Petisyen aman: Hentikan penindasan hak para pendidik PASTI

The Issue

Hentikan penindasan hak lebih 10,000 orang guru PASTI di seluruh Malaysia

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memohon dipermudahkan urusan dalam menegakkan hak para pendidik PASTI yang dipandang sepi.

Y.B. / Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan / Sdra / Sdri.

Anda menerima kiriman/surat/email terbuka ini kerana anda tergolong sebagai insan prihatin yang dikurniakan suara & kuasa untuk merubah nasib mereka yang ditindas.

Pertama sekali kami ingin terlebih dahulu memohon maaf seandainya tindakan kami ini bakal mengundang ketidaksefahaman & ketidakselesaan pihak yang berkepentingan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Kami adalah wakil kepada sebahagian guru & warga PASTI yang dinafikan hak mereka. Kami maklum tentang risiko yang mungkin terjadi. Namun atas pertimbangan kami, hak ribuan para guru PASTI tetap perlu ditegakkan sebagai mana hak perkerja lain di Malaysia.

Objektif utama kami hanya sanya untuk kepentingan pembangunan ummah, khusus kepada pendidikan awal kanak-kanak secara Islami. Kami bukan mencari salah mana mana pihak, tetapi kami mahu semua pihak memandang isu ini secara serius dan sama-sama mencari solusi untuk membela nasib pendidik PASTI.

Usaha menegakkan hak guru PASTI ini telah lama dimulakan. Namun kami menemui jalan buntu setelah berkali-kali cuba bersuara dan mengetengahkan isu ini secara dalaman.

Maka dengan itu kami memilih untuk membawa isu hingga ke tahap nasional agar ia dapat ditangani dengan kadar yang lebih segera dan telus.

_________________________________

Kami sudah tidak mampu lagi berdiam diri bila melihat para guru sebagai tulang belakang PASTI membanting tulang seawal sebelum jam 7 pagi hingga lewat 6 petang setiap hari.

Kami tak mampu tutup mulut bila dapat tahu gaji mereka hanya sekitar RM400-RM600 sebulan. Bahkan ada yang terpaksa melakukan 2-3 kerja untuk menyara hidup seharian.

Kami tak mampu alih pandangan melihat guru & bekas guru yang mempunyai masalah kesihatan dan ditimpa musibah, hilang daya mencari rezeki untuk keluarga. Tiada KWSP/SOCSO untuk menjamin masa depan mereka.

Jauh di dalam hati para pendidik PASTI, mereka mahukan hak mereka sebagai pekerja ditunaikan. Mereka juga manusia biasa yang tidak lekang dari masalah kewangan, masalah kesihatan, dan masalah keluarga.

Mereka juga berhak mendapat masa depan yang lebih cerah seperti orang lain yang digajikan. Mereka bekerja seperti pekerja lain malahan lebih dari pekerja biasa.

Lebih memilukan, situasi ini sudah berlaku dan masih berlaku setelah berdekad lamanya. Jumlah guru & bekas guru pula bukan seorang dua. Tetapi jumlah guru telah mencecah lebih 10 ribu orang jika dihitung.

_________________________________

Kami tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Kami tidak mahu bermusuh dengan sesiapa pun. Kita tidak mahu apa jua sengketa. Kami cuma mahu membela nasib pendidik anak bangsa. Kami mahumenyelesaikan masalah hak guru PASTI. 

Kami terdiri daripada sebahagian guru & bekas guru, warga PASTI, bekas alumni pelajar dan juga ibu bapa yang kini menghantar anak-anak ke PASTI, ingin membuka lembaran baru kepada sejarah pendidikan ini.

Kami menuntut semua pihak yang bertanggunjawab melaksanakan perkara berikut:

A. Memastikan guru PASTI mendapat semua hak mereka (termasuk gaji minima, kerja lebih masa, tempoh waktu kerja, KWSP, SOCSO & lain-lain) berdasarkan akta & undang-undang Malaysia.

