Menghadkan jualan semua jenis minuman beralkohol di kedai khas sahaja

0 have signed. Let’s get to 150,000!


1.      Arak atau minuman beralkohol seperti beer, vodka, brandy dan lain lain arak menyebabkan berbagai penyakit seperti radang hati, radang pankreas dan berbagai kanser. Arak juga penyebab kemalangan jalan raya. Pengunaan arak yang kronik dan berlebihan dikalangan keluarga yang berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan keluarga untuk makanan, buku dan keperluan asas yang lain.

 2.      Meminum arak atau terbabit dengan arak  dilarang dikalangan orang Islam. Larangan bukan terhad kepada minum arak malah mengangkat, menyimpan , mengatur, mengemas, dan menjual juga dilarang. Arak tidak dilarang dikalangan bukan Islam

 3.      Pada masa ini arak dijual secara meluas di kedai runcit, kedai 24 jam dan di hypermarket. Insiden keenganan penjaga kaunter Muslim untuk menjual arak kepada pelangan bukan Muslim akan menimbulkan ketegangan dan boleh melarat menjadi lebih serius.

 4.      Saranan sesetengah individu menasihatkan pekerja Islam tidak bekerja ditempat menjual arak adalah tidak sesuai.Ini akan menutup peluang pekerjaan di kedai runcit 24jam, kedai hypermarket dan lain lain premis.

 5.      Dicadangkan penjualan semua jenis arak tidak dibenarkan dikedai runcit atau kedai hypermarket. Arak dijual dikedai khas sahaja. Masyarakat bukan Islam  masih boleh membeli minuman arak. Pekerja Islam  tidak lagi terpaksa mengendali dan menjual arak. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan lebih harmoni, hormat menghormati dan negara menjadi lebih aman.

LATAR BELAKANG PERUNDANGAN BERKAITAN  KAWALAN JUALAN ARAK

Penjualan arak adalah dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibawah Kementerian Kewangan..

Mengikut  Akta Kastam 1967 seksyen 2(1), Arak dikelaskan kepada 2 kategori. 

A.            Arak Liquor -  vodka, champagne, rum dsb.

B.            Arak beer, stout, porter yang diperbuat dari malt.

dan Akta Eksais 1976 seksyen 32 (1a) memberi pengecualian lesen jualan runcit kepada kategori arak beer, stout dan sebagainya.

A.  Jualan arak Liquor perlu lesen.

B.  Jualan arak beer tak perlu lesen.

Kerana tidak memerlukan lesen, Arak beer dijual secara meluas di kedai runcit, kedai 24 jam dan di hypermarket. Kerajaan melihat beer sebagai minuman ringan sama seperti 7-Up atau air kelapa. Bezanya beer tak boleh diminum di premis kedai yang menjual arak beer tersebut.

Undang-undang induk dalam Akta Kastam dan Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual tanpa lesen, maka pihak Berkuasa Tempatan  tiada kuasa untuk mengawal jualan bir.

Untuk mengawal jualan arak termasuk beer, Ahli Ahli Parlimen Malaysia perlu meminda akta kastam 1967 seksyen 2(1) dan akta eksais 1976 seksyen 32  untuk tidak lagi  membezakan antara arak liqour dan arak beer. Justeru penjualan SEMUA jenis arak memerlukan lesen dan boleh dikawal.