HENTIKAN PENGASINGAN KELAS MENGIKUT AGAMA – SM ALL SAINTS LIKAS, SABAH

The Issue
Kita Telah Berjaya !!. Klik di sini.
KELAS TINGKATAN 1 2019 DIASINGKAN MENGIKUT AGAMA – SM ALL SAINTS LIKAS, SABAH
LATAR BELAKANG
Bermula Januari 2019 Pengetua Sekolah telah mengasingkan kelas Tingkatan Satu mengikut agama . 4 kelas untuk pelajar bukan Islam iaitu Tulip, Jasmine, Cherry dan Petunia dan 2 kelas untuk pelajar Islam iaitu Lavender dan Violet. Mereka akan berada didalam kelas ini dari 6:00 pagi hingga 1:00 Petang. Ini akan berterusan hingga Tingkatan 3.
Mengikut Pengetua, ianya dibuat kerana :
1. Keselamatan. Memastikan pelajar dan guru berada didalam kelas.
2. Sukar untuk mencari bilik kosong bagi kelas agama.
3. Ada pelajar tidak memasuki kelas agama kerana tidak tahu dimana pengajaran dibuat.
Kaedah yang digunapakai pada masa ini untuk Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 ialah terdapat 6 kelas bercampur agama iaitu Amanah, Bestari, Cemerlang, Integriti, Kualiti dan Perkasa. Masa Agama/Pendidikan Moral ( 1 jam sahaja) untuk dua kelas disamakan supaya pelajar Islam boleh membuat kelas gabungan. Bermakna pelajar Islam di kelas Amanah dan Bestari bergabung dan pengajaran dibuat di Surau/Bilik aktiviti/Perpustakaan. Manakala pelajar bukan Islam tinggal dikelas Amanah dan Bestari. Kaedah yang sama diamalkan dengan kelas Cemerlang+Integriti dan kelas Kualiti+Perkasa.
Mengikut majalah The Saints 2018, sekolah mempunyai 4 orang ustazah dan 8 orang tenaga pengajar Pendidikan Moral .
BANTAHAN
Semenjak Januari 2019, pelbagai usaha telah dibuat oleh Ibubapa Tingkatan 1 antaranya :
1. Membuat bantahan secara persendirian kepada Pengetua dan PIBG.
2. Bantahan melalui petisyen.
3. Memohon untuk membatalkan pembahagian kelas ikut agama pada AGM PIBG.
Malangnya kesemuanya ditolak oleh Pengetua Sekolah. malahan Pengetua tidak mahu menemui ibubapa untuk berbincang dengan alasan sibuk.
Pada 9 Mac 2019, Ketika Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, pelbagai cadangan telah diajukan oleh Ibubapa. Tapi cadangan telah ditolak oleh pengetua dengan alasan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membuat keputusan dan ianya adalah muktamad.
Masalah yang diketengahkan oleh Pengetua adalah masalah pengurusan yang kurang cekap dan boleh diatasi dengan pelbagai cara. Contohnya :
1.Senarai nama untuk memastikan semua pelajar berada didalam kelas.
2. Kelas ditetapkan awal dan Ustazah dan pelajar dimaklumkan terlebih dahulu.
3. Tiada masalah keselamatan kerana pelajar berada dalam kawasan sekolah yang dikawal oleh pihak keselamatan.
4. Pembahagian kelas hanya dibuat selama 1 jam, contohnya dari 3 kelas bercampur dipecahkan pada 2 kelas Pendidikan Moral dan 1 kelas Agama. Selepas 1 jam mereka kembali ke kelas masing masing. Bilik kosong tidak diperlukan.
Malahan pada Perhimpunan agung PIBG 2019 Pengetua telah mengunakan kuasa untuk memilih AJK PIBG tertentu. Ini kerana :
1. Pengiraan undi dibuat oleh guru sahaja tanpa ada saksi ibubapa.
2. Hasil kiraan undi mendapati semua wakil ibubapa yang dicalonkan sebagai AJK (menentang pengasingan mengikut agama) telah kalah. Dan semua ibubapa yang dicalonkan oleh guru (tidak menentang pengasingan mengikut agama) telah menang.
3. Cara pemilihan juga telah diubah dimana Calon YDP dan NYDP yang kalah terkeluar dan tidak dimasukkan sebagai AJK kecil.
PENUTUP
Pengetua sekolah tidak peka dengan isu semasa dan konsep perpaduan yang diamalkan oleh KPM. Beliau bersikap angkuh dan enggan berbincang dengan ibubapa. Pihak PIBG sendiri tidak dimaklumkan dan isu tersebut tidak pernah dibawa dalam mesyuarat PIBG. Beliau memberi alasan Ibubapa tidak berhak untuk mencampuri urusan pengurusan pihak sekolah.
Apa yang beliau buat akan menidakkan integrasi diantara pelajar dari berlainan agama. Sebagai orang yang bertanggungjawab, Pengetua seharusnya mengalakkan persefahaman dan keharmonian bangsa dan agama dikalangan pelajar. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya akan menjadi ikutan sekolah lain dan merosakkan keharmonian diantara agama.
Petisyen ini ingin Kerajaan untuk mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan ini. Makluman juga telah dibuat kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Menteri Pendidikan Malaysia.
Gabungan Ibubapa Tingkatan 1, 2019
Post Tuan Ismaily Bungsu
Post dari Borneo Voice
Post Tuan Amego Serasa Tosel

Victory
Share this petition
The Decision Makers
Petition created on 13 March 2019