SAVE AND PRESERVE SG BULOH SETTLEMENT: THE NATIONAL ASSET & POTENTIAL WORLD HERITAGE SITE

This petition had 2,036 supporters

The Issue

 

(Scroll down to read the petition in English)
(向下滑動閱讀中文請願書)

SELAMATKAN DAN PELIHARAKAN PUSAT KOLONI KUSTA SUNGAI BULOH: ASET NEGARA DAN CALON BERPOTENSI UNTUK TAPAK WARISAN DUNIA

1.Pendahuluan

Pada tahun 2007, perobohan separa Penempatan Sungai Buloh, dikenali secara rasmi sebagai Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), telah menyebabkan rakyat Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk memelihara koloni kusta ini. Sembilan tahun kemudian dan pada bulan Februari 2016, terdapat beberapa laporan media tentang rancangan Kementerian Kesihatan untuk merobohkan sebahagian pusat koloni kusta dan bangunan-bangunan bersejarah ini. Tindakan ini adalah amat dikesali dan bercanggah dengan objektif Jabatan Warisan Negara untuk memelihara dan mencalonkan koloni kusta ini sebagai Tapak Warisan Negara dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Menurut laporan media, Kementerian Kesihatan menyatakan sebab-sebab perobohan aset negara ini sebagai cara untuk menghentikan pendudukan migran tidak berdokumen yang duduk di rumah-rumah lama di penempatan bersejarah tersebut secara haram. Lebih-lebih lagi, rancangan untuk membina 1,000 unit kuarters integrasi dan pembangunan Pusat Kawalan Penyakit Merebak Negara akan memusnahkan pusat bersejarah ini, mengganggu kehidupan para bekas pesakit dan aktiviti-aktiviti hortikultur, dan memusnahkan alam semulajadi.

2.Kepentingan Sosio-budaya dan Nilai Sejagat Hospital Kusta Sungai Buloh

2.1.        Penubuhan Penempatan Sungai Buloh memulakan sebuah era baru dalam pembangunan tipologi institusi penyakit kusta abad ke-20. Ianya merupakan penempatan kusta terbesar dalam empayar British dan merupakan yang kedua terbesar di dunia. Lebih penting lagi, Penempatan Sungai Buloh adalah perancangan yang manusiawi sebagai penempatan komuniti manusia moden, berbeza daripada segregasi keras yang bagaikan penjara. Penempatan ini menyediakan pelbagai fasiliti moden dan membuka peluang kepada penduduknya. Penempatan Sungai Buloh menggunakan pendekatan pendidikan, berdikari, dan model persekitaran untuk sebuah kehidupan.

2.2.        Penempatan Sungai Buloh adalah salah satu warisan Garden City paling penting dalam sejarah alam bina di Malaysia. Ideologinya tidak hanya dilaksanakan secara konsep tetapi juga berjaya secara praktisnya sebagai sebuah komuniti manusia yang berdikari dan mapan, sebagaimana ideologinya seperti zon bebas, ruang terbuka, taman-taman, kemudahan awam, kawasan penempatan, kemudahan komuniti, padang terbuka dan lingkaran hijau untuk perladangan komersial.

2.3.        Penempatan Sungai Buloh adalah sebuah institusi unik yang menyatukan institusi perubatan, penempatan komuniti manusia, pusat pemulihan, dan koloni perladangan. Ianya dirancang sebagai sebuah pemangkin kepada bidang perubatan dan sosial untuk menyediakan perkidmatan perubatan, mencipta semula kehidupan sosial, menyediakan pendidikan dan latihan, serta melahirkan sebuah komuniti perladangan.

2.4.        Dalam masa lapan puluh enam tahun, Penempatan Sungai Buloh telah membangun kepada sebuah penempatan manusia yang matang dengan komunitinya tersendiri dan mempunyai sebuah penempatan hortikultur yang terkenal di Malaysia. Ia juga merupakan tempat tarikan para pencinta alam, jurugambar dan pengayuh basikal yang sukakan alam persekitarannya.

