MENUNTUT KEADILAN UNTUK HERO RAKYAT, MUHAMMAD ADIB

0 have signed. Let’s get to 75,000!


Selaku rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, agama dan pendidikan, kami ingin menggesa agar Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengambil tanggungjawab utama dalam menyelesaikan kes pembunuhan Hero Rakyat, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kami percaya bahawa Muhammad Adib, seorang anggota bomba perlu diberikan pembelaan dan keadilan terhadap kejadian yang berlaku sehingga meragut nyawanya semasa beliau dan anggota bomba lain ditugaskan memadamkan kebakaran dalam insidien rusuhan di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Malah kami ingin menggesa hukuman berat dikenakan terhadap pihak terlibat termasuk pengurusan kuil yang dilihat cuba menyembunyikan kejadian sebenar dengan membuat kenyataan palsu berhubung kematian Muhammad Adib.

Sebagai rakyat yang percaya kepada keadilan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kami meminta kerajaan mempercepatkan siasatan dan menjalankan segera inkuiri terhadap saksi kejadian agar pembelaan terhadap nasib menimpa allahyarham Muhammad Adib dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Kami tidak mahu kematian Muhammad Adib dipandang sepi tanpa sebarang tindakan kerana beliau merupakan anggota beruniform yang meninggal semasa sedang bertugas.

Seandainya petisyen ini gagal ditanggani segera oleh kerajaan, kami menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Peguam Negara, Tommy Thomas segera meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab kerana gagal mengendalikan kes ini dengan baik.

Petisyen ini digerakkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (SERUMPUN).



Today: Pertubuhan Ikatan Muafakat is counting on you

Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia needs your help with “MENUNTUT KEADILAN UNTUK HERO RAKYAT, MUHAMMAD ADIB”. Join Pertubuhan Ikatan Muafakat and 63,405 supporters today.