TUKARKAN SEGERA KETUA POLIS DAERAH SUNGAI BULOH

The Issue
Pada 8 Ogos lalu, Asri Janggut, seorang usahawan burger, telah memuatnaik 3 video siaran langsung yang mendedahkan kewujudan premis judi haram dan aktiviti perniagaan oleh warga asing di kawasan Sungai Buloh.
Menurutnya, pihak MBSA dan PDRM gagal mengambil tindakan terhadap premis judi haram terbabit sebaliknya tindakan sita telah diambil terhadap para penjaja jalanan.
Kes ini menjadi tular di seluruh negara sehingga memaksa MBSA dan PDRM turun padang memeriksa premis judi yang didakwa.
Isu menjadi semakin hangat apabila Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar mendakwa premis judi yang didakwa wujud oleh Asri Janggut sebenarnya sudah lama tidak beroperasi.
Bermacam alasan dangkal diberikan dan ini mengundang kecaman dan geli hati para netizen yang mendengarnya.
Susulan dari video tular ini, beberapa penguatkuasa MBSA telah ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan. Pada 14 Ogos pula, dikejutkan dengan berita penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan Pengarah sebuah jabatan di MBSA.
Pada 9 September baru-baru ini, Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador melaporkan siasatan PDRM tidak menemui sebarang rasuah atau salahlaku oleh anggota polis IPD Sungai Buloh.
Malah TS Hamid telah memuji Superintendan Shafa'aton dengan berkata bahawa beliau telah menjalankan peranannya dengan baik.
Jelas di sini TS Hamid cuba "menegakkan benang yang basah". Bagaimana boleh dikatakan Superintendan Shafa'aton menjalankan peranan dengan baik jika premis judi gagal dibanteras?
Oleh yang demikian, rasa ketidakpuasan hati rakyat Malaysia akan diterjemahkan melalui petisyen ini!
Ayuh rakyat Malaysia, tandangan petisyen ini supaya Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ditukarkan serta-merta!

Petition Closed
Share this petition
Petition updates
Share this petition
Petition created on 10 September 2020