3. Tuntutan Kami

3.1.  Peliharakan Penempatan ini Sepenuhnya
Keaslian dan integriti koloni kusta ini patut dipelihara dan dilindungi sepenuhnya. Sebarang pembangunan baru di dalam pusat ini perlu mempertimbangkan pendekatan pemuliharaan dan penggunaan semula bangunan-bangunan lama. Namun, pembangunan 1,000 unit kuarters integrasi dan Pusat Kawalan Penyakit Merebak Negara di komuniti ini pasti akan memusnahkannya. Demi memlihara penempatan ini untuk generasi masa akan datang, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Warisan Negara perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk mencari penyelesaian yang lebih sesuai seperti memberikan tapak baru untuk pembangunan baru tersebut.

3.2.   Calonkan sebagai Tapak Warisan Dunia
Sejak kebelakangan ini, gerakan untuk memelihara sejarah kusta dan legasinya telah menjadi subjek penting dalam wacana antarabangsa. Penempatan Sungai Buloh telah berada di dalam hubungan antarabangsa ini selama bertahun-tahun. Para NGO dan ahli akademik juga telah membincangkan untuk menjalinkan penempatan Sungai Buloh dengan pusat koloni kusta penting di seluruh dunia sebagai satu Tapak Warisan Dunia Transnasional. Selain itu, Jabatan Warisan Negara juga telah menyatakan niat mereka untuk mencalonkan Penempatan Sungai Buloh sebagai Tapak Warisan Negara dan Tapak Warisan Dunia.

3.3.  Taman Bersejarah Sungai Buloh
Kepentingan sejarah Penempatan Sungai Buloh bukan hanya penting di peringkat kebangsaan, ia juga terkenal sebagai model pusat koloni kusta penting di seluruh dunia, selain mengharumkan nama negara dengan unit kajiannya. Aset-aset bersejarah negara ini boleh dibangunkan dan disatukan dengan persekitaran dan sumber semula jadi dengan menjadikan pusat koloni kusta ini sebagai muzium terbuka dan taman bersejarah. Tujuannya supaya orang awam dan generasi muda dapat memahami pencapaian negara dalam sejarah dunia penyakit kusta, dan pada waktu yang sama dapat menjadi sebuah tapak budaya dan sejarah yang penting. Contoh terbaik ialah Taman Bersejarah Negara Kalaupapa di Hawaii, di mana ianya merupakan pusat koloni kusta pada masa dahulu.

3.4.   Lindungi Aktiviti Hortikultur dan Mata Pencarian
Aktiviti hortikultur yang giat di penempatan ini telah menjadi identiti kepada penduduk di sini. Identiti ini memaparkan idea asal perancangan Garden City penempatan ini. Aktiviti hortikulturnya telah menjadi penghubung di antara orang awam dengan para pesakit kusta di sini. Ini telah membantu mengurangkan stigma penyakit ini dan memberikan sebuah mata pencarian kepada komuniti tersebut. Oleh itu, interaksi masyarakat-komuniti ini perlu diperlihara dan aktiviti-aktiviti hortikultur komuniti harus diteruskan.

3.5.   Hak untuk Memelihara Warisan
Komuniti Sungai Buloh, sebagai bekas pesakit, telah menjalani keseluruhan kehidupan mereka di koloni kusta ini kerana polisi-polisi kesihatan awam. Hak-hak mereka sebagai rakyat telah disekat sama sekali sejak mereka dikesan dengan penyakit ini. Selain melalui pengalaman perit kesakitan proses perawatan, para pesakit juga melalui keperitan berpisah dengan ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak sendiri, demi menjalani rawatan perubatan. Setiap struktur, laluan, ruang, dan bangunan di penempatan ini mengandungi sejarah kehidupan mereka, cara mereka bersosial, segala susah payah dan pengalaman mereka di bawah polisi segregasi kusta. Pengorbanan mereka patut diperingati dan dibalas dengan budi baik kita. Hak mereka untuk memelihara dan mewarisi legasi ini patut diberikan.

