Petisyen desak tutup Crackhouse Comedy TTDI secara mutlak, bukan sementara !

Petisyen desak tutup Crackhouse Comedy TTDI secara mutlak, bukan sementara !
Why this petition matters
Crackhouse Comedy yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini tular susulan kes menghina Islam di mana seorang wanita yang menanggalkan pakaian dan tudung setelah mengaku mengafaz Al-Quran di atas pentas persembahan komediri (stand-up comedy).
Tidak lama selepas itu, hasil selidik pelbagai pihak, telah tersebar pula video-video persembahan komediri dan kenyataan-kenyataan media sosial pengasas kelab tersebut, iaitu individu bernama Rizal Van Geyzel yang banyak membuat lawak mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera.
Ini termasuk juga tangkap layar hantaran seorang wanita Muslim bertudung dimalukan ketika disuruh membuka minuman keras oleh seorang 'performer' di atas pentas.
Kita dimaklumkan bahawa DBKL telah mengarahkan penutupan sementara bagi premis ini rentetan kes wanita hina Islam baru-baru ini. Namun, kita merasakan penutupan sementara itu adalah tidak setimpal memandangkan pengasas sendiri sudah banyak melampaui batas seolah-olah sebagai sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin berbuat perkara yang sama di atas platformnya itu.
DBKL melalui Timbalan Menteri Wilayah memaklumkan bahawa premis ini beroperasi tanpa lesen yang sepatutnya. Maka, ini sudah jadi penguat juga kepada sebab lesen perniagaan ditarik secara mutlak.
Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyokong dan menyebarkan petisyen ini supaya Kelab Crackhouse Comedy ini ditutup terus dan sebagai iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas-batas yang berteraskan nilai-nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.
Tutup terus Crackhouse Comedy TTDI !!!