Menuntut kerja tetap bagi pekerja kontrak Kerajaan! #KitaJugaFrontliner

0 have signed. Let’s get to 1,000!


Tahun 2020 membawa satu impak besar dalam kehidupan pekerja di seluruh dunia, ia membuka mata kita tentang kepentingan pekerja barisan hadapan (frontliner) di masa wabak COVID-19 ini. Tetapi, ramai juga lupa bahawa pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di hospital, sekolah dan lain-lain premis Kerajaan Persekutuan Malaysia juga merupakan pekerja frontliner dan mereka sudah dilupa oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sehingga tidak diiktiraf pengorbanan mereka.

Kami mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk:

1) Serap pekerja-pekerja kontrak di premis Kerajaan seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja sebagai pekerja tetap di Kerajaan,
 
2) Hapuskan kronisma dan orang tengah (kontraktor),

3) Kurangkan pembaziran dan cekapkan pentadbiran.