PEMUDA MELAYU ISLAM DESAK KERAJAAN HARAMKAN VAPE

The Issue

PEMUDA MELAYU ISLAM MENDESAK KERAJAAN MENGHARAMKAN PENJUALAN ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE DI MALAYSIA

Kami, pemuda Melayu Islam, yang menandatangani petisyen ini, mendesak kerajaan agar dengan segera mengharamkan penjualan rokok elektronik dan vape di Malaysia ini bagi melindungi rakyat terutamanya orang Melayu Islam daripada terus terjebak dan tertipu dengan produk haram dan berbahaya ini.

Berikutan keputusan kerajaan pada tahun 2015 yang hanya mengambil langkah untuk mengawal selia produk ini, penjualan rokok elektronik dan vape di negara kita ini didapati semakin berleluasa sehingga mencapai golongan pelajar remaja bersekolah terutamanya kepada orang Melayu Islam hari demi hari.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 telah memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Sad al-Zara'e iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Kajian-kajian terkini daripada saintis dan pakar perubatan pula menunjukkan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah merbahaya kepada kesihatan tubuh badan.

Rokok elektronik dan vape juga tidak terbukti membantu seseorang itu untuk berhenti merokok selagi terdapat kandungan nikotin yang boleh membawa ketagihan kepada seseorang.

Sebanyak 40 buah negara kini telah mula melarang penjualan dan penggunaan vape dan majoriti negara yang mengharamkannya adalah negara-negara umat Islam.

Oleh itu, kerajaan pada hari ini diminta untuk membuat keputusan pengharaman atas kepentingan umum dan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan dan kepada umat Islam secara khususnya.

#HaramkanVape

#MelayuIslamTolakVape

#VapingItuHaram

PEMUDA MELAYU ISLAM

avatar of the starter
Pemuda Melayu Islam MalaysiaPetition Starter
This petition had 1,392 supporters

Petition Closed

This petition had 1,392 supporters

Share this petition

Petition updates
Share this petition
Petition created on 1 October 2019