PENCARUM MEMBANTAH SEKERASNYA KEPUTUSAN KERAJAAN UNTUK MENCAGARKAN WANG KWSP
The Issue
PENCARUM MEMBANTAH SEKERASNYA TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN UNTUK MENCAGARKAN WANG SIMPANAN KWSP PENCARUM KEPADA PIHAK BANK DAN MEMOHON YANG DI PERTUAN AGONG MENASIHATI PERDANA MENTERI AGAR MELULUSKAN PENGELUARAN KWSP BERSASAR BUKAN BERCAGAR.
Kami pencarum KWSP Seluruh Malaysia dengan ini membantah sekeras-kerasnya cadangan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk simpanan Akaun 2 KWSP pencarum dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman.

1. Jumlah komitmen dan hutang yang ditanggung oleh pencarum yang menuntut Pengeluaran KWSP Bersasar ini sudah terlalu banyak dan membebankan dan cadangan ini hanya akan menambahkan beban sedia ada apabila mereka perlu membuat pinjaman dan perlu membayar ansuran bulanan kepada pihak bank.
2. Jumlah baki simpanan di Akaun 2 pencarum majoritinya sangat rendah dan ada yang sudah tidak mempunyai baki langsung oleh disebabkan beberapa sesi pengeluaran yang lepas (I-Lestari, I-Sinar, I-Citra dan Pengeluaran Khas) termasuklah pengeluaran skim sedia ada Akaun 2 KWSP ( Pendidikan, Ansuran Rumah, Kesihatan dan lain-lain lagi).
3. Pencarum KWSP yang menuntut Pengeluaran Bersasar ini sudahpun tergolong dalam golongan yang mempunyai credit-scoring yang rendah (CCRIS, CTOS, AKPK, Bankrap dll) dan mereka tidak layak untuk memohon apa jua jenis pinjaman daripada bank.
4. Cadangan cagaran wang KWSP kepada pihak bank ini tidak seharusnya dilaksanakan kerana ini adalah wang hasil titik peluh pencarum dan boleh diberikan secara terus kepada pencarum tanpa melibatkan apa-apa skim pinjaman bank. Adakah penyelesaian yang dicadangkan ini merupakan cadangan ikhlas untuk membantu pencarum yang dalam kesusahan atau semata-mata untuk memberi kesempatan kepada pihak bank untuk mengaut keuntungan daripada kesusahan pencarum? Sekiranya dilaksanakan, pinjaman tersebut pastinya akan dikenakan faedah dan caj pengurusan terhadap peminjam.
5. Sebelum ini Perdana Menteri sering memberikan alasan untuk menolak pengeluaran KWSP secara bersasar atas sebab ia merisikokan wang persaraaan mereka, tetapi apakah jaminan cadangan pinjaman bercagar ini tidak menjejaskan wang persaraan tersebut? Malah lebih teruk lagi ia bakal membuatkan pencarum disenarai hitam sekiranya gagal menyelesaikan pinjaman tersebut.
Oleh itu, kami pencarum KWSP seluruh Malaysia dengan ini memohon pertolongan daripada YDPA untuk menasihati Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan agar keputusan kerajaan untuk melaksanakan cagaran wang KWSP kepada pihak bank tidak dilaksanakan dan Perdana Menteri perlu mendengar suara dan permintaan rakyat yang sedang susah.

69,705

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 29 March 2023