
Xavier NaxaPetaling Jaya, Malaysia
Feb 14, 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setelah seminggu Petisyen Apple Pay 3.0 dilancarkan, kita dapat mengumpul hampir 14,000 sokongan dari peminat Apple.
Saya akan menutup Petisyen ini tepat jam 12.00 tengah malam ini.
Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua dalam menyokong Petisyen Apple Pay 3.0.
Insya-Allah, minggu hadapan saya akan menyediakan laporan berhubung Petisyen ini dan akan dimajukan kepada Apple Inc dan Apple South Asia Pte Ltd.
Setiap maklum balas positif atau negatif saya akan kongsi kepada anda dari semasa ke semasa.
Anggap Petisyen ini sebagai bukti sokongan kita kepada perkhidmatan Apple Pay. Sekiranya Apple mendengar hasrat kita semua, maka kejayaan ini adalah milik bersama.
Sekian, terima kasih.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X