabat Akademik:
Person In Charge (PIC) yang menguruskan hal ini ada mesyuarat dan staf tidak tahu bagaimana nak menjawab permasalahan ini. Kami diminta untuk merujuk nombor telefon yang telah diberikan.

(4) CADANGAN

4.1 Cadangan yang kami kemukakan ialah dengan mengurangkan kadar yuran dengan tidak mengenakan caj perkhidmatan, persatuan mahasiwa,pengangkutan, dan lain-lain caj yang tidak digunakan oleh mahasiwa sepanjang 1 sem pengajian.

Akhir sekali, kami berharap pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan dapat menerima permohonan kami supaya mengurangkan kadar yuran pengajian.

PENUTUP

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan terjaga dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi yang sentiasa memastikan Institusi Pendidikan negara terus maju ke peringkat yang lebih baik.

BACHOK (INDUK) :

PROF MADYA AHMAD TARMIZI BIN AZIZAN
Dekan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan

KAMPUS JELI :

PROF. DATO’ IR. TS. DR. BADHRULHISHAM BIN ABDUL AZIZ
Pengarah Kampus Umk Jeli
Universiti Malaysia Kelantan

PROF. MADYA DR. AWENG A/L EH RAK
Dekan Fakulti Sains Bumi
Universiti Malaysia Kelantan

PROF. MADYA DR. FATIMAH BINTI CHANGGROK @ KAYAT
Dekan Fakulti Industri Asas Tani
Universiti Malaysia Kelantan

KAMPUS KOTA :

PROF. DR. MOHD RAFI BIN YAACOB
Dekan Fakulti Keusahawanan Dan Perniagaan
Universiti Malaysia Kelantan

PROF. MADYA DR. GHAZALI BIN AHMAD
Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan
Universiti Malaysia Kelantan

Salinan Kepada:

YANG BERBAHAGIA PROF. DATO' DR. HUSAINI BIN OMAR
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan


YANG BERHORMAT DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi.

TUAN PUAN, DR, PROF MADYA, YAB TAN SRI DATO'

Sekian.

"MAHASISWA PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA"
"ENTREPRENEURSHIP IS OUR THRUST"
"SOARING UPWARD"

Yang Benar
"Suara Mahasiswa"



Today: Suara Mahasiswa is counting on you

Suara Mahasiswa needs your help with “PETISYEN MENUNTUT PENURUNAN YURAN LATIHAN INDUSTRI BAGI MAHASISWA SEMESTER 8 PENGAMBILAN SESI 2014/2015 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.”. Join Suara Mahasiswa and 4,433 supporters today.