4.Petisyen

Keseluruhan pusat koloni kusta Sungai Buloh ini perlu diperlihara dan diwarisi sesuai dengan posisi pentingnya dalam menyumbang kepada pembangunan institusi kusta moden, sains perubatan dan sejarah penyakit kusta. Warisan-warisan ini adalah penting untuk sejarah seni bina, perancangan bandar, sains perubatan dan hak asasi manusia di Malaysia.

Penyakit kusta adalah sebuah tragedi namun ianya datang dengan pelbagai pengajaran buat semua, terutamanya generasi muda, tentang kewajaran mengsegregasi manusia untuk berhadapan dengan penyakit. Pemaknaan dan nilai universal Penempatan Sungai Buloh hanya boleh difahami dan dihargai daripada keaslian tapak dan alam bina penempatan ini.

Petisyen ini dipelopori oleh Save Valley of Hope Solidarity Group. Komen-komen di ruang ini akan membantu kami dalam perbincangan kami dengan Kementerian Kesihatan, Jabatan Warisan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor.

Petisyen ini akan disampaikan kepada:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam - Menteri Kesihatan Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Pengarah Kesihatan Malaysia

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz  - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Jabatan Warisan Negara
Dr. Zainah Binti Ibrahim – Pesuruhjaya Tinggi Warisan

Kerajaan Negeri Selangor
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali - Menteri Besar Selangor.

[Perhatian: Save Valley of Hope Solidarity Group akan menyampaikan petisyen kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Jabatan Warisan Negara, dan kerajaan Negeri Selangor sebelum 3 Jun 2016. Hanya tandatangan mereka yang beri sokongan sebelum 17:00 (Masa Malaysia) 31 Mei 2016 akan muncul pada versi cetak yang akan diserahkan kepada jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Terima kasih.]

 

 

ENGLISH

SAVE AND PRESERVE SUNGAI BULOH SETTLEMENT:  THE NATIONAL ASSET AND POTENTIAL WORLD HERITAGE SITE

1.Introduction

In 2007, the event of partial demolition of Sungai Buloh Settlement, officially known as National Leprosy Control Centre (PKKN), has stirred Malaysian citizens and NGOs to urge the Malaysian Government to preserve the settlement. Nine years have passed since the event and in February 2016, there were several media reports about the Ministry of Health’s plans and intention to demolish some historical buildings at the historic Sungai Buloh Settlement. These moves are regrettable and contradict to the objective of National Heritage Department to preserve and nominate the settlement as a National Heritage Site and UNESCO World Heritage Site.

According to media reports, the reasons given by the Ministry of Health to bulldoze the historical assets is due to some abandoned historical buildings in the settlement being illegally occupied by illegal immigrants for the past ten years. Moreover, the proposal to build 1,000 units of integrated quarters and the development of the National Centre for Infectious Disease Control will totally disintegrate this historical settlement, disrupt the former patients’ livelihood and horticulture activities, and will also destroy its natural setting and environment.

2.The Significant Socio-cultural and Outstanding Universal Values of Sungai Buloh Settlement/Leprosarium

2.1   The establishment of Sungai Buloh Settlement signified a new chapter in the development of leprosarium in the 20th century. It was claimed as the biggest leprosarium in the British Empire and the second biggest in the World. More importantly, Sungai Buloh Settlement was planned humanely as a modern human settlement, emancipating from the rigorous way of prison-like segregation. The settlement has provided every modern facility and opportunity for its residents. Sungai Buloh Settlement has been deemed as an educative, self-supporting, and a model living environment for outside world.

 2.2   Sungai Buloh Settlement, perhaps, is one of the most important legacies of Garden City planning in the history of built-environment in Malaysia. The ideology was not only conceptually implemented but also practically and successfully worked as a self-supporting and self-sustaining human settlement, as suggested in the ideology, with clear zoning, open spaces, parks, public facilities, residential areas, community amenities, open fields and green belt for commercial agriculture.

2.3   Sungai Buloh Settlement is a unique institution integrating medical institution, human settlement, and rehabilitation centre as well as farm colony. It was planned as a medical and social catalyst to provide medical services, re-create social life, provide education and training, and form an agriculture community. 