B. Memberi pampasan setimpal kepada guru & bekas guru yang telah berkhidmat sekian lama.

C. Memastikan nasib dan masa depan guru & bekas guru PASTI dibela seperti pekerja & bekas pekerja lain.

Tiga tuntutan ini merupakan satu anjakan yang sangat besar dalam perjuangan membela nasib para guru PASTI. Ia tidak hanya menyesaikan masalah hak pekerja tetapi ia juga bertindak sebagai pemangkin yang mengkuasakan guru sebagai tunjang pembangunan sebuah negara.

Namun kami sedar akan betapa besarnya tuntutan ini. Oleh itu, kami memohon pihak pengurusan berikan penjelasan & membuka ruang perbincangan dengan kami bagi menyelesaikan masalah ini.

Sewajarnya isu ini dipandang serius kerana agenda pendidikan adalah antara agenda yang paling dominan dalam pembangunan sesebuah negara.

_________________________________

Semoga dengan perlaksanaan tuntutan ini dapat kita sama-sama martabatkan profesion perguruan PASTI ke tahap yang lebih tinggi. Pada waktu yang sama dapat meningkatkan lagi mutu & kualiti pengajaran dan pembelajaran anak anak.

Pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya sebagai persediaan mereka untuk melangkah ke sekolah rendah. Tetapi ia memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan kemahiran sosial, emosi, kognitif dan fizikal sebagai asas  kesejahteraan sepanjang hayat.

Kami ingin menjemput anda semua, insan-insan prihatin yang mendokong hak, kebenaran & keadilan supaya turut membantu menyuarakan isu ini dalam apa jua medium capaian anda.

Anda juga boleh panjangkan isu ini kepada pihak atau individu yang anda rasakan mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Jika anda sendiri yang punyai kuasa, kami mohon agar anda mengambil tindakan sewajarnya dan mendesak pihak-pihak lain supaya turut serta mengakhirkan penindasan hak guru PASTI.

Dan jika anda juga adalah sebahagian dari warga PASTI dan entiti di belakangnya, kami mohon anda sebarluaskan perjuangan ini sesama anda semoga ia menjadi asbab kepada kemenangan yang hak.

Kami juga ingin mengajak semua bekas pelajar PASTI yang lain, yang kini sudah dewasa, bekerjaya agar  mengangkat martabat para guru PASTI dengan membantu perjuangan menegakkan hak para pendidik yang pernah mendidik mereka satu ketika dahulu.

Di kesempatan ini kami ingin tekankan bahawa kami hanya membawa isu hak pekerja semata-mata. Kami tiada niat untuk membawa isu lain yang memberi kepentingan kepada mana-mana pihak atau entiti.

Kami maklum status PASTI dan kaitannya dengan entiti kepartian. Tetapi kami bulatkan seluruh tenaga dan usahakan kami hanya untuk perjuangkan hak guru PASTI. Kami yakin dan percaya perjuangan ini akan berjaya walaupun jalannya berliku.

Untuk makluman, laporan berkaitan isu ini telah dibuat kepada agensi kerajaan yang terlibat di beberapa negeri dan juga diperingkat persekutuan. 

Wahai Tuhan, berikanlah kami kekuatan berjuang di jalan-Mu ini. Kau bukakanlah jalan, bukakanlah mata dan hati insan yang telah Kau anugerahkan mereka jawatan, pangkat, kuasa dan keprihatinan sesama manusia. Permudahkanlah apa jua yang baik bagi kami. Amin.

Kongsi & sebarkan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat balas jasa baik kalian.

Kami sentiasa terbuka untuk dihubungi bagi sebarang bentuk perbincangan dan permuafakatan yang menjurus kepada penyelesaian masalah.

Petisyen hentikan penindasan hak para pendidik PASTI:
https://www.change.org/HakGuruPasti

Untuk maklumat lanjut layari:
www.hakpasti.gq
twitter.com/hakpasti

Email: salam@hakpasti.gq

avatar of the starter
Hak PASTIPetition Starter

716

The Decision Makers

Kementerian Sumber manusia
Kementerian Sumber manusia
Pengurusan PASTI
Pengurusan PASTI
Dewan Pemuda PAS
Dewan Pemuda PAS

Petition Updates

Share this petition

Petition created on 20 July 2020