Seruan kepada Kerajaan - Bina Rumah PPR Untuk B40 di Cameron Highlands

Seruan kepada Kerajaan - Bina Rumah PPR Untuk B40 di Cameron Highlands

1,213 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
Sarah Irdina started this petition to Mustapa Mohamed and

Tahukah anda Projek Perumahan Rakyat ,PPR untuk golongan B40 yang terakhir dibina lebih 40 tahun yang lalu di Cameron Highlands? Tidak ada PPR yang baru dibina sehingga kini. Sudah tahun 2020, tetapi penduduk B40 Cameron Highland masih tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah di Cameron Highlands melambung tinggi.  Ini diakibatkan oleh pembelian orang luar untuk tujuan pelaburan dan penyewaan kepada para pelancong. 

Projek perumahan yang dikatakan mampu milik, seperti PR1MA dijual dengan harga lebih RM200, 000, jauh dari kemampuan rakyat berpendapatan rendah B40. Puan Sharifah Hanim, seorang penduduk Cameron Highland menyuarakan kekecewaannya dengan berkata " Sudah berpuluh tahun saya duduk sini, saya bayar sewa, sampai sekarang tak mampu beli rumah, kalau begini, sampai saya meninggallah saya tak mampu beli rumah dan hanya bayar sewa sahaja." Tambahan pula, sewa di Cameron Highland juga tinggi diantara  RM800-900/sebulan amat menekan kemampuan kewangan warga pekerja Cameron Highlands. 

Maka Jawatankuasa Rumah Mampu (JRM Cameron Highlands) sebuah jawatankuasa rakyat pekerja Cameron Highlands merayu agar anda menyokong petisyen ini demi mendesak Kerajaan untuk meluluskan projek PPR untuk Cameron Highlands dalam Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada November, 2020 nanti. Petisyen ini akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Ekonomi Dato YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED yang menerajui Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) dan Kementerian Parumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Petisyen

Kepada

YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) 
Jabatan Perdana Menteri , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 


YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
MENTERI  PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 18, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 


Kami yang bertandatangan dalam petisyen ini, merasakan adalah amat perlu pihak Kerajaan meluluskan permohonan rakyat golongan berpendapatan rendah B40 Cameron Highlands untuk menyertakan pembinaan projek rumah PPR dalam bajet 2021 di Cameron Highlands.  Tiada pembangunan apajua projek PPR di Cameron Highlands selama 40 tahun yang lalu.  Harga hartatanah kediaman yang dibangunkan di Cameron Highlands kini, adalah diluar kemampuan penduduk B40. Maka pihak Kerajaan haruslah membangunkan projek PPR di Cameron Highlands dalam bajet pembangunan Kerajaan Persekutuan 2021.




 

1,213 have signed. Let’s get to 1,500!
At 1,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!