2.4   Sungai Buloh Settlement has developed into a matured human settlement with its own community and living culture for the last 86 years. The community has flourished in the settlement and developed it into a well-known horticulture settlement in Malaysia. Besides, its beautiful natural setting has been a haven for nature lovers, photographers and bikers to enjoy its environment.

 3. Our Demands

3.1   Fully Preserved the Settlement
The authenticity and integrity of the settlement should be fully preserved and protected. Any new development in the settlement should first consider integrating, utilizing and restoring the old and abandoned buildings instead of demolishing them to replace with new buildings. However, the huge development of 1,000 units of integrated quarters and the National Centre for Infectious Disease Control in the settlement will totally destroy the settlement. To preserve the settlement for the sake of next generations, the Ministry of Health and the National Heritage Department should work together with Selangor State Government to find a better solution such as providing a new site for the new development. 

3.2   Nominate as National and World Heritage Site
In recent years, the movement to preserve the history of leprosy and its legacies has been an important subject in the international discourses of leprosy. Sungai Buloh Settlement has been on this international loop and networking for the last few years.  The suggestion of linking Sungai Buloh Settlement with other important leprosaria around the world as a Transnational World Heritage Site has been discussed by academicians and NGOs. On the other hand, the National Heritage Department has stated their intention to nominate Sungai Buloh Settlement as a World Heritage Site and, prior to that, it has to be nominated in the National Heritage List. Therefore, the authenticity and integrity of the settlement should be fully protected.

3.3   Sungai Buloh Historical Park
The significant and historical position of Sungai Buloh Settlement is not merely at national level, it has been known as one of the important models of leprosarium and its research unit has once put the country in the world map of leprosy research. These historical assets can potentially be developed and integrated together with its existing natural resources and transform the settlement into an open museum or historical park. The purpose is for the public and young generations to understand about the nation’s achievement in the global history of leprosy, and at the same time, to appreciate the valuable cultural and historical landscape of Sungai Buloh Settlement. The best precedent to refer to is Kalaupapa National Historical Park in Hawaiii, where the former leprosy colony is part of the National Park today.

3.4   Protect Horticulture Activities and Protect Livelihood
The robust horticulture activities in the central section of the settlement have been the identity of the settlement. The identity perfectly portrays the initial idea of Garden City planning of the Settlement. The horticulture activities have been bridging the public to the settlement. More importantly, it reduces the stigma of the disease and provide livelihood to the community.  These public-community interactions should be maintained and the horticulture activities by the community should be protected.

 3.5   Right to Preserve Legacies
The Sungai Buloh community, as the former patients, have spent their entire life in the settlement for the reason of public health policies.  Their rights as common citizens have been denied after being diagnosed with the disease. Besides enduring the painful experiences caused by the disease and treatments, they have to suffer from being separated from their parents and their own children for medical reasons. Every Sungai Buloh resident has his or her own memory and story. Every single structure, path, space, and building in the settlement contains its history explaining how the former patients lived, socialized, struggled, and their experiences under leprosy segregation policies. Their sacrifices should be commemorated and compensated with kindness and humanity treatments. Their rights to preserve and inherit their legacies should be granted indisputably.

4. Petition
The entire Sungai Buloh Settlement should be fully preserved and inherited in regards to its significant position and outstanding contributions in the development of modern leprosarium, medical science and history of leprosy. These legacies are important puzzles of the history of architecture, urban planning, medical science and human right in Malaysia. The tragedy of leprosy is a miserable event in human history provides valuable lessons to our younger generations, about the sense of righteousness in dealing with human segregation and diseases. The meaning and outstanding universal values of Sungai Buloh settlement can only be understood and appreciated from the authenticity of its living and built environment. 

This petition is initiated by Save Valley of Hope Solidarity Group. The comments will help us in our discussions and engagements with the Ministry of Health, the National Heritage Department and Selangor State Government.

 This petition will be delivered to:

Ministry of Health
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam - Minister of Health Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Director General of Health Malaysia 

Ministry of Tourism and Culture 
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz  - Minister of Tourism and Culture

The National Heritage Department
Dr. Zainah Binti Ibrahim – Heritage Commissioner 

Selangor State government 
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali - Chief Minister of Selangor.

