Petition updateRakyat desak kerajaan haramkan Dong ZongDong Zong 'muncul kembali' mempertikai Jawi
Gerakan Pengundi Sedar (GPS)
Nov 25, 2019

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan pembelajaran tulisan jawi sudahpun muktamad dan tidak diserahkan kepada PIBG setiap sekolah sebagaimana yang didesak oleh Dong Zong hanya akan menyebabkan ketidakselarasan dalam sistem pendidikan kita.

Sepatutnya isu ini sudah selesai dan kita tidak pasti apa sebenarnya motif Dong Zong untuk membangkitkannya kembali. Isu ini tidak melibatkan isu agama tetapi ini adalah sebuah seni warisan negara ini yang harus dikenal dan dihargai oleh semua warganegara yang meliputi pelbagai kaum.

Desakan Dong Zong ini jelas membuktikan sifat rasis dan kebencian mereka terhadap seni dan budaya orang Melayu walhal kita tidak pernah dengar ada pihak menghalang sesiapa mempelajari kaligrafi cina sebagaimana yang dibuat oleh Dong Zong, dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal termasuklah mengaitkannya dengan isu agama.

Setahu saya, desakan agar Dong Zong diharamkan masih berjalan. Maka, kita perlu gencarkan lagi desakan ini agar kerajaan mengambil perhatian.

Petisyen haramkan Dong Zong: bit.ly/HaramkanDongZong

Wallahu'alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi UMMAH
25 November 2019

Baca lanjut: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200092

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X