Petition updateLanggar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa SegeraNeelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB
Kerajaan GagalMalaysia
May 19, 2021
Usahawan dan selebriti tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pasangan itu yang tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi didakwa atas dua pertuduhan gagal mematuhi SOP PKPB pada 2 Mei lalu.
Neelofa dan suami menghadapi dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk 'check in' atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X