[Note: Save Valley of Hope Solidarity Group will deliver the petition to the Ministry of Health, Ministry of Tourism and Culture, The National Heritage Department, and Selangor State government before 3 June 2016. Only the signatures of those who endorse the petition before 5pm (Malaysia Time) 31 May 2016 will appear on the print version. Thank you.]

 

拯救與維護國家資產與潛在世界文化遺產

——雙溪毛糯麻疯病院

1.前言:

 2007年,雙溪毛糯麻疯疯院(或國家麻疯病控制中心)东院遭到拆除,曾引起馬來西亞公民和非政府組織敦促馬來西亞政府保留这个病院。此事一晃九年過去,今年二月數家媒體再次報導衛生部有意拆除雙溪毛糯麻疯病院中院区有歷史性的建筑群。此舉令人深感遺憾及違背了國家文物局欲維護和提名该病院载入為國家文化遺產及聯合國教科文組織世界文化遺產名录的宗旨。
 
據報導,为了解决中院区的空屋在過去10年被外勞非法佔據的問題,卫生部将拆毁这些荒废的“屋仔”,并计划兴建國家傳染病控制中心及1千個單位的綜合宿舍。此举将破坏這個歷史性聚落的完整性、影响麻疯病康复者的生活和園藝生意,也將破壞其自然景觀和環境。

 2. 雙溪毛糯麻疯病院的社會文化意義及特有的普世價值
2.1. 雙溪毛糯麻疯病院的成立標誌著20世紀麻疯病院發展的新篇章。她是英联邦国家中最大及世界第二大的麻疯病院。更重要的是,雙溪毛糯麻疯病院的規劃摆脱了類似監獄的隔離模式,完全採取人性化的现代管理。院區提供了院民現代化設施和居住空間。外界已經視雙溪毛糯麻疯病院為富有教育性、自供自足和拥有先进生活的典范。

2.2雙溪毛糯麻疯病院是大馬環境建築歷史上其中一個非常重要的田園城市規劃。它全面贯彻田园城市理念,是绝对自主和永续经营的人类聚落。每个区域有明显的划分,如開放空間、公園、公共设施、住宅範圍、周圍綠帶和农耕地等。

2.3 雙溪毛糯是一個獨特的疗养機構,结合醫療中心,康复者居住区,復建中心和農作園地等。它結合醫療和社會催化作用,为院民提供醫療服務,重新創建社交生活,提供教育和培訓,以及成立農藝社區。
 
2.4 过去86年来,雙溪毛糯麻疯病院已经發展為成熟的人類聚落,並擁有自己的社區和生活文化。麻疯病群体在聚落中稳健的成长,蓬勃發展的园艺业也让这个病院闻名四海。除此之外,其美麗和自然景观成為大自然愛好者、攝影師和單車手享受其自然環境的天堂。

3. 我們的訴求

3.1 完整保留麻疯病院
院区的原真性與完整性必須受到完整保留和保護。任何在此病院的新發展計劃必須優先考慮整合、利用和修复舊有廢棄的建築物,而不是将它们摧毀,以让路给新建築。因此,興建1千個單位的綜合宿舍和國家傳染病控制中心的大型計劃將會完全摧毀该麻疯病院的自然景观。为了下一代人著想,这个病院必须完整保留下来。衛生部和國家文物局應該與雪州政府合作,共同找出更好的解決方案,例如为新发展计划寻找更适合的土地。

3.2 提名成為國家與世界文化遗产
近年來,保留麻疯病史和遺產運動是國際麻風病討論的重要課題。過去數年,雙溪毛糯麻疯病院已经跟上了国际步伐,参与了国际串联網絡。學者和非政府組織也討論了雙溪毛糯麻疯病元與世界各地其他重要的麻疯病院串聯成為跨國世界遺產的建議。另一方面,國家文物局也曾表示,有意提名雙溪毛糯麻疯病院载入世界遺產名录。在此之前,文化部必須先将之列入國家文化遺產名單內。因此,麻疯病院的原真性和完整性必須得到全面保留和保護。 

