Membantah cadangan penjimatan LRT3 yang membebankan rakyat

0 have signed. Let’s get to 1,000!


Cadangan penjimatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kabinet Persekutuan untuk mengurangkan kos LRT3 akan membawa kesan negatif kepada rakyat. Kami membantah cadangan membatalkan pembinaan 5 stesen yang disebut iaitu Lian Hoe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic. Ini menyebabkan kekurangan akses kepada pengguna, terutama "commuters", yang sepatutnya memudahkan "mobility" commuters. Ini juga akan memberi kesan kepada bakal-bakal pemilik hartanah di kawasan tersebut kena dikhuatiri akan merugikan pelaburan mereka. Kami juga membantah pengurangan saiz tren daripada 6 koc kepada 3 koc. Seperti contoh di Laluan LRT Kelana Jaya dan Monorail Kuala Lumpur, pengecilan saiz tren akan menyebabkan kesesesakan, di samping menambahkan lagi masa menunggu antara tren. Ini dapat menyebabkan pengguna tidak berminat untuk menggunakan pengangkutan awam, lantas gagal mencapai sasaran kerajaan sebelumnya untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam. Rakyat perlukan prasarana yang selesa. Tambahan lagi, kami membantah cadangan memanjangkan masa perjalanan projek. Kawasan-kawasan projek landasan terletak di kawasan-kawasan panas kesesakan jalan raya. Ini akan menganggu lalu lintas dengan kemungkinan menambah masa menghadap kesesakan, di samping menambah keresahan kepada rakyat yang "commute". Walau Kerajaan sedar bahawa laluan LRT3 ini amat kritikal kepada rakyat, namun, langkah-langkah tersebut akan menjejaskan cara hidup rakyat yang terpaksa menunggu lama untuk merealisasikan impian terutamanya warga Shah Alam dan Klang untuk menikmati pengangkutan awam ke Kuala Lumpur yang selamat dan cepat. Walau MRT dan LRT3 merupakan legasi DS Najib dan pentadbiran terdahulu, Kerajaan sepatutnya pentingkan pengangkutan awam daripada mengejar pengurangan kos dan obsesi hutang negara yang akan menyebabkan rakyat sendiri rugi. Kami memohon agar Kerajaan mempertimbangkan semula cadangan tersebut demi kebaikan semua. Kami guna juga pengangkutan awam, sepatutnya Kerajaan prihatin dengan rakyat, bukan sahaja mengalih tumpuan pada DS Najib, 1MDB, dan hutang negara. Ini bukan soal politik, ini soal kebajikan.



Today: Hanif Omar is counting on you

Hanif Omar Yazid needs your help with “Ministry of Transport, Malaysia : Membantah cadangan penjimatan LRT3 yang membebankan rakyat”. Join Hanif Omar and 894 supporters today.