Penetapan Nama Dataran Baharu di Kampung Sungai Gajah
The Issue
Petisyen ini adalah untuk menggesa penamaan yang sewajarnya bagi dataran baharu di Kampung Sungai Gajah, Mukim 7, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor (Koordinat : 1.8722381, 103.107699).
Pembinaan dataran baharu yang bermula pada bulan April 2026 dan dijangka siap pada bulan Oktober 2026 ini disambut baik oleh penduduk Kampung Sungai Gajah dan penduduk sekeliling. Dalam mesyuarat antara penduduk Kampung Sungai Gajah dengan Ketua Kampung pada 25 Januari 2026 yang membincangkan hal pembinaan dataran tersebut, kata sepakat telah dicapai untuk menamakan dataran itu Dataran Sungai Gajah, bertepatan dengan lokasinya.
Namun isu timbul apabila nama yang telah dipersetujui ini diubah oleh pihak Pejabat Daerah Batu Pahat kepada Dataran Sungai Rambut, tanpa berbincang dahulu dengan penduduk.
Berikut ialah sebab-sebab yang mewajarkan bantahan atas nama ini:
a. Justifikasi bahawa nama itu diubah bersempena nama kampung induk adalah tidak tepat kerana tiada istilah kampung induk. Kampung Sungai Gajah dan Kampung Sungai Rambut merupakan kampung yang setara dalam satu unit kampung pentadbiran.
b. Nama yang diubah ini akan menimbulkan kekeliruan dan pertelingkahan tentang kedudukan dan sempadan kedua-dua kampung ini.
Oleh yang demikian, kami ingin menegaskan bahawa dataran ini haruslah dinamakan dengan sewajarnya. Berikut ialah nama-nama yang dicadangkan:
a. Dataran Sungai Gajah – Bertepatan dengan lokasi dan nama yang telah dipersetujui
b. Dataran MK7 – Bertepatan dengan lokasi yang merupakan sempadan antara Mukim 7 dengan Mukim 8
Kami berharap pihak Pejabat Daerah Batu Pahat akan dapat menyelesaikan kemelut ini dengan cara yang terbaik untuk mengelakkan kesulitan yang lebih besar pada masa hadapan.

28

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 29 July 2026