3.3 雙溪毛糯歷史公園
雙溪毛糯麻疯病院的價值和歷史地位不僅是在國家層面,其麻疯病临床研究也使马来西亚在世界麻疯病研究领域中独占鳌头,是聞名的重要模範之一。這些潜在的歷史資產若与现有的自然資源整合起来,双溪毛糯麻疯病院有望轉型成為開放的博物館或歷史公園。除了让公眾和年輕一代了解这个病院在世界麻疯病史上的巨大成就,也能让各界珍惜雙溪毛糯麻疯病院寶貴的文化和歷史景觀。夏威夷的卡勞帕帕國家歷史公園,就是将旧有的疯病院成功转化为国家公园的最佳例子。

 3.4 保護園藝活動,維護院民生計
双溪毛糯麻疯病院中院区蓬勃的園藝活動已經成為该疗养院的重要標誌。這個標誌完美地展現了花園城市的最初概念,並成为外界与院民建立关系的桥梁。更重要的是,园艺事业吸引了各界的光顾,減少了大众对麻疯病群体的歧视与偏见,并为院民带来了生计。因此,社區園藝活動應該受到保護,类似的公共互动关系應維持下去。

 3.5 传承文化遗产的權利
雙溪毛糯社區里的院民,因為当年的公共醫療政策,被逼在院内生活了一輩子。他們的公民權利在被診斷有疾病後就被剥夺。除了必须忍受由疾病和治療帶來的痛苦經歷,他们也因為治療的關係,必須忍受与父母和亲生子女分开的痛苦。每個雙溪毛糯的院民都有他們自身的回憶和故事。因此,在病院里的每個结构、路徑、空間和建築都蘊藏了一段历史。这段历史叙述了院民在麻疯病隔離政策下如何在院内生活、社交、抗爭等所有的内在經歷。他們的犧牲應該被紀念,病以良善及人性化的治療来補償他们的痛苦。他們應擁有維護和傳承文化遗产的权利。

4. 徵求聯署
基于双溪毛糯麻疯病院特殊地位,其現代麻疯病院典范,以及它在醫療科學和麻疯病的歷史發展上有著特別的貢獻,整個麻疯病院應充分獲得保存和傳承。這些文化遗产對於馬來西亞的建築史、城市規劃、醫療科學和人權歷史上有著重要的意義。過去麻疯病的悲劇给人们尤其是年轻一代上了重要的一课。尤其是教育人们如何富有人道意識地處理人類隔離與疾病。雙溪毛糯麻疯病院的普世價值和意義只有從完整的保留院内古迹的原始性和院民生活的完整性,才得以體現。

此請願書是由搶救希望之谷支援小組發起。您的意見將对我們與衛生部、文化部、國家文物局和雪州政府的對話及會面有所幫助。

 此聯署將提呈給:

衛生部
拿督斯里蘇巴馬廉-大馬衛生部部長
拿督諾尔希山阿都拉-衛生部總監

旅遊與文化部
拿督斯里納茲里-旅遊與文化部部長

國家文物遺產局
再娜依布拉欣博士-文物局總監

雪州政府 
拿督阿茲敏阿里-州務大臣 

[注:搶救希望之谷支援小組將於2016年6月3日前遞交《拯救與維護國家資產與潛在世界文化遺產——雙溪毛糯麻疯病院》聯署書給衛生部、文化部、國家文物局和雪州政府,只有在2016年5月31日下午5點前(馬來西亞時間)簽署的名字會出現在列印出來的聯署書。謝謝。]

avatar of the starter
Save Valley Of HopePetition Starter

The Decision Makers

Datuk Seri Dr. S.Subramaniam - Minister of Health Malaysia
Datuk Seri Dr. S.Subramaniam - Minister of Health Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Director General of Health Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah - Director General of Health Malaysia
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz  - Minister of Tourism and Culture
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Minister of Tourism and Culture
Dr. Zainah Binti Ibrahim – Heritage Commissioner
Dr. Zainah Binti Ibrahim – Heritage Commissioner
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali - Chief Minister of Selangor
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali - Chief Minister of Selangor

Petition Updates