PETISYEN HUKUMAN SEBATAN BAGI KESALAHAN MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

PETISYEN HUKUMAN SEBATAN BAGI KESALAHAN MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

Started
4 June 2021
Petition to
ISTANA NEGARA and
Signatures: 42,818Next Goal: 50,000
Support now

Why this petition matters

Started by nobat malaysia

KAMI, RAKYAT MALAYSIA, menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang menghina kesucian agama Islam dan institusinya selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan negeri.

KAMI juga menggesa Parlimen menggubal hukuman sebatan di bawah kesalahan-kesalahan Akta Hasutan, khususnya terhadap mana-mana orang yang menghasut, menghina, menegur dengan cara menghina dalam erti untuk menimbulkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Hukuman sebatan ini adalah bagi meneguhkan prinsip Rukun Negara berasaskan Kesopanan dan Kesusilaan. Tanpa hukuman sebatan, gejala di atas dilihat semakin merebak akibatnya boleh menyemarakkan gerakan anti Islam dan anti Raja-Raja Melayu yang jelas bercanggah dengan Keluhuran Perlembagaan justeru tidak lagi boleh dipandang ringan.

Jika tidak dibendung dengan tegas maka nescaya majoriti rakyat yang masih setia kepada pegangan agama Islam dan Institusi Beraja pasti bertindak balas
untuk mempertahankan Kedaulatan Undang-undang dengan apa cara sekalipun.

Gejala kebiadapan beberapa pihak yang semakin melampau dan berani menghina agama Islam dan/atau Institusi Beraja mutakhir ini berlaku kerana hukuman sedia ada seperti penjara dan denda tidak lagi mampu untuk mencegah kegiatan yang menyalahi undang-undang negara seperti di atas.

Justeru, petisyen ini dikemukakan untuk mencegah penularan aktiviti yang akhirnya dilihat mampu menghasut pemansuhan kedudukan agama Islam dan Institusi Beraja di Malaysia.

Seterusnya, kami ingin mencadangkan dalam tempoh darurat ini, ordinan digubal terlebih dahulu supaya hukuman sebat dapat dimasukkan di dalam Akta Hasutan dengan kadar segera.

Pengenalan hukuman sebatan di bawah Akta Hasutan tidak perlu dibimbangkan kerana akta itu mempunyai peruntukan yang tidak membolehkannya digunakan secara sewenang-wenangnya.

DENGAN INI, KAMI, RAKYAT MALAYSIA yang cintakan keamanan menuntut pihak kerajaan untuk mempertimbangkan petisyen ini dengan sewajarnya.

Terima kasih

Support now
Signatures: 42,818Next Goal: 50,000
Support now