Victory

Penutupan Sekolah sehingga 28 Mac 2020

This petition made change with 91,504 supporters!


Hari ini Menteri Kesihatan mengumumkan kes Covid-19 terbaru sebanyak 190 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes 428. Selain dari perhimpunan tabligh pada 27 Feb - 1 Mac, perlawanan Piala Sumbangish antara pasukan JDT dan Kedah berlangsung pada 28 Feb 2020, dengan 34,250 penonton membanjiri stadium.

Baru-baru ini, Pesta Mari Magam berlangsung di Pulau Pinang dengan kehadiran 30,000 orang juga boleh menjadi punca penularan virus covid-19.

Selain dari usaha mempromosikan 'social distancing' pengawalan penularan ini juga perlu dilakukan di sekolah-sekolah dengan lebih 6 juta pelajar sekolah seluruh negara.  

Saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia menutup semua sekolah di Malaysia sehingga 28/29 Mac 2020. Dengan penutupan sekolah-sekolah, kita dapat meminimumkan pergerakan ibu bapa dan pelajar terutama sekali pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Itulah moto yang perlu kita pegang dalam menangani wabak ini. Ini bukan ujian hanya untuk rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia. 

Kita mampu mengubahnya



Today: Ihsan is counting on you

Ihsan Hasbullah needs your help with “Menteri Pendidikan Malaysia: Penutupan Sekolah sehingga 28 Mac 2020”. Join Ihsan and 91,503 supporters today.