Victory

Petisyen Apple Pay 3​.​0

This petition made change with 13,931 supporters!


Petisyen Apple Pay 3.0

Tujuan petisyen ini dibuat bagi menzahirkan harapan serta hasrat rakyat Malaysia khususnya peminat Apple berhubung pelaksanaan perkhidmatan Apple Pay di Malaysia.

Petisyen ini bukan julung kali diadakan dan setakat hari ini sebanyak dua petisyen telah dihantar kepada pihak Apple. Untuk makluman, kali pertama adalah pada 13 Februari 2018 dan telah mendapat maklum balas daripada Eddy Cue yang merupakan Naib Presiden Kanan, Perisian dan Perkhidmatan Internet. Petisyen berkenaan telah dimajukan kepada Apple Asia Tenggara. Namun maklum balas yang diberikan sangat mendukacitakan.

Petisyen kedua pula telah dilancarkan pada 12 Jun 2019 dan hasil yang diperoleh juga sama. Kendatipun begitu, pihak Apple telah mengambil maklum berhubung hasrat peminat Apple di Malaysia.

Bagi merealisasikan hasrat serta harapan, sekali lagi Petisyen Apple Pay telah dilancarkan. Dengan ini, diharapkan perkhidmatan Apple Pay dapat dilaksanakan selewat-lewatnya penghujung tahun 2021.

Malaysia mempunyai peminat Apple yang sangat setia, tidak hairanlah Malaysia antara negara yang mencatat keuntungan tertinggi bagi Asia Pacific pada suku pertama fiskal 2020. Maka dengan ini saya XavierNaxa dan dibantu oleh rakan Twitter saudara Arif Kamarudzaman telah melancarkan Petisyen Apple Pay melalui platform ini. Kami mengharapkan semua peminat Apple bersatu hati bagi membuktikan bahawa kita semua sangat mengharapkan perkhidmatan Apple Pay di Malaysia.

Ingin saya tekankan, ini hanyalah satu kaedah bagi membuka mata pihak Apple Asia Tenggara. Tiada paksaan hanya permintaan agar semua direalisasikan dengan keikhlasan.

“Ayuh zahirkan hasrat, buktikan harapan.”

Petition for Apple Pay 3.0

The purpose of this petition is to express the hope and demand of Malaysians, specifically the local Apple fans for the launch of Apple Pay service here in Malaysia. For the record, two such petitions have previously been directed to Apple.

The first was sent on 13 February 2018 and got a response from Eddy Cue, Apple’s Senior Vice President of Software and Internet Services in which it was eventually being referred to the Executive Relations Liaison JAPAC for Apple Southeast Asia, but to a disappointing response. The subsequent petition was started on 12 June 2019, also to a similar outcome.

Regardless, Apple has taken note of this request. In realising the demand and hope of Malaysians, we are once again starting this petition in hope that Apple Pay service will be launched here the latest by the end of 2021. Malaysia has a large base of loyal Apple users, which is not surprising given the fact that Malaysia is one of the largest contributors to Apple's revenue in Asia Pacific for Q1 2020 fiscal year.

Therefore, I XavierNaxa, co-starting this new Apple Pay petition with my Twitter pal, Arif Kamarudzaman through this platform. We hope all Malaysian Apple fans will show unanimous support to prove that together we all really want Apple Pay in Malaysia. We would like to stress that this is just an effort to get Apple Southeast Asia’s attention.

There is no forcing, as every request should be granted in good faith.

“Let’s express our desires, and prove our hopes.”



Today: Xavier is counting on you

Xavier Naxa needs your help with “Peminat Apple Malaysia: Petisyen Apple Pay 3​.​0”. Join Xavier and 13,930 supporters today.