Seruan kepada Menteri Pertanian untuk mengembalikan jawatan En Nazri.

Seruan kepada Menteri Pertanian untuk mengembalikan jawatan En Nazri.

608 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Penang Tolak Tambak started this petition to YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan)

Nazri bin Ahmad, pejuang para nelayan dan pemimpin pergerakan untuk membantah Projek PSR, telah ditindas oleh LKIM dengan kuasa otoriatrian yang melampau.

Beliau telah memperjuangkan nasib para nelayan yang bakal terjejas akibat daripada projek PSR, kerana antara tujuan yang termaktub dalam Akta Persatuan Nelayan (Akta 44), Persatuan Nelayan hendaklah "mengatur penyertaan ahli-ahli dalam apa-apa rancangan bagi pemuliharaan sumber perikanan". Nelayan-nelayan inilah yang berjuang ke laut setiap hari dan malam mencari ikan, udang, ketam segar untuk menjamin bekalan makanan kita.

Dengan mencari alasan untuk menggugurkan keahlian beliau daripada Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan, LKIM telah berjaya mengeluarkan beliau daripada jawatan sebagai pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, walaupun ada bukti-bukti kukuh untuk kelayakan beliau sebagai anggota Persatuan Nelayan.

Justeru, kami menyeru kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk mengembalikan semula jawatan yang disandang oleh En Nazri Ahmad sebelum ini. Kami menyeru kepada Menteri Pertanian dan industri makanan untuk mengembalikan prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada setiap persatuan. Tegakkanlah keadilan demi rakyat dan bantulah rakyat di saat mereka memerlukan.

608 have signed. Let’s get to 1,000!
At 1,000 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!